Tuesday, May 23, 2017

Ariq's First Sport Day


Pada Ahad yang lepas 14hb, Genius Aulad ada buat Sports Day. First time bagi Ariq masuk sukan. Kebetulan juga hari tu sama dengan Hari Ibu, pagi tu Aliah sendiri yang offer nak tolong pegangkan handbag ai. Katanya today is Mothers Day Mummy.. Kalau begitu nak, hari-hari Mummy nak Mother's Day la :p



Tahun ni GA buat sukan dekat Sports Planet Kota Damansara. Suka sebab dekat sangat, dalam area KD juga dan senang nak pergi. Takde la sesi huru hara nak kena bersiap awal haha Sebelum masuk dalam Sports Planet, ai minta Ariq bergambar dulu. Muka orang happy yang tak sabar nak pergi bersukan.



Agak awal juga kami sampai, ai tengok teachers pun masih menyiapkan prop dan susun barang. Ai pun ambil kesempatan tolong sikit susunkan medal atas meja :) Sempat ambil gambar Aliah kat situ sebab dia pun tolong siapkan sama.



Ada 4 kumpulan sukan kali ini iaitu 4 warna. Ariq masuk kumpulan warna merah. Warna merah mewakili Ironman. Suka la dia dapat superhero.



akak Zahra takde dalam gambar. Dia tak berapa sihat, batuk-batuk. Masa keluar rumah badan dia panas tiba-tiba panas. Daddy dah bagi dia makan ubat, terus dia berehat je baring kat kerusi. Kesian dia.



Bersiap-siap untuk perarakan masuk. Orang rendah duduk depan sekali. Ada bagusnya jugakan, senang Mummy nak ambil gambar.



Buruknya la lukisan Ironman tu hahaha Dari gambar ni nampak Doraemon, Spongebob & Hulk.



Semua marching buat pusingan 2 kali. Berterabur habis. Ada yang laju, ada yang slow haha



Lepas tu buat senamrobik pula.



Ada 4 game sukan ni. Ai tak ingat pula nama-nama gamenya. Yang tahu Ariq masuk 2 acara. Satu acara ambil sudu dalam tepung dengan menggunakan mulut. Satu lagi tak tahu sebab takde dalam gambar haha



Cheer leader setia Ariq hehe Akak Zahra masa ni nampak macam dah sihat sikit. Dah boleh join tengok Ariq kira okay la tu.



Oh game ke dua Ariq main pass belon air kat kawan. Seronok la budak-budak sebab cara main tu macam baling bola hehe.



Habis acara sukan Ariq ada diselitkan acara untuk ibubapa pula. Ofkos la ai join main hehehe Kali ini kena jalan atas bata. Nampak mudah tapi susah, boleh patah pinggang okay haha lutut tu jangan kata la.. menggeletar kepala lutut :p Dapat no.3 hehehe Jadi la. Team ibubapa :)



Principal sarungkan medal. Team Ironman dapat nombor 4. Last sekali hahaha Walaupun last tapi dapat medal jugakkan. Untungla...



Budak bukan kisah pun menang ke kalah, bila semua dapat medal itu punn dah happy. Bagus juga buat macam ni, meraikan tak kisah menang ataupun kalah. Semua dah buat yang terbaik.



Alhamdulillah akak Zahra pun dah nampak semakin sihat. Lepas Daddy dia bagi ubat dan berehat, badan dia pun mula berpeluh-peluh. Habis tu terus dia nampak segar.



Sebelum balik ai sempat ambil gambar Ariq dengan Teacher Salwa & Teacher Yana.



Dengan Teacher Ain.



Dan dengan Headmaster, Mr. Daddy hehehe tetiba :p



Selesai je sukan sekolah Ariq terus kami balik rumah dan berehat. Alhamdulillah semua selesai dan berjalan dengan baik. Tahniah buat cikgu-cikgu GAKD.


No comments: