Thursday, June 25, 2020

Jauh Sampai ke Nilai 3


Ahad lepas enZaf ajak keluar. Dia kata nak cari pasu dan pokok hiasan. Berbunga-bunga la hati kita ni bila dengar suami ajak tu kan. Bukan sahaja berbunga sebab nak mencari pokok tapi berbunga juga sebab dapat keluar. Anak-anak pun laju bersiap bila Daddy ajak keluar. Lamanya kami tak berjalan sejak PKP ni, kalau keluar pun setakat duduk dalam kereta ambil angin atau pun balik rumah parents ai. Masa nak keluar, akak Zahra tak muat dah pakai kasutnya. Memanjang dah kaki dia duduk rumah ni hihi. Ukur kaki dia rupanya dah sama panjang dengan Mummynya. Terus bagi dia cuba pakai kasut Converse ai, muat dan elok sangat pula tu. Sebelum ni pun dia ada pakai baju ai juga. Nampak gayanya lepas ni dah boleh share la barang ai kat dia :)



Jauh kali ni kami berjalan. Sampai ke Nilai 3 enZaf bawa. Lama betul ai tak ke sini. Kali terakhir masa awal tahun 2006. Masa tu ai pergi ke sana nak cari dulang hantaran untuk bertunang. Pergh bukan main nak bertunang cari jauh-jauh. Padahal ada je dekat kat KL tapi gatal kaki pergi jauh kemain haha. Itu la last ke Nilai 3, lepas tu tak tahu dah nak buat apa ke sana.



Bila dah lama tak pergi, ai pun dah tak berapa ingat macam mana rupa Nilai 3 ni. Sampai-sampai sana dekat situ banyak kedai jual karpet dan kain langsir. Kedai barang perkahwinan pun ada juga tapi tak berapa banyak sangat. Bila tak banyak, pasu dan pokok-pokok hiasan pun tak banyak choice. Konon nak beli pokok terus tak jadi nak beli.



Kami masuk salah satu kedai karpet. Ai berkenan betul dengan corak karpet Turki. Jenis bunga-bunga tu kan. Tapi kalau nak beli tak kena pula dengan konsep rumah. Karpet tu macam sesuai kalau ada perabot jati. enZaf memang tak suka karpet jenis corak macam tu, katanya macam mak-mak hahaha.. dah tu ai memang mak dah kan :p



Masa berjalan kat Nilai ai dapat call dari Mak Lang. Jemput datang beraya kat rumahnya. Lepas kami selesai kat Nilai 3 terus menuju ke Pantai Hillpark. Tak sangka sempat jumpa Mak Ngah dan Pak Ngah. Dorang dah lama sampai nak balik dah pun. Gambar ni ambil dari Facebook Mak Ngah. Ish..ish tembamnya muka ai. Nampak sembab pun ada. Sebelum dorang balik sempat Pak Ngah hulur duit raya untuk anak-anak. Terima kasih Pak Ngah!



Setengah jam lepas tu, mak dan abah pun sampai rumah Mak Lang beraya juga. Tak ambil pun gambar dengan dorang masa kat rumah Mak Lang. Lama kami melepak dari petang sampai pukul 8 malam. Terima kasih Mak Lang jamu makan-makan dan terima kasih Mira bagi duit raya untuk anak-anak. Dari rumah Mak Lang terus kami balik rumah. Semua dah kepenatan. Terima kasih sekali lagi buat Mak Lang bagi face mask extenders untuk ai dan anak-anak. Pandai betul Mak Lang mengait, cantik pula tu dan paling penting mengait dengan penuh kasih sayang :)



Jauh berjalan sampai ke Nilai 3 takkan la takde membelikan. Cita-cita ai yang teringin nak ada karpet kat meja makan tercapai haha.. bukan main cita-cita tu :p Lama dah teringin tapi sebab tengok anak-anakku makan jenis "dagu bocor" itu yang buat hasrat terbatal. Nak nak si Ariq tu, kalau makan takde terabur atau tumpah memang tak sah hehe



Sekarangkan tengah hangat dengan karpet velvet ni. Kat IG ramai yang menjual. Harga tengok pun boleh tahan mahal juga. Beli kat nilai ni murah je. Harga pun tak sampai RM100 pun. Rambang juga mata tengok corak-corak karpet ni. Tapi untuk karpet meja makan ai sendiri yang pilih. Cantikkan.. haha puji diri sendiri :p

Oh ye, gambar kat bawah ada beli lagi satu karpet panjang ni juga. Pada mulanya enZaf nak letak kat hallway. Bila letak kat situ nampak tak berapa cantik pula. Ai saja la suggest letak kat dapur. Dia cakap okay. Bila ai pindahkan karpet tu kat dapur memang lagi sesuai kat situ. Kat hallway tu enZaf nak cari lain kemudian.





No comments: