Tuesday, June 19, 2018

Smiggle Tahun Lepas


Cerita tahun lepas lagi haha
Hujung tahun tp blom
cuti sekolah lagi kalau tak silap.

enZaf ajak keluar makan,
katanya pakai baju umah je
sbb nak makan kat mamak.
Sekali dlm kereta dia tetiba kata
jom la pegi Curve.
Suka tau tukar plan tetiba,
banyak kali plak tu.
Time pakai tak berapa senonoh la
ajak masuk shopping mall.
Time tak semenggah tu la
terjumpa kawan sana sini..
huhuhu mesti org tgk apesal la
selekeh benor pegi mall :(

Tak ingat makan ape kat Curve,
yg pasti ada masuk Smiggle.
enZaf nak tunaikan janji dia
kat Aliah beli hadiah
sempena result exam tahun lepas
yg banyak peningkatan.



Ada orang tu pun nak jugak.
Punya la pujuk Daddy nak botol air.



Muka happy la tu dapat beli.



Rupa2nya semua orang dapat.
Termasukla ai hahahaha
Casing phone tu ai punya.
Nampak tak Mummy pun over.
Dah org offer, kita pun amikla kan.



Zahra punya purse tu,
tp sedih purse tu dah hilang.
Baru2 ni jugakla.
Ntah mana dia letak,
tak ingat.
Confirm la yg jumpa tu suka.

Ni pun masa minggu lepas,
ada beli lagi brg Smiggle.
Bag sekolah plak.
Kemain anak2 skang byk dah koleksi.
enZaf pun melayan manjakan anak2.

Oh ada pencil box baru tak pakai,
sama macam dlm gambar kat atas
yg warna biru tu.
Tp yang ni warna pink.
Ingat nak bg kat Zahra tp dia taknak.
Harga asal RM80 lebih,
tp nak letgo RM50.
Sape nak roger ok.

No comments: