Cuti sekolah Aliah ada rugby tournament di Bukit Kiara. Pertama kali Aliah join diperingkat antarabangsa, rezeki dia 😊. Ada beberapa team dari luar negara turut bertanding dalam tournament ini. Dari luar pagar Bukit Kiara Equestrian ni dah jem sampai penuh parking tepi jalan. enZaf hanya dropkan ai, Aliah, Ariq dan Qaireen sahaja sebabnya dia kena hantar akak Zahra pula ke Gombak. Dia pun ada hockey game juga. Hhmmm... boleh pula mereka berdua ini clash hari yang sama huhu...
Nak dijadikan cerita, berpusing-pusing kami mencari khemah team Aliah. Ai punyalah malas nak tengok map, habis tawaf keliling satu padang 😮💨. Sudahlah padangnya besar ya amat hahaha.. Dah kepenatan barulah ai tanya orang. Rupa-rupanya padang untuk rugby touch di kawasan yang berlainan hahahaha.. opposite dari padang besar untuk rugby tackle, boleh pula ai tak perasan langsung padang sebelahnya 🤣
Seperti biasa gambar dan video tak banyak yang diambil. Cuaca panas lit lit, ai hanya tengok dari jauh saja. Kalau pergi tepi padang pun kejap saja untuk ambil gambar sekeping dua dan video sikit hehehe... Oh ya, tournament ini boleh pula jumpa dengan kawan enZaf. Anak perempuan mereka pun main rugby touch juga. Dah jumpa kawan tu, haruslah ai ambil gambar dorang.
Ada lagi gambar tapi itu hari ke dua. Sambung entry seterusnya hihi..

No comments:
Post a Comment