Monday, May 22, 2017

Family Dinner


Weekend lepas hari Sabtu,
kami dinner ngan mak abah dan adik2 ai.
Dorang ajak makan kat BBQ ni,
katanya makanan korea.
First time ai makan sini.



Dekat je ngan umah mak,
kat Bukit Rahman Putra.
Kedainya pun baru bukak.
Jadi dlm tu pun elok cantik dan bersih.
Serba baru gitu.

Makan2 ni sempena Hari Ibu dan
jugak buat Birthday Akid.
Birthday dia patutnya esok,
samala ngan Hari Ibu
tp kami awalkan sehari,
sbb esok adik ai Hana dah ada
rancangan ngan keluarga mertua.

So inilah birthday boy yg diraikan.
Megat Hariz Akid.
2 tahun dah dia.



Semoga jadi anak yg soleh di dunia & di akhirat.
Lepas Akid tiup lilin,
kakak dia pun sibuk nak jugak hehe



Pelik juga yg anak2 ai ni
xde plak request nak tiup..
nak nak si Ariq tu...
pantang nampak kek.

Mak Long wefie ngan Akid :)



Mak Long dah tembam skang okay.
Makan je keje...
haritu timbang berat dah 48kg,
terus laju2 wat exercise okay.
Nak puasa ni harap2 turun la berat tu huhuhu

Ni gambar antara makanan2 yg di order.
Seriously tak ingat ape nama makanan.
Terlalu korea bunyinya hahaha



Jadi layankan je la gambar makan
tanpa nama ni.



Yang pasti semuanya sedap2.
Bole terima dek tekak.



Bukan ai je dah tembam,
enZaf pun dah tembam jugak.
Sejak kaki dia sakit,
lama gila tak main bola.



Bergambar sebelum balik.
Adik ai Nani je takde,
dia tak cuti :(



Ingatkan nak pegi lepak tempat lain plak,
lupa yg Ariq ada Sports Day esoknya.
Jadi terus balik rumah.

Thanks Omar belanja makan malam tu.
Semoga diberkati dan dimurahkan rezeki hendakNya.
Pada Mak & Adikku Hana,
Selamat Hari Ibu.
Lupa nak bergambar bertiga.
Huru hara kecoh nak balik.


Harini Zahra Aliah exam lagi,
sampai la Khamis.
Macam biasa la,
anak exam kita mak yg stress.
Berperang suh dorang wat revision.

No comments: