Thursday, September 8, 2022

Projek Matematik: Nombor Tahun 6


Projek Matematik ini adalah tugasan untuk Aliah siapkan pada cuti sekolah ini. Ai tak tahu apa nama projeknya tapi apa yang Aliah beritahu, Cikgunya cakap buat apa sahaja yang berkaitan dengan nombor. Jadinya Aliah dah googled untuk dapatkan idea untuk projeknya itu. Dah jumpa apa dia nak, dia minta cadangan ai untuk pilih yang mana satu. Bagi ai senang saja, ambil yang mudah atau pun yang mana dia suka :)



Dia nak buat pizza. Bulatan pizza tu dia pakai pinggan dan tekap atas kertas lukisan. Potong kepingan pizza dan lekat atas kotak, bagi pizza tu tebal dan keras. Lepas dah siap tu baru dia warna. Ai suruh Aliah pakai oil pastel saja sebab senang dan lebih cepat siap. Kalau pakai pensil warna tu ya ampun memang berjanggut lah nak habiskan.



Dah siap warna semuanya dia berhenti katanya nak sambung buat esok pula. Dah janji dengan kawan nak main game. Sabar jelah, tak menyempat nak main game dengan kawan. Esok petang baru dia sambung semula pizzanya itu. Pandai pula dia guna kain felt untuk buat sebagai topping pizza.



Boleh dikatakan Aliah ini kreatif juga. Dia suka buat origami, banyak belajar dari Youtube. Sekarang ni kalau ada projek yang nak dibuat memang ai jarang sangat tolong. Dia sekadar minta pandangan ai saja. Tapi yang projek ini ai ada bantu dia buat ukuran untuk kotak pizza. Ukuran kotak kena ukur pada saiz pizza dia dahulu, nanti tak muat pulakan. Kotak pizza tu pakai kad manila. Bahagian potong dan lipat Aliah sambung buat sendiri. Dah siap semuanya, Aliah tunjuk pada ai yang dia buat lukisan atas kotak pizza tu. MasyaAllah cantiknya, tanya dia tak warna ke? Dia jawab malas hahaha..



Ayat yang dia buat pada kotak tu ai sekadar tengok dan baca sahaja walaupun ada sesetengah ayat tu macam tak berapa nak kena. Ada juga perkataan bercampur bahasa Melayu dan English hehehe.. ai biarkan sajalah, kalau nak betulkan pun biar cikgu dia yang tegur. Apa pun belajar dari kesilapan. Kalau buat betul semua, perfect sampai tak ada salah pun masalah jugakan.



Inilah hasil projek matematik Aliah. Katanya nanti nak kena present dalam kelas. Harap cikgu Matematiknya faham lah apa dia cakap dan buat tu haha.. Ada lagi satu projek English, kena buat poster. Yang itu awal-awal lagi Aliah dah siapkan, lupa ai nak ambil gambar. Hmm.. pejam celik tinggal 3 hari sahaja cuti sekolah. Kami tak pergi bercuti ke mana pun, anak-anak banyak kerja sekolah dan enZaf pun banyak kerja nak dibuat. Cuaca sekarang pun dengan hujan panas yang tak menentukan, risau pula. InsyaAllah ada rezeki lain hari untuk kami bercuti nanti.

No comments: