Thursday, September 16, 2021

Keadaan Bibir Mengelupas setelah Lima Tahun


MasyaAllah dah lama tak update blog. Punya la malas, bukannya tak ada cerita nak dimasukkan. Tapi bila malas tu datang, memang satu apa pun tak nak buat. Hari ini paksa diri juga buat satu entry hehehe.. Dalam malas-malas tu, ai terlebih rajin tengok pada bahagian statistik untuk blog ini. Dari dulu lagi ai dah perasan, satu entry ni banyak sangat view tentang bibir mengelupas. Lama dah entry ini dibuat pada tahun 2015. Bukan setakat dibaca sahaja tetapi ada yang memberi komen juga. Disebabkan ai tak dapat sebarang notification kalau ada komen masuk, itu yang terlepas pandang dan dibiarkan begitu sahaja. Maaf ye pada yang memberi komen tetapi ai tak membalas. Alang-alang ai tengok pada entry bibir mengelupas tu, jadi sajalah nak update mengenai bibir ini sekarang.

Oh ini ada kesinambungan pada entry hujung tahun 2015 hehe.. [link] punya lah lama hampir 5 tahun lebih. Sedia maklum 5 tahun yang lepas ai mengalami masalah bibir mengelupas yang sangat teruk. Sampaikan bibir ai membengkak, luka dan melepuh sekitar luar bibir. Sangat-sangat teruk dan memalukan bagi ai. Jadi tak selesa nak bercakap dan membuatkan kita down bila nak berhadapan dengan orang. Eh panjang pula nak cerita. Semuanya ada dalam entry sebelum ini. Dipendekkan cerita akhirnya ai jumpa satu cream yang sesuai dengan ai iaitu Fucicort. Ubat antibiotik yang dapat merawat masalah luka dan melepuh luar bibir ai ni. Memang entry sebelum ini ai tak letakkan gambar bibir sendiri sebab tak mampu nak share kat orang, betapa teruknya keadaan bibir tu. Ditambah dengan kulit kering dan mengelupas tanpa henti. Tetapi setelah 5 tahun lebih ini ai berani nak share dengan kawan-kawan keadaan rupa bibir ai sekarang.



Adoi besar pula gambar dalam blog ni, malu pula hahaha.. Alhamdulillah luka dan melepuh sekitar luar bibir ai sudah pulih dan semakin baik. Kadang-kadang terjadi juga melepuh sedikit di atas bibir sekiranya ai makan makanan yang pedas dan panas. Sejak dari masalah mengelupas, bibir ai sekarang agak sensitif. Jadi kena berpada-pada dalam pengambilan makanan yang pedas atau minuman yang panas. Untuk bibir kering pula, tak pulih seratus peratus. Kalau tengok pada gambar di atas tu, masih kelihatan bibir ai mengelupas sedikit. Tetapi ianya sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan dahulu, dulu keseluruhan bibir ai sangat kering, mengelupas dan luka. Sekarang ini ai perlu memastikan memakai lip balm untuk mengekalkan bibir sentiasa lembab. Tapi ada je masa-masa ai jarang pakai, bila nampak bibir kering baru cepat-cepat sapu lip balm hehehe.. Sepanjang 5 tahun ini pelbagai jenis lip balm ai dah cuba. Ada yang okay dan ada yang tidak. Tak ingat dah jenama lip balm yang ai dah cuba. Tak silap lebih 6 jenis kot. Dan sekarang yang ai guna dan sangat-sangat serasi dengan bibir ialah dari Nivea seperti gambar di bawah ini.



Setahun lebih dah pakai lip balm Nivea ini. Lip balm ini jenis mint. Bila pakai sedap je berangin dan ia tidak berwarna. Natural sahaja. Oh ya, ubat krim Fucicort ini ai masih guna lagi sampai sekarang. Standby sekiranya kulit sekitar luar bibir itu naik merah balik. Hanya sapu tipis saja kawasan yang terlibat. Sebenarnya tak guna banyak pun cream ini. Tahu-tahu dah expired walaupun masih banyak. Ha jangan lupa ya tengok expired date tu, jangan main sapu je :) Apa pun syukur Alhamdulillah, masalah bibir luka, melepuh dan mengelupas ini dapat diatasi walaupun ada sikit-sikit yang tinggal. Yang penting keyakinan tu dah ada balik, tak adalah kita rasa malu nak berdepan dengan orangkan. Eh sekarang ni lagi la kita keluar wajib pakai face mask, orang pun tak nampak bibir kita tu mengelupas ke tidak hehehe..

1 comment:

mummy_ayu said...

sama..saya pun suka guna lipbalm nivea.. and selalu pakai, sbb pedih bila bibir kering tu. plus drink alot of plain water..