Thursday, August 15, 2019

Cabut Gigi Pertama Ariq


Akhirnya, gigi Ariq yang pertama patah. Tak silap ai, dia sorang kot yang lambat patah gigi. Zahra dan Aliah masa tadika lagi kot dah cabut gigi dorang. Sebenarnya ai tak tahu pun Ariq ada gigi goyang. Dia tak de pula nak beritahu, agaknya takut la tu ai akan hantar dia ke dentist hihi. Ini dapat tahu pun bila kat sekolah, doktor gigi datang buat checkup kat murid-murid dua minggu yang lepas. Punya la cerita dah lama baru nak masuk dalam blog huhu



Balik dari sekolah tu Ariq bagitahu kat ai yang dia menangis bila doktor nak cabut gigi dia. Alahai anak manja sorang ni kan. Ai rasa dia paranoid sejak kes dia kena jahit kat dagu tu [link]. Disebabkan dia menangis, terus doktor tu tak jadi nak cabut gigi dia haha Bolehku bayangkan macamana riaksi dia yang gelabah dan paniknya Ariq. Ariq ni kalau takut memang tak boleh bawa bincang. Lagi havoc dari kakak-kakak dia haha

Bila dah jadi macam ni nak bawak pergi dentist memang jauh sekali la. Confirm dia taknak punya. Buat stress je nantikan. Kesimpulannya kena cabut sendiri la dekat rumah. Jadinya ai selalu la buat trick kat Ariq ni, kata nak tengok gigi dia je. Kalau masa ai pegang gigi tu dah longgar memang ai terus cabutkan aje, melainkan gigi ai pegang tu masih ketat lagi memang ai biarkan je la. So, masa check gigi dia tu try goyangkan tapi ketat sikit. Belek punya belek, rupanya dah naik gigi baru kat belakang gigi goyang tu. Aduhai Ariq dah tak cantik susunannya giginya, yang baru tumbuh ni dah ke belakang sikit jaraknya.

Lama juga la ai tunggu dan cuba cabut gigi dia tu, ada la dalam 3-4 hari. Nak suruh dia bukak mulut pun seksa, sebab dia takut ai cabut haha. Last2 ai nekad juga sebab kalini gigi dia dah goyang sangat, ambil tisu pegang kuat-kuat gigi tu. Ai beritahu Ariq nak tengok-tengok je. Tapi terus laju-laju ai tarik keluar gigi dia, terkejut kejap Ariq tu. Dia tak tahu lagi gigi tu dah takde hahahah Tengok gusi ada keluar darah sikit ai suruh dia kumur. Dia tanya gigi dah cabut ke, ai suruh dia tengok cermin. Terkejut dia tengok gigi goyang dah takde, terus senyum lebar muka tu hehe Ariq oh Ariq!

Ni ai ajak dia keluar minum petang. Makan kek kita sempena gigi dah cabut haha :)



Gembira Ariq gigi goyang dia dah takde, kalau tak dia rimas dok main gigi tu ngan lidah. Nak makan pun tak selesakan.



Wah Secret Recipe pun dah ada boba. Ai tak beli pun, tak tahu la sedap ke tidak.



Cuma tak paham kenapa harga minum kat kedai tak sama harga dengan bungkus bawa balik huhu

No comments: