Bila anak sudah besar terutamanya anak perempuan, terdetik hatiku mengenai akil baligh. Sebenarnya dari awal tahun lepas lagi ai sudah duduk berbincang mengenai perkara ini bersama akak Zahra dan Aliah. Memandangkan dalam silibus sekolah pun ada menerangkan perihal akil baligh ni. Semuanya bermula bila Zahra ada beritahu ai yang kawan-kawan dalam kelasnya sudah mengalami period. Bila dia dah beritahu tu, terus kami duduk berbincang dan ai minta dia ceritakan apa yang dia tahu. Lepas dah dengar cerita dari side dia, ai pun buat open discussion melalui pengalaman diri sendiri hihi. Ceritakan dia bagaimana perubahan fizikal berlaku, apa itu period?, jenis pad yang digunakan termasuklah tebal, nipis, wings dan non wings semua ai story dan tunjuk contoh. Habis semua pad bawa keluar hahaha.. Nak cuci, pakai dan cara buang pad sekali. Dah alang-alang tu ai cerita la. Sebab nanti ai taknak dia panik, bila tetiba period datang. Menjerit pula nanti nampak darah kat panties. Semua ni kira persediaan gitu :) Sambil itu juga, ai kerap remind anak-anak dengan private part. Jangan sesekali bagi orang lain sentuh kawasan private part mereka. Bukan sahaja pada Zahra dan Aliah, Ariq juga ai remind sama. Emosi mereka pun kita kena bagitahu. Kalau boleh ai nak anak-anak ni boleh jadikan maknya sebagai kawan dan berkongsi apa sahaja yang mereka rasa. Bab-bab begini kita kena tepis perasaan malu nak bercerita. Lebih elok anak-anak ni berkongsi dengan kita dari dia berkongsi dengan orang lainkan.
Nak kata ai pandai serba serbi pun tak juga. Anak-anak bila nak meningkat remaja ini la lagi susah kita nak handle nanti. Cuma kita ambil langkah berhati-hati sebabnya kita sendiri pun dah mengalami fasa tu kan. Kita pun dah maklum sikap remaja ni akan lebih banyak memberontak dan lebih banyak perasaan ingin tahu tu timbul. Bukan setakat emosi anak-anak sahaja, emosi kita sebagai ibu bapa pun perlu lebih bersedia. Fuh, tetiba rasa seram pula. Tak tahu apa akan jadi pada akan datang. Yang pasti kita sentiasa memberi sokongan dan berdoa untuk anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah dunia akhirat.
Gambar bawah ni adalah Pad Kit dapat dari Libresse masa buat lawatan sekolah pada tahun lepas. Comel kotaknya, isi dalam tu pun menarik. Thank you Libresse!
Ai nak share artikel yang elok dibaca mengenai persediaan anak ke alam remaja.
- 6 Langkah Setiap Ibu Perlu Buat Untuk Anak Mengalami Akil Baligh [link]
- Persiapan Menjadi Anak Dara: Menjelaskan Tentang Haid kepada Anak [link]
- Bercakap dengan Anak Gadis Anda Tentang Akil Baligh [link]
p/s: Hari ini Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-14. Syukur Alhamdulillah!! :)

2 comments:
comei and useful! tq for sharing!
first time ni untuk diri sendiri bila ada anak2 yang bakal remaja terutamanya anak perempuan ni kan. macam2 perasaan keluar :)
Post a Comment