Friday, September 29, 2017

Macha & Co


Cerita tertunggak lagi, kisahnya bulan Julai. Ha berjanggut baru nak masukkan dalam blog. Bulan 9 baru teringat. Pertama kali kami makan di restoran Macha & co.



Lepas ambil Zahra dan Aliah balik sekolah, terus bawa makan. Malas nak balik rumah lagi. Alang-alang tu makan untuk dinner terus.



Memandangkan ini kali pertama makan sini, menunya agak biasa-biasa sahaja. Tapi tiada lah tak sedap langsung. Harganya agak berpatutan dengan duduk dalam kedai yang ada aircond. Suasana dalam kedai pun selesa dan bersih.



Disebabkan makan awal, bila tengah malam perut ai dah rasa lapar semula. Masuk dapur laju-laju goreng telur hahaha.. Menu yang paling sedap dalam abad ini. Telur goreng dan kicap. Makan dengan nasi panas-panas lagi bertambah sedap :)




No comments: