Friday, February 27, 2015

Warung Kita Kampung Melayu Sg. Buloh



gambar di atas kredit dari Facebook Warung Kita.


Semuanya bermula dari adik ai Hana, dia yang tagged ai kat Facebook pasal kedai Warung Kita ini. Katanya nak ajak ai makan sini bila dia balik Sg. Buloh. Elok je dah tagged, esoknya ai nampak gambar kawan-kawan ai pula ke sini dalam Facebook. Fuh laju betul dorang ni, bab makan mana yang viral tu, laju je semuanya. Ai pun kalau melibatkan bab makan, memang laju juga hahaha... Pantang tengok :p Ai pun ceritalah dengan enZaf pasal Warung Kita ini. Masa cerita tu kami on the way nak balik rumah dari Hutan Melintang. Dah alang-alang nak lalu Sg. Buloh tu, terus la enZaf pun on je terus drive ke sana. Tapi sebelum nak sampai tu, boleh pula jem sepanjang jalan. Stress rasa sebab tak sabar nak makan hahaha.. Sampai gitu sekalikan. Masa dah sampai kat sana lupa pula ai nak ambil gambar kedai. Gambar di bawah ini juga gambar dari Facebook Warung Kita.



Ai hanya ambil dua gambar sahaja masa makan. Masa makanan sampai ai siap pesan dengan enZaf jangan sentuh dulu sebab nak kena basuh "poopoo" Ariq pula. Masa nak makan ni lah dia membuangkan huhuhu... Nama minuman ini Juara Coconut Shake. Sumpah sedap!



Gambar kat bawah inilah makanan yang semua orang dok sebut-sebut sedap itu. Namanya Nasi MManggey. Memang betul sedap. Kuah gulainya sedap dan sambal belacan dia memang terbaik.



Kat dalam kedai ini ada Air Nyiur Baldi tapi enZaf tak order yang itu. Air kelapa tu dihidang pakai baldi comel hahaha.. Harga makanan dan minuman kat sini semuanya berpatutan. Tak silap ai Nasi MManggey berharga RM4.50 kot. Eh! ada kot pula, ai serius tak berapa ingat. Murah la tu kan. Mana nak cari harga bawah RM5 sekarang ini. Air tak sure berapa harga. Kepenatan perjalanan dalam kereta punya pasal ni sampai ambil gambar pun dua tu je hahaha.. Kami sampai masa ini pun agak lewat petang. Alhamdulillah masih ada rezeki dapat merasa. Kami makan ini pun dah batch terakhir haha.. Konon lepas makan enZaf nak bungkus bawa balik, bila nak pergi order tengok habis dah. Dari kami sampai kedai ni sampai lah nak balik, orang masih beratur. Sekarang dah rasa makanan kat Warung Kita ini. Memang betul lah apa yang diviralkan dan orang pun kata sedap. Confirm kami akan datang lagi hehehe.. dan kena bawa adik ai Hana juga. Nanti meleleh pula air liur baby dia dalam perut tu. Pada sesiapa yang nak cuba makan di Warung Kita, bawah ini alamatnya. Boleh juga search di dalam Facebook untuk lebih details.

Waktu perniagaan: 7 pagi-7 ptg ( setiap hari)
Direction waze : Warung Kita Kampung Melayu Sungai Buloh.
Infoline : 013-996 2525

1 comment:

annapeje said...

ahahha ko kalo aku ckp gitue ngan peje dah buat muka ahahaha ...wahh menarik ada lg satu ...JZ coconut shake dorang ckp paling sdp https://instagram.com/jzcoconutzshake/
hahaha selamat mencoba