Thursday, May 16, 2019

Projek Seni: Batik Tahun 1


Projek seni yang ke-2 Ariq buat. Lupa dah ai seni yang pertama dia buat apa sebelum ini sebab ai tak ambil gambar. Bila difikirkan penting juga ambil gambar setiap apa yang kita buat terutamanya anak-anak kan. Bukan apa ini semua sebagai kenangan juga. Tak silap ai seni pertama dia buat ialah mask. Yang ke dua ini dia kena buat corak batik pula. Kali ini ai serahkan dia buat sendiri 100%. Minta tolong kat akak Zahra dan Aliah tengok-tengokkan. Ariq buat lepas kami berbuka kelmarin. Ai sibuk mengemas meja makan dan dapur. Itu pun ai sempat masuk sekejap dalam bilik semata untuk ambil gambar dia tengah mewarna. Entah apa corak dia buat, hentam saja la apa dia nak lukis. Samaada dia ikut arahan ke tak dalam buku itu pun ai kurang pasti huhu



Malam tu dia buat separuh selebihnya dia sambung lepas Solat Tarawikh. Dia habiskan mewarna dan dibiarkan kering. Esok baru dia sambung lagi untuk buat lipatan kertas menjadi bentuk kipas. Tada!!! siap sudah. Seriousnya muka abang Ariq hihi Muka orang puasa tak mampu nak senyum :p



Ariq puasa tahun ni alhamdulillah. Banyak perubahan dan kejutan besar juga buat ai sebab dia nak puasa. Kalau nak bandingkan dengan tahun lepas, sehari dua je tak silap ai dia dapat puasa penuh satu hari. Selebihnya tak puasa hahaha Setakat ini dia tinggal sehari je itu pun sebab dia haus kerana dek main bola. Main bola tu sebelum nak ke sekolah, dia berlari sana sini habis berpeluh dan kepenatan. Tengok dia dah letih sangat ai bagi lah dia berbuka. Gambar bawah ni masa kami tengah tunggu van sekolah. Sempat ai ambil gambar beg dia. Dah la besar dari orangnya. Lepas tu nak sangkut macam-macam kat beg. Aduhai anak bujang ni.




No comments: