Thursday, June 1, 2017

Cerita Ramadhan 2017


Alhamdulillah kita dapat
berjumpa lagi dgn Ramadhan.
Alhamdulillah jua diriku, suami
dan anak2 semua dalam keadaan sihat walafiat.

Hari pertama Ramadhan diriku tak dapat berpuasa,
macam biasa la perempuan datang bulan.
Itu pun period dah nak habis.
Tak dapat puasa 2 hari je.
Hari 3 baru start puasa.
Harap2 dapat puasa sampai raya la.
Tinggal 2 hari je senang la ganti nanti hehe

Seperti puasa sebelum ni,
tiada masalah untuk Zahra.
Tahun lepas puasa penuh,
tahun ni insyaAllah dapat puasa penuh jua.
Aliah plak
puasa kalini dia sangat teruja.
Dan ai pun terkejut sbb dia belum lagi tinggal puasa.
Kalau nak bandingkan tahun lepas.
Punya la tak nak puasa.
Itu pun puasa separuh hari je.

Kejutkan puasa pun sangat senang.
3-4 kali panggil dah bangun.
Lagi menyenangkan ai, sahur dorang
request makan cereal je.
Taknak makan nasi.
Zaf pun taknak makan nasi jua.
Buatkan oat.
Alhamdulillah mmg menyenangkan sungguh.
Tapi tak tau la minggu ke 2 dan seterusnya,
kot bertukar selera plak.

Hanya Ariq je yang tak puasa.
Dia celik2 mata je
terus ke dapur.
Camne nak puasakan.
Budak ni mmg food monster,
mulut tu tak pernah nak benti mengunyah.
Bila cakap dia tak puasa,
tau plak marah hahaha

Ramadahan pertama dan kedua,
berbuka kat rumah mak dan mak mertua.
So takde memasak.. dapur tutup.

Hari ke-3 baru masak sbb berbuka kat rumah.
Itu pun takde masak lauk byk mana.
Anak2 request nak ikan goreng dan
udang masak kunyit.
Pastu Zaf ada la beli makan lain,
cam murtabak dan roti john.
Dia je ke param,
ai blom jejak lagi kaki ke sana hihi

Berbuka kalini ai dan Zaf tak makan byk mana pun.
Bukan diet, maybe faktor umur.
Takde nya bole sumbat semua menda dah.

ha baru teringat,
hari pertama puasa tak bgn sahur.
Silap ai sbb set alarm salah.
Mlm tu ai just on je alarm yg dah ada.
Alarm tu alarm ai pakai tuk ganti puasa.
Setnya hari Isnin dan Khamis.
Padahal kita puasa start hari Sabtu,
harusla alarm tu tak bunyi.
Zaf pun set alarm jugak,
dia bangun tuk off je,
pastu sambung tido.
Mmg jawabnya tak bgn dah la.

Kesian kat anak2 sbb hari pertama dah tak sahur.
Bgtau gak kat Zahra Aliah
kalau tak larat bole buka puasa,
tp dorang taknak.
Dan elok je puasa sampai habis.

Hmmm... Puasa tahun ni best sbb
cuti sekolah 2 minggu.
Jadi takde la sesi huru hara
uruskan dorang hantar amik sekolah.
Agak mencabar gak la puasa
tuk anak2 kalau sekolahkan.
Cuti ni byk berehat kat rumah,
xde la penat mana.
Nanti naik sekolah tu kejap je
puasa dalam 9 hari.
Pastu cuti raya plak.

Oh yer, minggu ni mengemas bilik no3.
Penat jugak la,
punggah semua barang dlm bilik tu,
Zaf pun panggil org nak pasang ekon.
Nanti nak gi Ikea beli katil.
Time puasa la dia nak buatkan.
Apekan daya ikutkan aje la.

Dah masuk bulan 6 dah.
Cepat betul la...
dah separuh tahun.
Semoga Ramadhan kalini
memberi kita rahmat dan keberkatan
dari Allah S.W.T

No comments: