Wednesday, January 11, 2017

Restoran Senandung Malam, Pantai Bagan Lalang


Pertama kali pegi Bagan Lalang hihi
Kalau tak kerana Anna ajak,
mmg tak pegi sini
dan tak tau la Zaf nak bawak ke idak.

Anna ajak makan seafood kat situ.
Area tu kan dekat ngan airport.
Harusla banyak nampak kapal terbang landing.
Teruja anak2 ni sbb nampak besar dan dekat.



Sampai2 situ
budak2 ni dah nampak pantai.
Ariq plak sibuk suh ke sana,
Dia ingat dtg nak mandi la.
Takde maknanya la kan.
Tengok dari jauh je.
Masa tu kat pantai penuh dgn khemah.
Ramai jugak orang camping rupanya.
Time cuti sekolah kan.

Eh jangan kata situ.
Masa kami dari rumah nak ke Bagan Lalang ni pun,
ya ampunnnn jem, banyak kereta dan hujan.
Satu jam lebih okay nak sampai.
Cakap ngan Zaf moga berbaloi kita makan
nak sampai punya jauh hahahahaha

Turun kereta terus call Anna,
cari dia kat mana.
Peje dah Q order makan.
Kami borak tepi sambil tu
amik la gambar dgn anak2.



Makan seafood kat Restoran Senandung Malam.
Konsep kat sini kena order dulu,
baru org kedai bagi kita meja.
Kiranya kalau sampai jgn terus duduk
kat meja yg kosong.
Sbb semuatu dah direserved tuk orang yg dah order.
Jadinya yg lain better duk dlm kereta dulu ke,
or jalan2 la area situ.
Hanya yg sape yg nak order tu la masuk kedai,
sbb nak Q tu bole tahan panjang dan lama.
Tak putus2 okay tgk orang masuk restoran ni.



Ni la table kami.
Lama tunggu makan.
Kebulur sudah.



Lauk dah start hidang atas meja.



Tengok la mrPeje order.
Mmg melantak la sepuas2nya haha..
Ikan, ketam, sotong, macam2 ada.



Zaf siap cakap lupa nak amik gambar ramai2 kat meja makan.
Ewahh dia plak yg ingat.
Ai dah nampak makan tak ingat bergambar dah.
Kelaparan gitu,
semua kusyuk dapat makan.
Anak2 pun kemain behave je.

Lama sket dah makan semua,
baru la enjin dorang dah panas.
Ariq siap lari bagai,
sian Afrina dia kejar Ariq.
Jatuh sampai 4x... takut lutut dan tangan dia sagat atas jalan.
Kali ke-4 jatuh tu la baru dia nangis..
Sori yer Anna anak aku ajak main lari2 huhu

Aqil plak kemain bercerita macam2.
Zara Aliah jadi pendengar yg setia.
Dia pun mcm2 cerita beli ape siang tu,
siap nganharga bagai.
Bagus anak ko penuh dgn details haha

Nasib baik kita amik gambar sblm makan tu kan.
Kalau tak takde kot gambar langsung.
Cuma gambar berdua je tak amik.
Next time kita repeat makan2 lagi k.
Makan ikan lagi hihihi

Na thanks tau bagiku tudung pucci.
Cantik sangat.
Next dating tema Pucci ok :)

No comments: