Friday, May 31, 2024

Ke Denai Hutan

Lama duduk Kota Damansara, baru pertama kali menjejakkan kaki ke Denai Hutan. Bukit depan rumah pun tak pergi memanjat lagi hihi 😂 Ini pun sebab memang jadual free, selalunya setiap minggu sibuk dengan aktiviti anak-anak. Bila tak ada aktiviti mulalah "lost" sekejap hahaha.. itu yang terus ajak enZaf dan anak-anak ke Denai ini. Sampai sini tengok ada beberapa tempat macam dalam proses pembaikpulih. Toilet pun tak siap lagi, mungkin lepas ini semakin cantiklah tempatnya kan. Sebelum masuk haruslah bergambar dulu. Bukan selalu dapat buat aktiviti macam ini jadinya gambar itu penting 😁







Kami masuk tak lama, makin dalam masuk makin banyak nyamuk. Ya Allah ai rasa nyamuk macam gembira agaknya tengok manusia dalam tu, penuh keliling satu badan. Kesian kat Qaireen dan enZaf, banyak nyamuk gigit dorang berdua. Yang lain kena gigit juga tapi tak sebanyak dorang. Mungkin sebab pakai baju lengan pendekkan, jadi mudah kena gigit. Apa lagi, lajulah kami keluar dari kawasan tu. Tak sangguplah kami semua kena hurung dengan nyamuk.



Sebelah entry masuk Denai Hutan ini ada playground. Baru saja siap tempatnya. Apa lagi anak-anak teruslah menuju ke sana. Anak-anak pun ada bawa raket badminton dan fresbies. Ai pun biarlah mereka luangkan masa bermain, dah nak masuk hutan tak jadi hihihi..



















Sudah alang-alang di taman ini, ai pun ambil kesempatan berjoging dan berjalan. Tapi jalan lebih banyak dari joging hahaha.. lama dah tak joging, terasa letihnya itu. Bersenam sambil menikmati kesibukan kota gitu.



Bila semua dah kepenatan, cuaca pun dah semakin panas, kami pun beredar dan terus menuju ke kedai mamak. Hilang 1kg kita tambah balik 5kg.🤣 Malam hantar akak Zahra balik asrama. Batch dia kena balik awal sebab ada kelas tambahan. Bila masuk Tingkatan 4, memang padat jadualnya. Pihak sekolah sudah susun pelbagai kelas dan program untuk mereka, tak bagi chance rehat dan cuti lama. No more honeymoon katanya. Bertabahlah nak! Mummy sentiasa doakan akak Zahra sihat dan cemerlang dalam pelajarannya.



Monday, May 27, 2024

Friendly Bola di Cheras

Ariq ada friendly bola dengan team Junior Football Academy di Cheras. Jarang-jarang sangat ai nak ke area Cheras. Perlawanan diadakan di SK Kg. Cheras Baharu. Ini pertama kali menjejakkan kaki di kawasan ini hehehe.. Lepas saja hantar Ariq di padang, ai dan enZaf keluar mencari breakfast. Pada mulanya kami hanya berjalan kaki untuk ke kawasan shoplot, dah suku perjalanan tiba-tiba hujan turun. Maka berpatah balik lah kami, bertukar dari jalan kaki dengan menaiki kereta 🤭



Bila dah naik kereta, rupanya jauh juga kalau kami nak berjalan. Asbab hujan dan kami pergi dengan kereta. Tak tahu nak makan kat mana, nampak satu kedai makan tepi jalan agak ramai orang terus kami makan di situ sahaja. Tak ingat apa nama kedainya tetapi Nasi Lemak dan Roti Canainya sedap. Lepas makan terus kami bergerak semula ke sekolah, cuaca masih hujan rintik-rintik. Sempatlah ai snap gambar dan rakam beberapa video. Itu kerja hakiki ai setiap kali tengok game anak hahaha..















Sampai habis cuaca masih hujan rintik-rintik. Kalau Ariq tak ada bola ni, mungkin masih dalam selimut lagi kot. Sedap sangat cuaca, sejuk dan nyaman je hehe.. Alhamdulillah, yang penting perlawanan berjalan dengan baik. Ini persediaan untuk dorang memasuki pertandingan liga tak lama lagi.

Friday, May 24, 2024

Friendly Bola Sekolah

Bila pertama kali Ariq join team bola sepak sekolah, haruslah apa saja aktiviti mengenai bola Mummynya eksaited. Ya masih tak percaya lagi cikgunya pilih dia hahaha.. almaklumlah anak kecil molek ni, jarang cikgu nampak 😅🤫 Disebabkan itu la kami masukkan dia dalam kelab sosial di luar, sekurang-kurangnya dia tak main kat sekolah, dapatlah dia main kat kelab kan.



Sekolah Ariq ada menyertai perlawanan persahabatan bola sepak anjuran SK Bandar Utama Damansara 4. Tak silap ai ada 4 buah sekolah join friendly ini. Tapi tak tahu sekolah apa. Bila tahu dia ada game, haruslah juga ajak enZaf pergi skodeng anak bujang itu. Memandangkan padang sekolah situ tepi jalan, dapatlah tengok dia sipi-sipi disebalik pagar hehehe.. Ada ambil beberapa gambar dan video sebagai kenangan. Jauh semuanya, nak zoom pecah ya amat. enZaf ai nak order handphone baru pleaseeeee 😜







Lagi satu ai geram, bila tengah rekod video, tak ada pula Ariq sepak bola. Time ai off rekod, elok pula dia sepak sana sini.. aish.. ada la 3 video semuanya dia sekadar lari saja hahaha.. tapi letak lah satu video ini membuktikan ai ada rekod juga 😮‍💨



Dua gambar di bawah ini dari Facebook sekolah, kita letak juga simpan dalam blog.





Sekejap je ngintai Ariq, ada la dalam satu jam hihi.. lepas tu terus bergegas untuk ambil Qaireen pula kat sekolah. Terima kasih ya enZaf sudi layankan ai ni. Terpaksa dia buat kerja thru the phone sajalah 😆 Bukan orang lain pun kan kan kan...

Monday, April 22, 2024

Raya Rumah Nani

Nani ajak beraya rumah dia. Katanya dia ajak beberapa kawan sekolah juga. Bab makan ni, haruslah ai okay dan laju je.😋 Jemputannya waktu malam, siang dia buat makan untuk ahli keluarga dan sanak saudara. Kami sampai tidaklah awal mana, adalah dalam pukul 9:15 malam. Masuk-masuk rumah je dah ramai kawan ada dan dah ada yang nak balik. Sebelum balik tu, ai paksa dorang bergambar dahulu. Almaklumlah nak jumpa bukannya senang, memang setahun sekali je 🤣





Seronok sangat dapat jumpa dengan kawan-kawan kelas. Macam small reunion pun ada juga. Alhamdulillah semuanya sihat, gembira dan berjaya dalam bidang masing-masing. Tumpang bangga.



Akhirnya dapat bergambar dengan sahabat kesayanganku. Pada mulanya Elin tak dapat nak datang sebab tak berapa sihat, tiba-tiba dia muncul. Dia kata rugi tak jumpa, lagipun memang kami lama tak berjumpa pun. Masing-masing sibukkan.



Bab bergambar ini memang kena ada orang yang mula dan ingatkan, kalau tak memang terlupa nak bergambar. Asyik sangat berceritakan. Gelak, ketawa, menitis air mata dan hingus semua cukup hahaha.. Mujurlah enZaf dia redha saja bila wifenya berjumpa dengan kawan-kawan. Dia tahu bukan selalu ai jumpa dan dia memang okay saja dan setia menunggu. Lupa nak ambil gambar Nani masak. Banyak betul dia hidang makanan untuk kami. Semua orang gembira kekenyangan. Terima kasih Nani dan Chan, semoga kalian diberkati dan dilimpahi rezeki yang berpanjangan. Seronok anak-anak dapat duit raya banyak. Mummy dia pun seronok juga, habis dia kutip kat semua orang hahaha.. 🤑

Wednesday, April 3, 2024

Dapat Ganti Kotex Liners

Diriku memang dah lama pakai liners dari jenama Kotex ini. Pernah juga try jenama lain tetapi tak serasi. Yang ini saja buat ai selesa, tak panas dan gatal. Sepanjang bertahun lamanya pakai tak pernah ada masalah dengan liners ni. Sampai lah satu ketika masa nak guna, tiba-tiba nampak liners ni macam pelik.



Kalau diperhatikan pada gambar di atas, ada kecacatan pada bahagian kiri bawah. Kapas dalam tu hilang dan kosong. Entah kenapa tergerak hati, sajalah ai menghantar emel buat report pada Kotex pasal kerosakan liners ni. Kebetulan banyak sangat masa, sampai rajin pula nak report bagaikan hahaha...Dan tak sangka pula emel ai itu mereka reply selepas tiga hari.



Dalam emel itu ada lah beberapa soalan ai perlu jawab, cuma ada satu soalan dia saja yang tak dapat bagi jawapan tepat especially soalan itu tanya tempat ai beli. Secara jujur ai selalu beli liners dalam keadaan banyak untuk dibuat stok. Kadang-kadang tu ai saja beli lagi walaupun stok masih ada. Prosesnya sangat mudah dan laju. Tiada cerewet mana pun bagi ai. Selepas emel disusuli dengan panggilan telefon, Kotex minta ai packing liners yang defect itu bersama balance yang belum dibuka.



Lupa pula nama staf yang call ai tu. Tersangatlah baik dan friendly. Sempat okay kami bergurau ketawa semua 😅 Oh ya! untuk mereka nak collect, katanya letak dalam paper bag pun tak ada masalah. Nanti runner dorang akan datang ambil. Selepas sepuluh hari ai dapat replacement liners ini. Tak sangka dapat banyak. Bukan apa, yang rosak satu keping je tapi dapat ganti tiga pek. Penggantian itu sama seperti asal yang ai beli.



Terima kasih Kotex atas servis yang sangat baik. Selepas ini tingkatkan QC supaya tiada lagi kecuaian seperti ini terjadi. 👍