Monday, May 29, 2017

Sebelum Ramadhan


Sebelum puasa kami sempat lagi pergi karaoke. enZaf ajak pergi menyanyi di Red Box, The Curve. Anak-anak sebenarnya mereka ponteng hari Jumaat haha... mentang-mentanglah exam dah habis. Ai bagi cuti kat dorang :p



Sebelum ke Red Box singgah dahulu di Nyonya Colors, kami minum petang sekejap. Kumpul tenaga la kononnya kejap lagi nak menyumbangkan suara yang sumbang gitu hahaha...



Balik rumah sebelum waktu Isya' sebab enZaf nak solat Tarawih. Sebelum tu sempat lah cuci mata sekejap di dalam The Curve. Sudah banyak gerai dan kiosk menjual barang raya seperti baju, tudung dan kuih raya. Mata tu sempat juga la tengok baju-baju raya, ada juga yang berkenan. Kemudian lah beli sebab mengejar masa. Cantik lampu-lampu di luar perkarangan The Curve, vibe raya dah sampai, puasa pun belum lagi haha..