Monday, August 19, 2019

Kidzania Malaysia


Cerita sebelum bulan puasa.
Lebih tepat lagi masa bulan 4 :)
Baru sekarang nak update dlm blog.



Kebetulan adik ai Nani
dia dapat praktikal kat Kidzania.
Itu yang kami ke sana.
Dan adik ai lagi sorang Yusreena pun
tengah cuti semester,
alang2 bawak la dia sekali.
Senang boleh tengokkan anak2.

Untuk akak Zahra dan Aliah
dorang berdua dah pernah pergi
Kidzania ni masa trip dari sekolah.
Jadi dorang dah tau la nak buat ape.
Kebanyakkannya ai lepaskan aje dorang.
Ikut bila nak ambil gambar je.

Tp bukan bagi Ariq.
Dia first time jejak kaki dlm ni.
Sama la ngan ai n enZaf hahaha

Beratur nak ambil tiket.



Sikenit ni pun gembira sama.
Asal keluar rumah suka,
sama perangai ngan Mummy dia haha



Sementara menunggu dorang beratur,
sempat la ai, enZaf dan Zahra
ambil gambar gelang.
Kenangan gitu :p



Boleh keluar masuk byk kali,
asalkan jgn buka gelang tu.
Nak scan tuk keluar masuk.

Masa dlm Kidzania ni ai byk
ambil video.
Jadi gambar letak apa yg ada je la dlm ni.
Video update kemudian.

Masuk dlm ni cantik tempatnya,
pasti la ada aircond.
Tak ramai org rasa la sejuk,
bila ramai tu berpeluh jugak la.



Tak silap start pukul 10pagi,
tp kami masuk awal so jalan2 dlm tu dulu.
Sempat la ajak Nani bergambar
sblm dia start keje.



Harusla Mummy pun nak masuk sama.



Video Kidzania opening song & dance.





Kat dalam tiap kedai nak masuk,
tak semua boleh walk-in.
Ada beberapa yg kena ambil tiket dulu.
Macam Vitagen, Air Asia, dan ape lagi lupa.

Macam Aliah Ariq ni nak masuk McD.
Kena beratur dulu.
Lepas tu dorang akan bagi slot
pukul berapa masuk bagai semua.
Selalunya tempat ramai tumpuan la ada slot bagai ni.
Yang lainnya just beratur je.



Dalam Kidzania ni,
kena kerja untuk dapatkan duit
iaitu gaji.
Banyak buat kerja byk la
dapat duit.

Yang ni nak buat cokelat.



Selesai dapat cokelat dan tentula gaji :)



Pergi kat tempat Makteh dorang.
Jadi pam attendant.



Akak Zahra jaga tol.



Si kenit ni tidur,
Mummy gembira, bahagia dan tenang haha



Ni jadi designer kot,
lupa dah yg pasti tuk kereta.



Ariq paling suka nak masuk sini.
Lepas tu boleh dapat air vitagen.



Aliah join parade.



Group photo ngan maskot Kidzania.



Ariq nak cuci tingkap,
sebelum tu kena training dulu
camna cara nak cuci hehehe



Paling comel anak bujangku.



Masuk kedai letrik.



Nak jadi electrician gitu.



Aliah mmg cita2 nak jadi chef.
Bila dapat masuk tempat makan ni,
harusla gembira.



Pastu makan hasil dari masakannya.



Banyak lg tempat dorang ni masuk,
mcm Faber Castell..
2-3 kali ok pergi situ,
sbb nak pemadam la, pensel la ape la..
macam2 nak.
Ai tak larat nak ikut semua,
duduk rehat satu tempat dan tunggu je la,
dorang tu kejap2 dtg meja bgtau
nak pergi mana bagai.

Masa tengah tunggu Aliah,
tetiba Ariq muncul depan ai.
Rupanya nak hantar barang kat kedai makan tu.
hahaha jadi deliveryman plakkan.



Comel je jadi bomba.



Time ni nak habis waktu dah.
Maksu dorang kira duit masing2.
Duit ni boleh beli apa2 brg
dalam gift shop.



Tp dalam gift shop tu,
parents tak bole masuk.
Hanya budak2 ni je.
Konon spend duit gaji dorang
beli apa yg ada jual kat sana.
Bagi anak2 masuk dlm tengok kot ada berkenan.
Tp keluar ngan tangan kosong.
Katanya takde menarik.
Yg ada tak cukup plak duitnya hahaha

Duit ni boleh simpan
dan boleh guna pakai bila
datang ke sini lagi.
Dtg lagi tuk kumpul lagi byk duit.

Sampai tutup kidzania kami dlm tu.
Itu pun ada lagi tak sempat nak main semua.
Kalau pergi taman tema camni,
mmg tak boleh nak habiskan dalam seharikan.

Apepun anak2 seronok sangat,
itu yang penting.
Pastu tak reti penat2 hihi.
Yang penat mak pak je hahaha
Nasib baik la boleh lepak dlm ni,
indoor lagi.
Ape lagi keje ai makan aje la :p

Ada parents lounge tp ada Qaireen
baby tak boleh masuk.
Ada mak pak yg dtg hantar anak2 saje pun ramai.
InsyaAllah tak hilang,
puas main ambil bawa balik.
Main sambil belajar.

Kami tunggu adik ai Nani,
habis kerja pastu
terus dinner.
Makan kat Absolute Thai, IPC.



Tak benti2 cerita buat ape,
seronok nak dtg lagi.
InsyaAllah ada rezeki dtg lagi k.

No comments: