Thursday, January 5, 2017

Berwajah Baru


Habis dari Aliah orientasi,
kami gi breakfast pastu terus balik rumah.
Zaf nak gi solat Jumaat.
Lepas solat kami keluar balik.

Tujuan utama mencari kelas tuisyen Zara.
Byk jugak pusat tuisyen
yg ada kat Kota ni.
Tp masih lagi berfikir sbb
ada yg schedulenya tak kena dgn dia.
Salah satunya clash ngan mengaji.
Ada jugak yg weekend tp daddy dia taknak.
Katanya nanti nak gi holiday susah ahahahah
Sabar je la akak..

Habis dah survey sana sini.
Zaf ajak gi The Strand.
Masa masuk dlm nampak kedai gunting rambut.
Terus Zaf ajak masuk dlm
potong rambut Ariq katanya.

Oh No!!!! Mummy mcm tak percaya.
Kenapa skang.. sbb macam tak bole terima.
Sayang kat rambut dia yg panjang itu.

Harusla laju je ai amik gambar dia
sblm dia masuk dlm kedai tu.



Benci betul perasaan bila
tak suka rambut Ariq dipotong.
Tapi dalam benci tu happy jugak.
Mana taknya ni pertama kali okay
dia gi kedai potong rambut.
Selalunya mummy dia je potong sikit2
tuk trim bg elok.



Dan tak sangka jugak la
yg Ariq ni okay je.
Takde pun nangis ke ape.
Malu lagi ada..pastu katanya dia geli
sbb uncle tu pegang belakang2 kepala
dan leher dia hahaha



Masa rambut dia tgh potong,
Zaf bgtau dia nak pegi Starbuck.
Nak buat keje sket.
So tinggal la ai n akak2 dia je.

Ai tak tau Zaf suh potong rambut Ariq camne.
Agaknya suh trim bagi sama rata n kemas je.
Bila mamat potong rambut tu tanya
nak wat camne,
ai cakap je la buat bg kemas hahaha
Tak pernah ada adik lelaki,
kita pun tak tau nak buat ape.
Takde pengalaman.

So ni la hasilnya.



Sampai2 Starbuck,
Daddy dia tak puas hati potong rambut camtu.
Katanya mcm perempuan hahaha
Dah kalau tanya ai
mesti la ai nak dia rambut panjang.
Dah tu trademark Ariq hihi



Serious benor muka enZafaris ni wat keje.
Anak2 tadi sblm sampai Starbuck
sempat la masuk kedai myNEWS.com
bgla chance nak makan ape.

Setel dah keje Daddy dorang.
Kami pegi balik kedai gunting rambut tu.
Zaf kata potong pendek habis.
Ha part ni Ariq muka cam cuak sket.
Sbb pakai menda alah tu kan
ape nama tak tau.
Cam shaver tu.



Huarghh Mummy nak nangis time ni,
masuk kejap je amik gambar,
pastu terus keluar.
Sayangnya rambut panjang dia tu huhuhuhuh
Potong kat kwik&ez



Tidakkkkkkkkkkkkk
takde dah rambut panjang dia
yg curly2 bawah tu.



Sebenarnya dia malu nak amik gambar.
Taknak tegakkan badan dia.
Suka hati la nak oi.



Solat Asar jap kat surau,
pastu terus kami ke TGV.
Zaf ajak tgk wayang.



Kami tgk citer The Great Wall.



Suka Matt Damon berlakon.
Best ceritanya.
Zara Aliah pun suka tengok sampai habis ok.
Ariq tgk kejap je,
dia tido sepanjang movie.
Penat bangun pagi pegi sekolah haha

2 hari sebelum tu
kami tgk citer Assassin's Creed.
Boringnya la citer,
sbb slow.
Zara Aliah plak yg tido sepanjang movie haha

Habis movie kami gi Gulam Mee.
Dinner terus.



Kat belakang Ariq tu
ada pertandingan karaoke.
Sedap2 suara peserta.

Time makan ni
Aliah dah tumbang.



Gitula cerita dari pagi sampai ke malam.
Mmg kepenatan semuanya.

2 comments:

Fiza Rahman said...

Handsome ariq dgn rambut baru tu ☺☺

annapeje said...

haaaa neh mmg super ensem kalo pg hispter babrber lg ensem hahaha