Thursday, April 14, 2022

Daun Pisang dan Roti Canai


Berbuka puasa di Bananabro yang agak baru juga buka di Kota Damansara. Sebenarnya tak rancang pun nak berbuka di sini. enZaf tiba-tiba Whatsapp tak perlu masak, berbuka puasa di luar. Bila tanya dia nak makan di mana dia jawab tak tahu hahaha.. Petang tu kitaorang pun pusing-pusinglah misi mencari kedai. Tak pergi jauh mana pun, dalam area rumah saja. Bila keluar tak buat booking dengan waktu yang agak lewat, memang kebanyakkan kedai pun dah penuh. Ini baru hari biasa, kalau hari minggu lagi lah jangan harap nak ada kosongkan. Akhirnya, dapatlah kami berbuka di Bananabro ini. Itu pun tinggal satu meja memang rezeki buat kami.



Kedainya tidaklah besar mana. Walaupun kecil, suasana dalam kedai ini agak selesa.



Pada bulan Ramadhan konsep makanan restoran ini dibuat secara set. Kita pilih saja set apa yang diingini dengan harga yang telah ditetapkan. Kalau nak add-on menu tertentu boleh sahaja.



Lama tak makan makanan beralaskan daun pisang. Bila ai tengok balik restoran ini, ianya mengingatkan ai pada restoran Macha & co. Lebih kurang sama je menunya. Eh lama betul tak makan kat Macha, search semula entry berkenaan Macha dalam blog ini pada tahun 2017 [link] hehehe.. itu pun satu sahaja. Lama sangat dah tu :)





Kadang-kadang kalau tak berbuka puasa di luar, kami keluar untuk supper. Nak kata moreh bukannya makan di surau atau masjid hahaha.. Lepak di mamak sahaja pekena roti canai dengan teh tarik atau pun teh ais.



Waktu ini kami makan dalam pukul 12 pagi. Hanya Qaireen je yang ikut, Aliah dan Ariq dah masuk tidur.



No comments: