InsyaAllah esok kita
bakal menyambut Syawal.
MasyaAllah cepat betul masa.
Kejap je rasa puasa.
Sedih nak tinggalkan Ramadhan.
Kalini ai tak sempat nak khatam Al-Quran.
Seyes tak menang tangan ada Qaireen ni.
Dan puasa kalini jugak,
enZaf uruskan dari sahur sampai
juadah berbuka 100% okay.
Masak nasi, goreng ayam semua dan campur
ngan beli kat bazaar.
Terima kasih Yang!
Terharu sangat.
4 hari sblm raya anak2
dah main bunga api & poppop.
Gambar ni masa 3 org je main,
cousin dorang Aira & Akid blom balik lagi.
Smlm dorang dah main ngan cousin,
tak amik pun gambar dorang.
Daddy dorang pun main gak.
Main mercun.. :)
Semalam jugak Tok Abah ajar cucu2
buat ketupat hehehe
Walaupun takde sorang pun pandai,
tp dah bg pendedahan,
tuk turunkan kat generasi baru.
Akak Zahra bole la buat sikit,
lepas step ke-2 dia tak lepas.
Jari tu kena betul2 pegang daun.
Kalau terlepas susah la.
Takpe nanti belajar lagi hihi
Oh.. lupa hari ape,
budak2 ni tolong maksu buat kuih raya.
Buat cornflakes coklat kesukaan semua.
Yang lain kuih tunjuk je haha
Malam ni last berbuka.
Seperti biasa malam raya
kami akan berada di Sg.Buloh.
Menikmati juadah raya...
yeyy suka :)
Kepada kawan2 semua
di kesempatan ini nak wish
Selamat Hari Raya Aidilfitri
dari kami sekeluarga.
Maaf Zahir dan Batin.
Yang akan pulang ke kampung,
semoga selamat sampai.
Suka tak terkata bila dapat tudung raya untuk Zahra dan Aliah. Lagi best tudung ini siap dengan nama dorang sekali.
Sebenarnya, kawan ai Farah yang buatkan tudung ini untuk anak-anak. Lama dah dia berniaga tudung, orang Kelantan memang banyak la tudung bawal kat sana. Ini pun last minutes order kat dia, thank you Farah sudi menerima tempahanku hehe... Macamana terjadi tempahan ini gara-gara dia bertanyakan ai salah satu shawl yang ai pakai, dia berkenan sangat. Bila kami bercerita bab tudung, itu yang ai teringat tudung anak-anak. Ai bertanyakan dia tudung bawal, dia hanya ada bawal bidang 45" ke atas. Ai saja request kat dia buatkan tudung bawal bidang 35", tak sangka dia cakap okay. Ai memang plan nak bagi akak Zahra pakai tudung masa raya nanti. Masa nak order tu, Farah suggestkan letak nama kat tudung tu. Ai pun tak fikir banyak, terus setuju sahaja. Dan dah alang-alang buat tudung untuk Zahra, ai tambah lagi untuk Aliah juga. Bagi sama-sama matching gitu. Mana lah tahu Aliah pun nak juga, nanti merajuk susah pulakan. Gambar di bawah ini adalah hasil tudung bawal yang bernama itu.
Cantik sangat, berkilat-kilat kalau orang tengok. Ai order tudung bawal manik tabur, memang banyak manik-manik pada tudung itu bila dibentangkan. Puas hati sangat. Ini merupakan kali pertama tempah tudung untuk anak-anak, Mummy sendiri pun tak ada tudung nama macam ini heheheh... Dekat luar banyak je orang jual tudung budak ini, tapi kebanyakkan banyak yang jenis instant. Ada tu siap dengan bow bagai, comel sahaja. Tapi ai yang kurang berkenan jenis instant ni untuk pakai raya. Anak-anak ni ai bagi pakai tudung instant masa nak pergi mengaji sahaja. Senang sarung dan keluar terus :)
Oh ya, Farah siap bagi extra manik lagi. Thanks a lot Farah. Ai memang tersangat puas hati. Nanti nak order lagi untuk warna lain pula. Tudung bawal ini merupakan tudung sepanjang zaman, tak lapuk gitu. Oh! ada yang bertanya harga tudung ni, murah sahaja iaitu RM25 sehelai tapi tidak termasuk pos ya. Ini pun kawan-kawan ai message cakap kenapa ai lambat beritahu pasal tudung budak ni bila ai post kat Facebook. Masalahnya ai sendiri pun baru dapat tudung ini semalam hihi... Terima kasih Pos Laju sempat hantar sebelum raya :)
Pada 2hb lepas hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-12 tahun. Tiada celebrate ape, memandangkan bulan puasa. Rasanya tahun ni paling sempoi kot, takde buat makan-makan pun. Setakat kami wish masing-masing je. Lepas tu paham-paham sendiri la hahaha
Tak ingat la 2hb tu buat ape. Oooo hari Sabtu, kami balik berbuka kat rumah mak ai. Balik dari Sg.Buloh singgah sekejap rumah mak mertua. Ambil carrot cake :) Kira ni merangkap kek anniversary la terus :p
Kakak enZaf yang order kek ini, katanya student dia yang buat. Sedap sangat. Anak-anak yang makan paling banyak.. nak nak si Aliah tu hehe Benda manis memang laju. Nak letak gambar ai dan enZaf berdua yang terbaru takde pula. Lama dah kami tak bergambar, sekarang ni kalau nak berdua, mesti ada orang ke-3 kacau iaitu Qaireen hehehe
Happy Anniversary to us! Tiada apa yang ingin ai minta selain dari kami berdua sihat, kekal dan bahagia hingga hujung nyawa.
Seriously bulan puasa tahun ni,
tak byk pegi shopping mall.
Kalau pergi pun tak amik
gambar kat tempat2 deko raya.
Mungkin ai kepenatan agaknya hehe
alasan tak kukuh sgt :p
Ni pun bergambar sebelum pergi
buka puasa company Zaf.
Kami singgah kat Curve jap,
jalan2 cuci mata.
Anak2 ni nampak train,
laju je berlari nak masuk dlm.
Dorang yg bersemangat suh amikkan gambar.
Jadi layankan aje.
Kalau tak suruh tadi,
ai dah cari kerusi nak duduk :)
Sementara ai ambil gambar anak2.
enZaf & Qaireen duduk kat kerusi dgn aman.
Tak boleh jadi,
kacau dorang berdua hehe
Hashtag Daddy anak 4.
Gambar keluarga.
Mata ai tu ya ampun,
bawah mata dah gelap sgt.
Mata ngantuk tu,
nak tido.
Qaireen skang dah ok tido malam,
cumanya dia nak menempel.
Ai yg xbole tido,
sakit badan pinggang bagai.
Bertabahla sampai dia setahun dua ni.
Eh sambung lagi bergambar.
3 orang ni dah ape kemaruk nak
suruh amikkan gambar.
Sblm ni masa kecik
Mummy yang beria nak suh bergambarkan.
Ha skang amik anak plak yg suruh hehe
Posing ape nak oi silang kaki gitu.
Tangan lipat ape ntah huhu
Seriously menguji ketahanan fizikal
dan emosi dah anak 4 ni.
Ini pun mujurla 3 org ni
dah besar.. bole uruskan sendiri.
Byk dah menyenangkan jugak.
Tp faktor umur la kotkan,
badan ni takde la sekuat sblmnya.
enZaf ckp alah baru 38 tahun ni.
Oi 38 pun rasa tau beza.
Nak terhuru hara sana sini ngan baby.
Berpeluh memanjang.
Takde istilah surirumah goyang kaki,
bila ada anak2 kecil dan sedang
membesar ni.
Lainla ada maid sorang satu jaga anak,
buat keje rumah kan.
Ape pun diriku tetap bersyukur
dapat membesar dan mendidik anak2 depan mata.
Tak kisah yg berkerjaya atau tak,
yg penting dahulukan keluarga
naknak anak2 ni,
dorang membesar sekejap je.
Semoga diriku diberi kekuatan
untuk melaksanakan tanggungjawab
sbg seorang anak, isteri dan ibu.
Chayok hihi