Thursday, January 26, 2017

Mengecat Dinding


Cat dah dibeli. Apa nak ditunggu, tugas enZaf la mengecat dinding. Ai tengok saja :p Sebenarnya beli cat ni bukan nak cat satu rumah. Tapi nak cat dinding kat belakang tv tu je. Nak mengecat semula pun sebab ada tampalan simen kat sebelah aircond tu.



Bulan lepas, paip aircond ni bocor. Habis menitik air sampai masuk dalam master bedroom. Nak baiki paip tu kena pecahkan dinding untuk diganti dengan paip baru. Ikutkan enZaf dia memang berat hati nak pecahkan dinding, tapi nak buat macam mana kan. Kalau tak diganti sampai sudah menitik air tu masuk dalam bilik kami. Akhirnya buat juga la. Lepas dah selesai, simen balik pada dinding yang pecah tu. Terus la nampak tak cantik sebab dinding tu dah bercapuk bukan satu warna dah. enZaf cakap sakit mata dia tengok dinding buruk ;) Oh warna sebelum ni warna cream.



Bila enZaf cakap nak cat balik tu, ai pun request minta warna baru. Dah alang-alangkan hehehe Dah 10 tahun mengadap warna sama tu yang ai cadang warna lain pula hehe nasib baik enZaf pun kata okay. Itu yang dia beli cat yang kononnya warna yang beli tu warna yang ai pilih tapi sebenarnya warna tu warna yang dia pilih pfftt Ye ye je dia kata ai pilih. Tapi takpe la warna yang dia nak tu pun ai suka juga. Ai ni jenis tak kisah sangat, bab-bab rumah memang serah pada dia je. Sebelum nak cat warna pilihannya itu, cat warna putih dulu.



Tunggu cat putih kering. Baru lah cat dengan warna pilihan. Warna yang dibeli tu purple wine.



Kena blur badan enZaf yang tak berbaju tu :) Dah cat 1 layer, tunggu kering dan cat lagi sekali 1 layer. Kiranya 2 layer baru warna tu naik dan cantik. Masa dia cat tuk layer ke-2 ai dan anak-anak dah masuk tidur. Bila bangun Subuh ai tengok dah siap sepenuhnya. Tanya dia pukul berapa siap mengecat, katanya pukul 5 pagi :)

Pagi tu lepas breakfast, ai kemas dan bersihkan sisa-sisa dan lantai semua. Susun balik perabot dan TV. Nasib baikla barang sikit je, tapi itu pun berpeluh juga mengemas. Alhamdulillah siap sudah warna untuk feature wall kami. Eh muka Alif Satar pula kat situ :)



Yang penting enZaf dah tak sakit mata lagi tengok dinding yang comot kat sebelah aircond tu.



Harini Aliah dan Zahra dah start cuti. 1hb Februari nanti baru sekolah balik. Sekolah Ariq hanya cuti hari Isnin je. Ramai la orang plan bercuti. Kami pun pergi bercuti juga sebab cousin bertunang. Yeyyy suka suka.

1 comment:

annapeje said...

amboi dah ensem tahun neh kene la ahkak pegi beraya umh ko ahahaha