Sunday, September 5, 2021

Berakhir Sukan Paralimpik Tokyo 2020


Akhirnya tamat sudah perjuangan atlet-atlet Malaysia kita dalam Sukan Paralimpik. Untuk sukan ini, ada yang ai tengok dan ada yang tak sempat nak tengok. Ada juga acara yang ai nak tengok tapi tidak disiarkan dalam tv. Acara Lontar Peluru ni ai tengok Ziyad beraksi atas padang. Berdebar bilamana Ziyad dan atlet Ukraine tu bersilih ganti antara satu sama lain memecah rekod dalam lontaran mereka, ai siap bersorak meraikan kemenangan dia. Tapi tak sangka kemenangan Ziyad hanyalah sementara.



Bila dapat tahu keputusan Lontar Peluru kita ditarik balik, memang semuanya rasa tak puas hati dan marah. Ye lah tipulah kan kita okay saja, masa itu lah pelbagai versi cerita yang keluar. Dan tahulah tentera bawang kita ni bab nak serang memang laju dan hebat, cuma satu je ai tak berapa suka apabila orang yang komen ini mengeluarkan kata-kata kesat dalam Instagram atlet Ukraine dan juga page rasmi Ukraine. Perkataan yang melampaui batas tanpa memikirkan impak atau kesan bukan sahaja pada individu itu tetapi pada imej negara kita juga. Apa pun pada pendapat ai, sebelum menuding salah kepada orang lain, tengoklah pada diri sendiri dulu. Sekiranya kita tidak datang lewat ke Call Room, pasti kes ini tidak akan timbul. Semoga kejadian seperti ini menjadi pengajaran kepada atlet dan pihak pengurusan supaya tidak berulang kembali. Bukan rezeki Ziyad dan Malaysia untuk mendapat pingat Emas bagi acara Lontar Peluru dalam Sukan Paralimpik kalini. Semoga Muhammad Ziyad Zolkefle kuat dan teruskan perjuangan untuk akan datang. Walaupun kita bersedih dengan kehilangan satu pingat Emas dari Ziyad tetapi telah diganti dengan acara Badminton dan Lompat Jauh. Semalam merupakan hari kegembiran bagi negara Malaysia apabila dua atlet Para kita menyumbangkan pingat Emas dalam satu hari :)



Tahniah Cheah Liek Hou atas kemenangan ini, dia dapat mengalahkan pemain nombor satu dari negara Indonesia. Ai sempat tengok sikit je, dah nak habis permainan dah huhu.. Pingat Emas ke dua dari Abdul Latif Romly, ai tengok dari mula sampai habis. Latif tak dapat menghabiskan lompatan terakhir disebabkan mengalami kecederaan ketika melompat. Nampak sangat muka dia sakit masa jatuh tu. Semoga Latif cepat sembuh. Tapi berdebar menantikan keputusan akhir untuk acara ini, takutlah kejadian macam Ziyad pula kan, bila keputusan rasmi keluar lega sangat dan kita menang pingat Emas hahaha...



Ada ambil satu gambar saja masa acara Lompat Jauh tu, itu pun bukan Latif. Ai sibuk nak ambil gambar Qaireen sebabnya dia mengikut apa yang atlet buat. Oh ada satu video ai sempat rakam dia ikut gaya Latif nak lompat hehehe.. Videonya di bawah ini.



Masa penyampaian hadiah bagi acara lompat jauh ni ai terlupa nak tengok. Tak silap ai waktu penyampaian hadiah tu dalam pukul 8.15 malam, waktu itu adalah waktuku sibuk membuat persiapan makan malam. Tv pun dah tukar channel itu yang buat tak teringat terus. Oh satu lagi sedih bagi acara larian 100m dari Mohammad Ridzuan Puzi tidak dapat mengekalkan pingat Emasnya ketika di Paralimpik Rio 2016. Sekadar menamatkan larian pada tempat ke-4. Petang ni dalam pukul 6.50 bermula majlis penutupan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pula. Wajib tengok juga tu :)

Keputusan pingat keseluruhan Malaysia ditempat ke-39 dengan 3 pingat Emas dan 2 pingat Perak. Terima kasih pada semua atlet Paralimpik Malaysia, pulang dengan pingat atau tidak anda memang hebat dan luar biasa!!!

No comments: