Monday, September 5, 2022

Gula Apong


Pertama kali kami makan aiskrim gula apong. Itu pun secara tak sengaja tiba-tiba je hihihi.. Sebelum tu kami ke area shoplot berdekatan dengan Uptown Kota Dame, enZaf nak singgah di kedai handphone. Nak baiki skrin handphone Qaireen yang terkeluar. Handphonenya terjatuh, terus terbuka separuh skrin tu huhu.. Bila enZaf hantar orang kedai kata siap dalam masa 20-30 minit. Mujurlah ada stok skrinnya itu. Jadinya sementara nak menunggu siap, itu yang secara tak sengaja makan aiskrim gula apong ini. Kebetulan ianya berselang kedai baiki handphone tu :)



Nama kedainya M Ice Cream Gula Apong. Dalam Kota Damansara ni, agak banyak juga kedai gula apong cuma kami je yang belum mencuba lagi. Kali ini berjaya juga lah. Pada mulanya kami nak makan santai-santai sahaja di luar tiba-tiba enZaf ajak makan di dalam. Kebetulan ada tempat kosong.





Akak Zahra order yang ada Red Velvet. Dia dengan RV ni berpisah tiada. Red Velvet Apong Mix nama aiskrimnya.





Aiskrim bawah ini pula letak chocolate rice sebagai topping untuk Ariq dan Qaireen. Ada macam-macam topping lagi, ikut citarasa masing-masing.



Bila tengok pada menunya macam lebih kurang BubbleBee pun iya juga. Sekarang ini baru ai tahu apa itu gula apong. Dalam kedai tu ada letak info berkenaan gula apong hehe.. jadi ai tulis sikit di sini sebab dalam gambar tu macam nampak tak nampak saja.

  • Gula apong berasal dari pokok Nipah yang tumbuh di sepanjang sungai Sarawak terutama di Kota Samarahan.
  • Pokok Nipah boleh menghasilkan air nira yang optimum selama 6 bulan.
  • Air nira Nipah akan ditadah semalaman sehingga 15 jam.
  • Air nira yang dikumpul akan dimasak selama 5-6 jam sehingga terbentuk menjadi gula apong. Gula apong bebas dari campuran gula putih. 




Banyak dah cawangan M Ice Cream ni rupanya, ai memang suka bisnes maju nak nak yang lokal bisneskan. Oh ya, harga aiskrim ini pun berpatutan bagi semua orang boleh membeli, merasa dan mencuba :) Boleh search di Facebook atau Instagram untuk mengetahui lebih banyak menu.



Keesokannya kami makan malam di Uptown Damansara pula. Terasa nak makan yong tau foo dan steak.

4 comments:

Kakmim said...

Wah.. uptown kota dame.. nasi ayam kicap 3 budak gemuk ada lg ke x?

Nurhayati said...

Kakmim: ada lagi.. adoiii tiba2 rasa terliur pula nak makan haha.. :)

mummy_ayu said...

suka & sedap.. and x manis sgt. and yes reasonable price. selalu singgah yg kat kajang tu. iris pun suka.

Nurhayati said...

betul tu mummy ayu. Dah umur2 gini memang kena la dgn tekak yg tak berapa manis sangat hehe.. wah selalu singgah, kami ni tak repeat lagi sejak pertama kali makan. asyik je terlupa hahaha