Thursday, August 29, 2019

Mandi Sungai kat FRIM


Aktiviti adhoc.
Tetiba enZaf ajak mandi sungai.
Bukan waktu pagi pun kami pergi.
Masa enZaf ajak tu akak Zahra gi tuisyen,
lepas ambil dia terus kami pergi kat FRIM.
Itu tempat yang paling dekat
kalau nak mandi sungai.

Dalam pukul 3 lebih la sampai gitu.
Masuk FRIM bayar RM6
tak silap kira untuk 2 dewasa.
Ai pun dah ingat2 lupa.
Sejenis cerita baling kebelakang ni huhu

First time kot ai masuk FRIM hehe
Punya la dah lama dok Selangor ni,
tempat dekat mmg payah kita nak pergikan.
Sampai2 kat sungai agak ramai juga orang,
ingatkan dah petang kurang dah.
Spot nak duduk dekat ngan sungai pun penuh.
Kami duduk je la mana2,
bentang tikar.

Wefie ngan si bongsu.
Yang lain semua dah terjun sungai.



Boleh plak ada jerawat tumbuh
bawah hidung tu,
walaupun kecil tp sakit ya amat.
Tersentuh menitis air mata huhu

Kami berdua tak mandi,
layan makan.
Singgah kedai sebelum masuk FRIM.



Pastu jenguk anak2 dara jap buat apa.



Dorang kata kat situ byk ikan.
Teruja tgk ikan tepi2 batu.

Ariq plak berendam kejap,
sbb nak makan katanya hahaha
Mamat tu memang,
pantang nampak makanan.



Oh kami tak naik atas sangat sungai ni,
ikutkan lagi atas lagi cantikkan.
Ada waterfall bagai.
Tp tak kuasa la ai nak memanjat,
ngan ada Qaireen lagi.
Cukup la bagi anak2 seronok
main2 air kat hujung2 je sudah.

Zahra Aliah lama juga berendam kat sungai,
lepas tu naik nak makan juga.



Apa lagi...
wefie la kami.



Mummy ngan anak2 je.



Masa tengah makan tu,
nampak satu keluarga macam bersiap2 nak balik.
Kami tunggu dorang pergi,
lepas tu pindah angkut barang
amik spot dorang sbb dekat ngan sungai.

Baru best view nampak dorang.



enZaf ambil Qaireen bagi kaki main air.
Lama gak dia keras kat situ,
kaki taknak kena air.
Berdiri pun taknak.
Geli kot pijak pasir.



Lama sikit baru la dia ok,
kemain lagi kaki tu goyang2
dan nak turun basah sama.

enZaf ajak ai join berendam,
tapi rasa malas.
Lebih gembira duduk makan
sambil tengok dorang :p



Video dorang main air.



Suka tengok anak2 seronok.
Sekali sekala lari dari rutin harian
memang bestkan.
Anak2 happy, Mummy pun happy.

Keluar dari FRIM sebelum Maghrib,
kami terus gi Uptown.




No comments: