Wednesday, February 17, 2021

Berbasikal Sewaktu PKP


Pada suatu petang, si suami mengajak si isteri bersiar-siar dengan berbasikal. Cewah macam apa je menggunakan ayat "si" bagaikan :p Cerita ni dah lepas, masa awal bulan ni iaitu 6hb Februari. Kira-kira ada la dekat 2 minggu punya cerita hehehe.. enZaf tiba-tiba ajak ai bawa basikal, riadah petang. Sebelum ini pun ada je kami berbasikal cuma pusing keliling rumah saja dalam kompaun aje. Kami berbasikal bersama-sama dengan anak-anak. Walaupun bawa basikal pusing rumah ni je pun, kami semua gembira. Dapat lah bakar dalam 300 kalori. Kali ini enZaf ajak ai berbasikal luar dari kawasan rumah. Hanya bertiga sahaja, yang lain duduk di rumah. Tak boleh nak bawa keluar ramai-ramai. Itu pun kami keluar dengan tidak memakai helmet huhuhu.. mujur tak kena tahan dengan Polis. Sempat tu ambil gambar masa tengah kayuh. Tak nampak pula Qaireen kat belakang Daddynya.



Ingatkan dekat-dekat je dia ajak kita ride. Jauh juga rupanya. Kena tipu hidup-hidup hahaha... Terasa ketat peha lama sangat kayuh. Nak pula ada satu jalan tu dia bawa kita naik bukit, eh bukan satu, 2-3 kali juga naik bukit. Menggigil lutut kaki semua :)





Walaupun berpeluh naik turun bukit, ai rasa seronok sangat. Keluar segala hormon negatif dan stres yang ada dalam badan ni. Lama sangat terperap pun tak elok dan juga menjaga tahap kewarasan diriku hahaha.. duduk dengan anak-anak yang tengah membesar sangat mencabar. Dalam satu jam lebih juga la pusing-pusing. Puas sungguh. On the way nak balik hujan rintik-rintik. Mujur sempat sampai rumah. Itu pun kami berhenti sekejap kat tasik Taman Eco Rimba Kota Damansara. Alang-alang berehat enZaf ajak bergambar.



Orang yang paling seronok dan rileks tentulah Qaireen. Dia pun seronok dapat keluar jalan-jalan. Sambil tu Daddy dia pasang lagu, siap menyanyi. Bukan main seronoknya hidupkan. Mummy dia dah mengah-mengah macam minta nyawa kepenatan hahaha...



Sekarang ini bukan main semangat enZaf beli barang-barang basikal. Baru ni dia beli helmet, botol air, loceng hahaha.. macam-macam Oh ya, seluar dan baju ai pun dia beli okay. Baju ai tu bukan macam orang basikal pakai, kalau dia beli macam tu confirm ai tak pakai. Eh basikal kami ni bukan la jenis yang mahal beribu-ribu. Kami beli setakat boleh kayuh dan santai-santai saja. Tidaklah serius sama macam orang lain nak berbasikal berpuluh ratus kilometer tu. Yang penting dapat keluarkan peluh pun dah okay sangat.

Kalau ikutkan hati ai ni, ai lebih suka joging sahaja kat rumah. Bukan apa, kalau kat rumah tak perlu pakai tudung. Rasa rimas dan tak selesa bila bersukan pakai tudung ni, kepala rasa panas berkuap. Tetapi ai ni memenuhi hasrat suami yang ajak bersukan di luar, kita ikutkan aje lah. Nanti kalau kita tak layan buatnya dia ajak orang lain, kita juga yang susah kemudian hari. Selagi mampu nak layan, kita layankan aje. Sekarang ni bila nak ajak berbasikal lagi. Macam lama dah tak pusing-pusing sebab 2 minggu ni enZaf busy sangat dengan kerja, balik pun malam.

No comments: