Monday, June 11, 2018

Happy 12th Wedding Anniversary!


Pada 2hb lepas hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-12 tahun. Tiada celebrate ape, memandangkan bulan puasa. Rasanya tahun ni paling sempoi kot, takde buat makan-makan pun. Setakat kami wish masing-masing je. Lepas tu paham-paham sendiri la hahaha

Tak ingat la 2hb tu buat ape. Oooo hari Sabtu, kami balik berbuka kat rumah mak ai. Balik dari Sg.Buloh singgah sekejap rumah mak mertua. Ambil carrot cake :) Kira ni merangkap kek anniversary la terus :p



Kakak enZaf yang order kek ini, katanya student dia yang buat. Sedap sangat. Anak-anak yang makan paling banyak.. nak nak si Aliah tu hehe Benda manis memang laju. Nak letak gambar ai dan enZaf berdua yang terbaru takde pula. Lama dah kami tak bergambar, sekarang ni kalau nak berdua, mesti ada orang ke-3 kacau iaitu Qaireen hehehe

Happy Anniversary to us! Tiada apa yang ingin ai minta selain dari kami berdua sihat, kekal dan bahagia hingga hujung nyawa.

No comments: