Pada hari Sabtu yang lepas cousin ai, Athir Azfar bertunang. Azfar ialah anak Mak Lang, adik abah nombor 3. Ini adalah cousin lelaki yang pertama nak bertunang dalam keluarga sebelah Abah. Sebelum ini yang kahwin atau tunang semuanya perempuan. Perempuankan awal dari lelaki, hanya menunggu org datang meminang je kan hihi Disebabkan ini pertama kali untuk cousin lelaki dan ia juga pertama kali buat kami untuk pergi merisik dan bertandang ke keluarga pengantin perempuan. Satu pengalaman baru buat diriku. Seronok sangat. Gambar-gambar sepanjang perjalanan majlis semuanya dari kamera Amira, adik Azfar. Ai tak ambil gambar pun. Thank you Mira! Masa nak bertolak dari chalet ke rumah pengantin, ai tiba-tiba kena jadi Dulang Girl hahahah.. Salah seorang cousin yang kena bawa dulang tu tak dapat nak join saat-saat akhir. Nak tak nak ai kena la tolong bawakan dulang tu.
Kemetot je diriku. Mentang-mentanglah paling tua, ai kena duduk depan sekali. Cousin sulong katanya. Nasib baik muka tak nampak tua sangat dengan Dulang girl yang lain ni kalau tak rosak dah. Dorang semua umur 20an tau, tiba-tiba tengah tu 30 hahaha.. Pegang dulang ni pun adik beradik ai dan anak Mak Ngah dan anak Mak Su.
Bergambar sebelum bertolak ke rumah pengantin perempuan. Rancangnya dalam pukul 11 pagi tetapi dalam pukul 12 tenghari baru dapat green light dari pihak sana. Tak tahu sebab apa tapi tak silap ai jurucakap untuk pihak pengantin perempuan belum sampai. Itu punca kelewatan tu. Cuaca hari itu pun memang elok cerah dan panas. Matahari pun dah naik tegak. Peluh dah berjujurai masa bergambar ni.
Dari chalet Al Marzouq nak ke rumah pengantin tidak berapa jauh. Anggaran dalam 10 minit sudah sampai. Kami parking di kawasan rumah atok pengantin perempuan. Belakang rumah dalam gambar kat bawah inilah rumah atoknya. Besar betul tanah keluarga ini. Rumah anak dan adik beradik sebelah menyebelah sahaja.
Rumah pengantin yang kami nak pergi ini hanya sebelah dengan rumah atoknya, jadi kami perlu berjalan sedikit menuju ke sana.
Sebenarnya berat dulang yang kami angkat ini. Dulang yang dipegang dari full tembaga. Mak Lang rajin simpan tembaga dan rajin juga la nak mengelap dan mengilat heheheh.. Walaupun berat dan panas tapi tetap mengukirkan senyuman.
Abah ai jadi tukang cakap bagi pihak lelaki. Pertama kali untuk Abah ni. Pada mulanya mengigil juga suara dia bila bercakap, darah gemuruhkan. Lama sikit baru okay dah steady Abah hehehe.. Nasib baik tak ada pantun. Cakap straight forward saja, senang cepat sikit selesai majlisnya :p
Sebahagian dari pihak pengantin perempuan. Tak silap ai berbaju melayu hitam itu atok kepada pengantin perempuan.
Mak Lang tengah menyarung cincin pada jari pengantin. Bukan main lebar senyum meleret hihi... Tahniah buat Mak Lang sekeluarga.
Hakimah nama pengantin perempuan ini, sekarang sudah menjadi tunangan orang. Satu langkah lagi buat Azfar dan Hakimah.
Haruslah ada sesi bergambar dengan pengantin. Walaupun pertama kali ai berjumpa dengan dia, rasa serasi dan macam lama kenal. Hakimah seorang yang mudah mesra dan pandai bawa diri dia masuk dalam keluarga baru. Kami pun tak kekok bila bergambar dengan dia.
Tahniah Azfar & Imah!
Kedua-duanya anak sulong, Along :) InsyaAllah ikut perancangan mereka berdua akan bernikah pada bulan 10. Semoga pertunangan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

1 comment:
hmmm
senyum sorang2 tgk bakal pengantin
cute!!
Post a Comment