Friday, February 12, 2021

Hari Pertama PdPR


Rasanya dah minggu ke-4 anak-anak belajar secara online. Kadang-kadang ai rasa masa itu pantas sangat, ada masa pula rasa lama je hari tu nak habis. Mungkin sebab otak dah tepu, duduk lama sangat dalam rumah hahaha... Masa hari pertama anak-anak berPdPR, ai ada ambil gambar dorang sebagai kenangan. Hari pertama gitukan semua nak ambil gambar :p tapi baru sekarang nak masukkan dalam blog. Bagi akak Zahra, kelasnya bermula pada pukul 7.30 pagi.



Semangat dia nak jumpa cikgu dan kawan-kawan barunya. Eh, kawan dia tu baru tak baru sangatlah. Kebanyakkannya sama dari sekolah rendah. Kira macam reunion dorang pun iya juga :) Bila cikgu buat Google Meet (GM), cikgunya gabungkan 2 kelas sekali masa pengajaran. Dalam 2-2 kelas tu pun memang ramai kawan sekolah rendahnya. Bagi Aliah, kelasnya bermula seawal 8 pagi.



Aliah ni satu je ai susah nak kejutkan dia bangun. Walaupun dia tidur awal, tetap susah nak bangun. Dah kunci jam pun sama juga. Lagi satu Aliah ini kalau bangun pagi, mesti bersin, hidung berair dan mata bengkak. Sama la dengan Mummy dia juga hahaha.. cuma Mummy dia tak bengkak mata. Akak Zahra dan Aliah ada hari waktu jadual GM meraka sama. Bila sama, masing-masing online serentak. Kalau Daddy dia ada kat rumah boleh la guna laptopnya, kalau tiada salah seorang akan guna dalam bilik, pakai komputer dekstop.



Ariq sekolah sesi petang, jadi PdPRnya berjalan pada waktu petang. Masa hari pertama tu, mata dia bengkak sebelah masa bangun tidur. Tak tahu kena gigit dengan binatang apa. Dah tak pasal-pasal sesi berkenalan hari pertama dengan matanya yang bengkak merah itu hehehe.. Ariq Oh Ariq!



Kalau ai tengok pada jadual kelas anak-anak ini, paling banyak 6 subjek dalam satu hari. Paling sedikit 4 subjek itu pun hari Jumaat dan hanya kelas Ariq, Aliah dan akak Zahra 5 subjek hari Jumaat. Satu hari maksimum 3 kali Google Meet. Lebih kurang sama dengan tahun lepas. Serius bagi ai banyak sebabnya duduk rumah. Kalau pembelajaran bersemuka kat sekolah mungkin tiada masalah.

Masa minggu pertama dan ke dua ai boleh ikut lagi segala latihan cikgu beri. Lepas tu ai dah tak terikut kerananya setiap hari ada sahaja nota dan latihan yang perlu dibuat. Terutamanya akak Zahra yang sudah Tingkatan 1 ni. Ai tengok pun dah pening, berderet masuk dalam Whatsapp dan Telegram. Dia sorang sahaja bertimbun rasanya. Nota dan latihan setiap hari kot. Tengok muka dia pun ai rasa macam stress dah.

Aliah pula lebih kurang banyak juga latihannya. Tapi satu je ai suka dengan dia, dia jenis tak suka bertangguh. Cikgu bagi kerja terus dia siapkan masa itu juga. Setakat ini ai memang lepas tangan, serahkan kepada dia seratus peratus. Tanya dia semuanya okay sahaja :) Kalau ai nak tengok dia pun bila ada projek PSV (Pendidikan Seni) dan RBT (Reka Bentuk Teknologi). Bercakap pasal seni, dia ada satu lagi kena buat iaitu poster montaj sebelum Isnin ni nak hantar. Untuk subjek RBT pula dia baru habis belajar menjahit, jahitan jelujur dan jahitan kia kalau tak silap. Pandai dah buat dan lepas ni boleh la dia jahitkan sendiri seluarnya terkoyak :p



Manakala untuk Ariq, kelas PSVnya belum ada buat sebarang projek lagi. Minggu lepas dia ada GM kelas seni tapi cikgunya suruh buat terus masa kelas online tu berkenaan jenis garisan. Setakat ini subjek PJPK (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) yang banyak video kena buat. Dan segala assignment yang diberikan oleh cikgunya telah siap hantar. Ada satu video itu dia perlu buat dengan Daddy mengenai imbangan. Ada yang kena hantar video dan ada juga yang kena hantar gambar. Gambar di bawah ini dia buat salah satu imbangan badan.



Oh ya la, Ariq ada kena buat satu video subjek PMZ (Pendidikan Muzik). Esok siang tengok bila Mummy rajin haha.. Ariq ni ai memang kena monitor sepenuhnya, nak suruh dia buat sendiri memang berjanggut la :p Haish.. macam-macam tapi seronok juga buat PJPK ini, sekurang-kurangnya anak-anak ni rileks sikit dari mengadap subjek teras sajakan. Begitulah keadaan anak-anak bila hari persekolahan. Sibuk dengan PdPR masing-masing. Hari-hari tengok jadual esok ada kelas apa. Baru bulan Februari kita, bertabahlah untuk bulan-bulan yang seterusnya. Ai tak nampak lagi masa depan yang cerah untuk anak-anak ini kembali ke sekolah dengan kes yang masih tinggi terutamanya untuk negeri Selangor ini. Harapanku satu je, harap KPM kaji semula pembelajaran anak-anak di rumah supaya lebih efektif. Mungkin boleh kurangkan bilangan subjek dalam sehari. Tengok anak-anak ai sendiri sekarang ini pun macam dah kurang fokus dan tak berapa semangat, ialah belajar di rumah ini banyak sangat gangguan luar. Boring pun ia juga tiada sosial atau pun interaksi bersama kawan dan guru secara bersemuka. Uish panjang pula entry kali ini haha..

No comments: