Wednesday, February 24, 2021

Projek Seni: Jaket Buku Nota Tahun 5


Pada hari Jumaat yang lepas rasanya semua sudah maklum yang sekolah akan dibuka. Ai antara salah satu ibubapa yang gembira dengan pengumuman ini. Rasa macam pengumuman raya pula hahaha... Sebenarnya apa sahaja keputusan kerajaan untuk membuka atau menutup sekolah, akan mendapat pelbagai reaksi dan respon dari semua ibubapa. Ada yang ibubapa setuju dan ada juga ibubapa yang tidak setuju dengan apa sahaja keputusan yang dibuat. Kita tidak akan dapat memenuhi semua kehendak manusia. Bagi ai senang sahaja, kalau rasa kita setuju kita hantarlah anak ke sekolah. Manakala bagi yang tidak setuju, biarlah anak itu duduk di rumah. Buatlah surat pengecualian, tetapi kalau anak kita tertinggal subjek yang diajar jangan salahkan guru pula ya. Itu hanyalah pendapat ai. Tak setuju sila salurkan kepada pihak berkaitan. Okay panjang pula menaipnya.

Entry ini nak cerita perihal projek seni anak. Apa lagi nak update, nak cerita pasal pergi berjalan atau holiday tak ada. Maka cerita hal anak-anak sahaja lah. Projek kali ini kena buat mengenai Jaket Buku Nota bagi tahun 5. Tugasan ini telah diberikan oleh cikgu pada hari Isnin minggu lepas. Untuk minggu itu cikgu seni Aliah minta anak-anak murid siapkan kapal layar sahaja kerana projek ini berlangsung selama 2 minggu. Kiranya Isnin baru-baru ini murid perlu sambung tugasan sampai siap jaket buku nota itu.



Masa Google Meet hari Isnin baru ini, semua murid kena tunjukkan pada guru hasil kapal layar yang sudah siap. Gambar bawah ini merupakan hasil kerja seni Aliah. Agak comot sedikit tapi jadilah kan. Itu pun dia siap dah lewat malam :(



Bahan-bahan memang semua dah ada kat rumah. Nanti ai nak pergi Mr.DIY untuk top-up stok bahan-bahan seni dalam rumah ini. Banyak bahan dah mula susut dan kebanyakkan bahan seni selalunya ai beli kat kedai Mr.DIY. Kadang-kadang ada juga beli di kedai stationary kalau ternampak apa-apa yang menarik. Gambar di bawah ini sambungan untuk menyiapkan jaket buku nota sepenuhnya.



Muka puas hati dia sudah siapkan projek seni terbaru.



Kalau ikutkan pada Buku Teks, untuk part terakhir kena buat menggunakan pita velkro. Disebabkan pita velkro memang tiada kat rumah ini, ai beri cadangan dekat Aliah untuk menggunakan tali untuk disangkutkan pada butang. Kita guna pakai bahan apa yang ada sahaja di rumah ini. Nak beli semata pita velkro itu sahaja macam tak berbaloi pula kan. Aliah menurut sahaja, dia apa Mummy cadangkan semuanya okay. Kalau sesuatu benda tu cepat siap dia memang laju. Takkan nak tangguhkan kerja semata sebab satu bahan tak cukupkan.



Oh ya cikgu seninya pun dah beri grade hasil kerjanya. Seronok Aliah dia dapat A, tak silap ai markah 90% berapa entah. Hanya satu yang buat ai geram masa buat projek ini, cikgu dah bagi tugasan awal dalam masa seminggu untuk siapkan kapal layar. Hari Isnin nak hantar, hari Ahad baru Aliah nak buat. Masa tu dah malam dekat pukul 10 lebih, patut masa ni dah masuk tidur. Penat ai bebel hari-hari suruh buat, tetap juga tangguh sampai ke sudah huhuhuh.. kecil besar kecil besar je tengok dia. Sama la dengan hari Isnin baru ni, dia baru terhegeh-hegeh nak siapkan projek Sains. Nanti kita buat entry lain pula. Sakit jantung dan jiwa dibuatnya. Itu yang bila Menteri KPM umum sekolah buka tu ai rasa happy sangat hahaha..

No comments: