Tuesday, June 6, 2017

Lampu Ketupat


Bukan main lagi hari puasa ke tiga kami sudah gantung lampu ketupat. Lampu ketupat ini sudah beli sebelum puasa lagi. Kebetulan nampak di Tesco masa kami nak membeli barang dapur. Tesco pula dah mula menjual barang-barang untuk deko raya ini. Dah lama ai berkenan dan teringin nak ada lampu kelip-kelip ni di rumah. Saja cuba tanya enZaf kot dia berkenan juga dan tak sangka dia pun setuju. Alang-alang kita pun nak sambut hari raya, itu yang terus sahaja beli. Semangat raya gitu :)



Kalau tak silap ai harga lampu ini dalam RM18.90 satu kotak. Ada dua pilihan saiz ketupat samada yang besar dan kecil sedikit. Memandangkan enZaf plan nak gantung lampu-lampu ini di dalam rumah, jadi saiz ketupat yang kecil lebih sesuai. Melainkan lampu-lampu ini nak gantung di luar rumah, ai rasa yang ketupat yang bersaiz besar lebih sesuai. Dari jauh pun kita boleh nampak rumah siapa la yang merelip tu kan hehe..



Satu kotak sahaja sudah memadai untuk kawasan langsir ruang tamu kami tapi kami beli 2 kotak. Nak buat dua layer :) Mujur la rumah ini kecil sahaja tiada laman rumah atau balkoni. Kalau duduk rumah landed mahunya ai suruh enZaf pasang keliling rumah. Jangan katakan lampu, pelita pun akanku suruh letak sekali. Baru bertambah meriah gitu. Sejak dah gantung lampu ni dalam rumah, anak-anaklah paling semangat sekali. Setiap kali waktu malam, anak-anak ini yang akan on kan lampu. Terutamanya Aliah dan Ariq. Tak perlu disuruh, laju je dorang berdua tu, macam dah tahu tugas masing-masing hehehe... Semangat kami nak beraya juga dengan lampu kelip-kelip. Ditambah pula lagu raya berkumandang, lagilah rasa ceria sahaja.

No comments: