Saturday, September 25, 2021

Gembira dalam Kesibukan


MasyaAllah dah seminggu tak update blog. Sejak dua minggu lepas ai rasa sibuk sangat, huru hara dengan hal sekolah anak-anak sebenarnya hihi... Zahra ada peperiksaan pertengahan tahun manakala Aliah dan Ariq ada PBD kalau tak salah namanya. Cikgu setiap subjek beri beberapa soalan melalui Google Meet dan juga tugasan dalam Google Classroom untuk melihat tahap kefahaman mereka terhadap pembelajaran untuk direkod dalam sistem. Kira macam ujian juga la kan. Cuma beza tak ada la kertas soalan peperiksaan tu. Selain dari penilaian, anak-anak pun banyak homework dan projek yang perlu disiapkan. Cuti seminggu baru-baru ni macam tak rasa cuti, ingatkan cuti sekolah dapatlah berehat dari tengok kerja sekolah anak :p

Semalam adalah tarikh tutup untuk akak Zahra hantar laporan dan video pembentangan bagi subjek Sains. Ini merupakan tugasan ke dua dia, tugasan pertama masa bulan Jun yang lepas. Lupa ai nak ambil gambar dia masa tugasan pertama tu sebagai kenangan. Daddynya sambungkan Power Point slide di tv untuk dia buat presentation hehehe.. Dan Mummy jadi tukang rekod dan tekan slide sepanjang dia present.



Alhamdulillah akhirnya dapat siap dan dihantar mengikut waktu. Tapi projek ni belum berakhir lagi, kena buat modeling pula mengikut topik yang dibentangkan. Yang itu cikgunya akan beri tarikh lain pula. Dalam pada masa yang sama juga, Ariq dan Aliah pun ada banyak tugasan yang perlu dibuat. Anak-anak ni setiap kali ada tugasan, terpaksalah Mummy monitor. Kalau tidak dorang ni memang buat tak kisah huhuhu.. Sama lah macam Zahra, walaupun dia dah masuk Tingkatan 1, ai tetap kena monitor dia juga. Kalau tak duduk depan dorang, memang berjanggut menunggu kerja sekolah tu siap. Pernah satu hari tu hanya satu kerja sekolah je siap, Mummynya bukan setakat warna hijau je keluar, warna pelangi terus hahahaha.. Kadang-kadang risau juga tengok keadaan anak-anak ini bila lama sangat berPdPR. Fokus dan minat belajar tu boleh terjejaskan. Nak pula kerja sekolah yang diberi pun agak banyak juga. Bukan anak-anak yang pening tapi maknya yang terlebih pening hahaha..

Semalam sekolah Aliah dan Ariq ada buat Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kebangsaan melalui platform Youtube. Yelah sekarang ni semua secara mayakan. Perhimpunan sekolah pun Youtube juga, boringnya la ai rasa hahaha.. Dalam majlis tu, semua pertandingan semasa Hari Kebangsaan diumumkan pemenangnya. Tak sangka Aliah dan Ariq ada memenangi dalam salah satu pertandingan tersebut iaitu Pertandingan Mewarna Merdeka dan Pertandingan Mencipta Corak Mask Merdeka. Sebelum ini ai memang galakkan dorang masuk pertandingan itu untuk dapatkan sijil penyertaan. Menang atau kalah tak mengapa tapi bila dapat menang tu dikira bonus :) Selain dari pengumuman pemenang untuk pertandingan Merdeka, sekolah juga turut mengumumkan Anugerah Murid Terbaik PdPR mengikut tahun. Yang ini ai lagi terkejut, tak sangka nama Aliah ada dalam senarai murid terbaik tu.



Masa majlis tu, pihak sekolah hanya umumkan bagi murid tahap 2 sahaja. Rupanya tahap 1 pun ada juga tapi dimaklumkan melalui guru kelas di dalam Whatsapp Group. Ai dapat kejutan lagi bila mana Ariq pun turut mendapat Anugerah Murid Terbaik PdPR juga. Ada dua jenis anugerah yang diberi Anugerah Cemerlang dan Anugerah Terbaik. Aliah dan Ariq dalam Anugerah Terbaik.



Bila dorang berdua ini tersenarai dalam anugerah itu, hilang segala penat lelah ai satu dua minggu lepas hahaha.. Macam Mummy dorang pula yang dapat awardkan. Syukur Alhamdulillah, semoga penghargaan yang diterima ini membuatkan Aliah dan Ariq terus bersemangat dan fokus dalam pembelajaran. Dalam gambar tu hanya sijil sementara sahaja, sijil sebenar akan diserahkan bila anak-anak ini memasuki sekolah semula. Oh, Akak Zahra pun dah dapat keputusan peperiksaannya. Alhamdulillah keputusannya membanggakan. Cakap dengan dia jangan bandingkan keputusan dia tu macam sekolah rendah sebabnya di sekolah sekarang ini rata-rata semuanya pandai-pandai. Eh memang semua pandai belaka. Nak jadi the best among the best kena berusaha lagi. Walau macamana pun keputusan yang dia dapat tu pun dah best bagi ai. Mummy dan Daddy tetap bangga dengan Zahra, Aliah, Ariq dan Qaireen. Eh tiba-tiba menyelit nama si kenit tu hihihi..

2 comments:

ezy.fia said...

alhamdulillah.. tahniah!

Nurhayati said...

terima kasih ezy.fia :)