Thursday, October 9, 2014

Gigi ke-2 Cabut


Pada hari Khamis lepas, bawa Zahra ke klinik gigi. Kali ini ai tak dapat cabut gigi dia sendiri macam gigi pertama sebelum ini [link]. Gigi dia sebenarnya tiada yang rosak tapi dah sampai masa gigi tu dah bergoyang. Dan pada gigi yang bergoyang itu sudah ada gigi baru dah naik tinggi. Kalau dibiarkan lama nanti gigi baru tu naik tak sama rata pulakan. First time Zahra ke klinik gigi ni. Experience baru untuk dia dan untuk Mummy juga :) Muka dia dah mula cuak bila tahu nak kena cabut gigi.



Zahra ni memang sejenis yang cepat takut dan gemuruh. Jadi ai dah persiapkan mental yang dia akan menangis. Memang betul sangkaanku, dia menangis sebelum masuk bilik doktor lagi. Bila doktor dah panggil boleh masuk, lagi kuat dia menangis dan tak nak masuk dalam bilik huhuhu... Aliah pula bila nampak kakaknya nangis, berdesup dia berlari dari bilik sampai ke receptionist. Ai ni dah huru hara untuk menenangkan Zahra pada masa yang sama Aliah pula berlari jauh. Takut tengok kakaknya dengan dia pun menangis sama. Dah dua-dua nangis, Ariq pun turut menangis juga huhuhu.. Ada sorang nurse ni tengok Ariq menangis, dia nak dukunglah Ariq untuk tenangkan. Lagi dia menangis kuat. Kesudahannya tiga-tiga anak menangis dalam klinik. Aduhai.. kalau lah badan ai ni boleh pecah 3, lama dah ai pergi setiap seorang :(

Tak dapat bayangkan bertapa riuh rendahnya dalam klinik tu. Kebetulan ada lagi patient sedang menunggu selepas giliran kami. Mesti terganggu dengan keadaan ini huhuhu.. Terpaksa lah ai keluar untuk menenangkan Aliah dan Ariq. Lepas itu cuba tenangkan Zahra pula. Bila keadaan reda, ajak Zahra masuk balik dalam bilik dan dia sambung menangis lagi. Dia tak nak duduk atas kerusi patient tu. Takut agaknya sebab kerusi tu kan kita kena baring sedikit untuk doktor check. Jadinya ai terpaksa duduk atas kerusi itu sambil riba dia. Bila dah duduk atas kerusi dia dengan Zahra, Ariq pula menangis minta berdukung. Ya ampun... ai dah pening. Terpaksa ai bangun dan minta Zahra duduk atas kerusi tu sendiri. Bila dia duduk atas kerusi tu, dia menangis lebih kuat. Ya Allah, masa tu ai dah helpless dan stress sangat rasanya. Aliah pula ai tawakal je lah dia kat luar bilik, dengan ai tak nampak apa dia buat. Ariq ai kena dukung dia baru dia diam. Satu tangan ai dukung Ariq, satu tangan lagi ai peluk Zahra. Tak terbayang okay kehuruharaan itu. Mujur nurse kat situ baik cuba pujuk akak Zahra, walaupun tahu anak-anak ini nak Mummy dorang je. Tapi nurse ni bersungguh membantu. Sempat ambil gambar satu ni je :)



Prosedur nak cabut gigi itu sekejap sahaja tetapi nak tenangkan Zahra untuk cabut tu ya ampunnnnnnnnnn hazab okay. Masa doktor nak letak gel pada gigi goyang itu pun menangis tak mahu. Minta nak minum air bagai, sudahnya nurse pergi ambil air untuk dia hahaha.. Doktor tutupkan mata dia sebab nak keluarkan tools macam bentuk playar tu kan. Tak nak bagi dia nampak, nanti dia menjerit dan menangis lagi. Laju-laju doktor cabut gigi dia, bila dah siap terus dia senyap. Beginilah rupa muka lepas mengharungi battle dalam bilik doktor hahaha..



Tanya Zahra sakit tak cabut gigi, dia kata "No" hahaha... "See Mummy told you, tak sakit pun." Lepas tu dia senyum, sabar je lah anakku. "Next time kalau nak cabut gigi, kita pergi klinik lagi ya." Dia angguk-angguk saja hahaha... Gigi yang cabut tu doktor simpankan dalam bekas rantai dan dapat sijil sekali. Bukan main cabut gigi pun ada sijil :)



Dah selesai semuanya tiba-tiba Aliah menangis pula. Dia ingatkan lepas kakaknya, giliran dia untuk cabut gigi hahaha... Drama sungguh kami dalam klinik gigi ni tau. Ai rasa nak pitam sangat dah. Bila dah stress ini, apa lagi kami terus ke OU. Ai bawa anak-anak makan di Auntie Anne's.



Dah cabut gigi tu nampak sudah gigi barunya, harap-harap gigi baru tu ke depan lah nanti sama rata dengan gigi yang lain.



Dah makan kami masuk ToysRUs pula. Hiburkan hati anak-anak dengan mainan dalam tu, yang ini ai biarkan saja dorang buat macam rumah sendiri.



Belikan juga mainan Pony Pop untuk Zahra dan Aliah. Ariq tak ingat pula beli apa :p



Sempat masuk dalam Cotton On. Beli sikit baju-baju, murah saja RM19 tiap satu.



Bawa anak-anak ni ke shopping mall lagi senang dari bawa masuk klinik gigi. Lagi behave dalam mall hahaha..

2 comments:

annapeje said...

apsal ko x tggu zaf..tp yer la zaf bz wakaka amboi drama drama pon sempat amik gambo ahaha ..good job kakak zara...best la klinik gigi tue bp la dia chaege haha...cute2 jerk baju tue jeles mak huhu

Nurhayati said...

Murah je RM70 skali ubat dia bg. Dan dpt byk free ubat gigi hehe