Thursday, May 25, 2017

Brunch at The Picnic Table


Jadi jugak brunch ngan kawan2.
Pagi tu kecoh dlm whatsapp
nak makan kat mana.

Pagi tu jugak ada report card day
kat school Ariq.
Sementara masing2 decide nak jumpa mana,
sempat la ai setelkan dulu hal Ariq ni.
Alhamdulillah komen teacher dia
semuanya work in progress..
awal lagi nak expect semua dah terror tu
takde la kan..
janji dia on track dan
follow ape teacher suruh buat dah cukup baik.



Lepas dari school terus jumpa kawan2.
Plan jumpa kat Harum Kuini,
tp kedainya tutup.
Terus Anis ajak gi makan kat
The Picnic Table.
Dekat je ngan kedai memula decide tu.

Pinjam gambar Anis.



Cantik elok je dalam kedainya.
Suka sbb cosy.



Warna pun warna lembut,
tenang rasa hehe



Adraa ngan "Apen"
Usung ke mana sahaja :)



Brunch pada harijadi dia.
Sweet 37 haha
Umur bukanla rahsia bagiku :p



Flatlay dari Anis
menggunakan handphoneku.
Masuk tangan Ariq di situ.
Thank you Anis..



4-4 order big breakfast.
Memula nak order lain
tapi tak bole nak pikir,
kelaparan sudah hehehe.

Ariq amik gambar.
Habis semua orang nampak
"ketebalan" masing2
nak nak 2 orang kat depan tu :p



Yang ni dapat sorok ketebalan,
ai is suka...



Lepas makan Nowwa belanja makan eskrem.



Thank you Wa,
besar jugak eskremnya,
Ariq tak habis pass kat Mummy.
Mummy pun tak habis.
Nak kata sedap sgt tu idak la..
biasa2 je.



Comel je ada tempat
bole lepak2 duduk..
nak baring pun bole ada bantal.
Tido ape ntah lagi haha



Sebelum balik mintak org kedai amikkan gambar.
Nani cakap nak cover kaki..
katanya dia pakai selipar je.
Konon tak nampak la kan dok belakang meja,
tp nampak jua akhirnya :p



Tetap tak cukup 5,
Elin tak sedap badan..
Ingatkan lepas makan nak jejalan lagi
ngan Nowwa & Nani,
tp enZaf dah tunggu kat umah.
Katanya cukup2 la ngan kawan tu huhu
Jeles sbb 2 orang tu pegi pantai.
Layan sepoi2 angin laut
dan makan seafood huargghhhhh
Nak ketammmmmmm

Takpe pas raya kami plan nak
jejalan ke Melaka plak..
yeayyy tak sabar :)

2 comments:

mamapp said...

Assalam.. Dari mama pipie. Picnic table ni katne. Mcm best je

Nurhayati said...

waalaikumussalam... kat kota damansara... :)