Thursday, December 10, 2015

Cabut Gigi Lagi


Ke klinik gigi buat kali ke-2 untuk Zahra. [link] Tapi ini gigi dia yang ke-6 nak dicabut. Gigi sebelum ni kebanyakkannya ai yang cabutkan, dan ada satu gigi tu jatuh sendiri masa tengah makan. Nasib tak termakan gigi tu kan. Yang ai cabutkan tu pada gigi yang dah longgar sangat. Tarik sikit je dah terkeluar. Tapi yang nombor 6 ni susah sikit sebab tu kami ke dentist.

Pada mulanya ai tak tahu pun Zahra ni ada gigi goyang. Ini pun ai dapat tahu masa 3 hari yang lepas. Terperasan dia asyik belek-belek something depan cermin. Tanya dia kenapa, rupanyanya dia tengok gigi dia yang dah goyang tu. Ai pun terus tengok gigi dia, nampak ada gigi baru dah naik tinggi kat belakang gigi yang goyang itu huhuhu... Alahai anakku, nanti susunan gigi dah tak berapa cantik.

Pagi tadi ai kejutkan semua anak-anak bangun, mandi dan bersiap dalam pukul 10 pagi baru keluar rumah. Appointment dengan klinik gigi dalam pukul 10.30 pagi. Bila dah sampai klinik ada sorang lagi patient tengah menunggu. Sementara tu ambil la gambar anak-anak kat dalam klinik.



Mata masing-masing bengkak tak cukup tidur. Nasib baik lah tak meragam. Muka suspen pun ada juga. Kot la dorang pun kena cabut gigi juga kan hahaha.. Gambar bawah ni gigi Zahra yang nak dicabut, nampak jelas gigi baru dia. Dah tinggi macam tu baru la Mummy dia sedar. Kalau tak sebab nampak dia belek depan cermin sampai ke sudah Mummy dia ni tak tahu huhuhu.. Harap-harap la gigi baru tu akan ke depan bila gigi goyang dah cabut :(



Ikutkan tak ada lah lama sangat menunggu. Tapi bila bawa budak-budak ni, 5 minit pun ai rasa macam 5 jam dah haha... Sejenis yang bukan boleh duduk diam. Risau dorang ni meragam atau buat bising. Tahu-tahu si Aliah dan Ariq dah buat macam rumah sendiri. Habis semua menda nak di pegang huhu..



Ariq perasan ada berus gigi dalam almari tu. Nampak pula superhero yang dia minat. Dari jauh dia duk jeling-jeling lepas tu kejap-kejap pergi tengok kat almari tu. Gambar bawah ni masa Ariq dalam cubaan untuk memujuk Mummy belikan berus gigi dia yang ada corak Spiderman tu.



Jawapannya memang Mummy tak beli. Tengok je la berus gigi dalam tu diam-diam :) Bising lah dia masa keluar klinik sampai la ke kereta sebab tak dapat berus gigi Spiderman huhu.. Tak kuasa nak melayan. Oh, sebenarnya Zahra sendiri yang request nak cabut gigi ni kat klinik gigi. Tak nak Mummy cabut kot sebab ganas hahaha..



Lega bila ai tak perlu nak pegang dia macam pertama kali pergi klinik gigi [link]. Jenuh nak peluk dia bagi tak bergerak bila doktor nak tengok gigi dia. Dah besarkan. Aliah dan Ariq pula kusyuk dan asyik melihat akak dia. Aliah siap pegang gigi, macam nak cabut gigi dia pula hahaha... Muka dua-dua orang ni saspen habis.



Kali ini senang banyak dah kami kat klinik gigi. Kalau diikutkan pengalaman pertama haritu, Aliah & Ariq ketakutan macam apa, Aliah dah berlari keluar bilik doktor menangis-nangis, Ariq pula menangis minta ai dukung dia. Masa tu pula Zahra pun first time sama takut juga, minta ai pegang dia sama. Memang huru-hara dalam klinik tu.

Masa tengah doktor sapukan dia ubat bagai, tengok Zahra okay saja. Sampai lah doktor tu keluarkan tools yang macam bentuk playar tu kan, tiba-tiba dia terus jadi takut dan menangis. Aduhai menangis melalak pula tu. Puas ai pujuk dia pegang semua cukup, macam-macam janji bawa pergi sana sini beli aiskrim la toy la tetap tak jalan juga. Dia memang tak boleh nak tenangkan diri. Suruh dia tutup mata pun tak mahu, mata dia asyik nak pandang pada playar tu. Lama pujuk, sampai 3-4 kali la doktor sapukan balik ubat kebas tu, tak jalan juga. Sampai ada sorang nurse lain pun masuk dalam bilik cuba pujuk dia hahaha...

Ai tengok Zahra dah macam tak boleh nak tenangkan diri, puas pujuk macam-macam pun tak menjadi juga. So apa lagi ai bagi doktor dan nurse green light untuk berkeras dan teruskan aje. Pegang dia kemas-kemas, Mummy terpaksa buat cara keras sikit la. Kalau tak sampai malam pun tak setel. Ikutkan doktor dan nurse tu dorang memang tak berani nak kasar, tapi ai ni dah tak larat nak menunggu lagi. Lama dah kot dia melalak tak berhenti. Ada lagi 2 orang anak pun tengah menangis juga. Mummy dorang macam rasa sesak dada sudah huhu..

4 orang nurse pegang dia, part mulut ai yang buatkan. Dia pula boleh ketapkan mulut baik punya tak nak buka, ape lagi ai jolok jari ke dalam mulutnya untuk nganga lebih besar. Bila dah terbuka besar je mulut tu terus doktor tarik keluarkan gigi tu. Ha amik kau sekejap je pun dalam 3 saat selesai semuanya. Terus dia diam hahahahaha... Dalam geram-geram tu pun kelakar juga okay. Maafkan Mummy la yer nak, Mummy terpaksa berkeras dengan Zahra. Bila nak keluar bilik tu Zahra minta Mummy dukung. Jadinya Mummy dukung la dia yang sebesar-besar alam ni keluar. Gigih dan gagah perkasa terus rasa :p Sabar je la nak oi. Muka yang masih menangis dan sedih.



Ingatkan proses nak cabut gigi kat klinik gigi ni berjalan dengan lancar. Tengok Zahra pun macam steady tapi tidak rupanya. Masih huru-hara sama macam pertama kali cabut gigi hahaha.. Ai pesan next time kalau nak cabut gigi don't be like this okay. Tanya dia tak sakit pun kan. Dia cakap okay :p Ai rasa dia takut tu sebab playar tu je pun. Nasib baik dia jawab okay, tu tanda boleh pergi ke klinik gigi lagi la kan. Lepas selesai kat klinik gigi, terus kami pergi Giant nak lunch. Mummy dah lapar sebab banyak drama dalam klinik tu kan. Laju ke The Chicken Rice Shop. Bukan main muka masing-masing semua happy hihi..



Lepas makan kami masuk supermarket pula. Belikan makanan yang Zahra nak. Beli jiwa lah gitu tapi sebelum itu dia ada bertanya, Zahra dah cabut gigi ni boleh beli toys ke Mummy? Wah sempat lagi kan. Jawab ai mestilah tak beli haha.. kejam tak. Yang itu kita suruh Daddy dia je yang beli. Dah dia buat drama tak makan dipujuk. Berpeluh Mummy ko ni sesak dada hehe... Whatsapp dengan enZaf cerita apa dah jadi, kata dia nanti kita beli lah toys untuk dia, kesian tu... agak dah pun, iyalah anak Daddy kan. Mana lah tahu Mummy pun ada dapat apa-apa juga :p

2 comments:

annapeje said...

anak kesayangan daddy neh ahahha bijak plak kihkih ...dasat betul penangan nk cabut gigi kali neh ahahahaha kalo aku jd hulk la agaknya hahaha

Zaila Mohamad said...

bagus betul ko boleh handle 3 kids bila keluar, aku ni kadang2 semput nak melayan anak2..huhu