Ahad lepas kami tiada plan apa sangat. Kami pergi ke The Curve hantar baju untuk alter. Almaklumlah orang yang jenis special size ini, kalau beli baju mesti nak kena potong hahaha... pasrah dan redha. enZaf ada cakap, elok-elok kita beli baju itu dengan harga murah ada diskaun tapi jadi harga sama disebabkan kena bayar untuk alter hahaha... ai cakap okay la apa, dapat harga sama balik dari beli harga tak ada diskaun, kena tambah lagi jadi mahal lagi kan kan kan.. ayat untuk penyedap hati :) Lepas dari The Curve, enZaf tanya ai ada nak ke mana. Ai ajak dia ke Mitsui Outlet Park, lama kami tak jejak kaki di sana. Alang-alang dah masuk dalam tu, beli sehelai dua baju anak-anak
Kali ini enZaf ajak masuk Ralph Lauren, dia beli baju untuk bapak. Tengok juga baju budak tapi tiada yang menarik. Harga pun tiada lah murah mana.
Kami berbuka dalam Food Court Mitsui. Ramai juga orang tapi disebabkan ruangnya besar dan tempat duduk yang banyak jadi tak nampak lah crowded sangat. Selesai berbuka kami keluar dari Mitsui dan enZaf ajak pergi ke Uptown Kota Dame pula. Dia nak mencari beg untuk akak Zahra katanya.
Sebenarnya dah seminggu lebih akak Zahra duk berzikir nak beg. Dia ada minat satu beg ini, gara-gara tengok kawan-kawan sekolahnya pakai. Bila kami tanya beg apa, dia tak tahu nak sebut brand beg itu. Minta cuba eja tapi macam tak pasti betul ke tidak. Dia pun spell la perkataan tu QUECHUA. Bila Daddy dia Googled rupa-rupanya brand beg untuk hiking. Maka kami pun masuk lah ke dalam Uptown Kota Dame untuk mencari beg yang dia nak itu. Bila masuk satu kedai ini, orang kedai cakap ini beg viral. Rupanya sudah setahun lebih viral pasal beg ini hahaha.. punya la ai dan enZaf tak tahu menahu pasal viral. Masa tengok beg ini dalam kedai itu, owner kedai itu beritahu ada 2 jenis beg brand sama ini dijual. Satu yang original dan satu lagi bukan original. enZaf pilih yang original untuk Zahra. Lagi pun beg original itu pun tidaklah mahal mana. Beza yang bukan original dengan original hanyalah RM 10 sahaja. Masa dah pilih untuk Zahra, Aliah pun nak beg sama macam akak dia. Kedai dalam tu hanya ada satu je yang original, ada original yang lain tapi saiz yang berbeza. Kecil sedikit dari beg Zahra itu, jadi Daddy dia ajak cari ke kedai lain pula. Habis kami pusing satu Uptown tapi tiada beg yang sama macam Zahra. Daddy beritahu Aliah kita cari hari lain, dia tak nak. Nak juga malam tu huhuhu... Jadinya kami pergi semula ke kedai yang beli beg Zahra itu, cuma yang ini beli bukan original. Sabar je la Daddy dia melayan karenah anak dara dia tu hihihi. Senyum lebar terus muka Aliah.
Zahra punya beg yang berwarna hijau manakala beg Aliah berwarna oren. Banyak juga beza original dengan bukan original walaupun harga beg itu murah. Beg Zahra itu RM30. Ini merupakan kali pertama beli beg sekolah harga sebegitu. enZaf cakap kita tengok berapa lama beg ini bertahan. Gambar di bawah ini di Metrojaya The Curve. Tiba-tiba tiada kena mengena letak dalam entry ini hihi..
Ini kami tengah menunggu enZaf shopping. Dia kalau dapat voucher dari Metro, Parkson atau pun AEON mesti beli spender, tapi kali ini dia tak beli spender pula, nak beli seluar tidur katanya.

No comments:
Post a Comment