Saturday, May 12, 2018

Lunch at KyoChon


Dapat call dari Abah,
dia kat OU & ajak lunch
kalau free.

Orang dah ajak makan,
harusla laju je bersiap hehe

Makan kat KyoChon,
lama kot ai tak makan kat sini.



Adik2 ai Yusreena & Nani pun ada.
Suka la anak2 kalau makcik dorang ni ada
sebab rajin melayan.

Kesayanganku bersama cucu mereka
yang ke-6.



Snap makanan yang sampai dulu.



Salad ni feveret mak.
Dia sorang je bole habiskan
sekali hadap.
Bowl besar tp dlm gambar ni nampak
cam biasa.



Gambar ayam lain tak snap,
Qaireen tengah menyusu.
Kusyuk masing2 makan hehe



Lepas makan jalan2.
Masuk kedai buku, lupa nama apa.
Ariq suh amik gambar bg kat Daddy,
liverpool dia. :)



Aliah pun suh amik gambar,
suh ai whatsapp kat Daddy
dia nak bag Smiggle tu.
Tau dah dia suka sbb merelip2 bagnya.



Aliah memang bab nak barang,
mmg laju cakap nak apa.
Beza ngan akak Zahra dia,
jarang2 sgt mintak melainkan
kita yg tanya.
Ha perangai tu dia mmg ikut ai sgt.
Ai pun bukan jenis mintak2 ni hihi

Masuk H&M plak,
ni keje maktehnya.
Tetiba nampak kurus plak Ariq.



Dah puas pusing2,
gi beli cinabon bawak balik.
Lama tak makan jua menda2 manis ni.
Rasanya berat ai pun dah naik.
Malas nak timbang,
kegembiraan hanya sementara masa pantang tu haha

Wednesday, May 9, 2018

BFF's 1st Trip

Alhamdulillah, akhirnya menjadi juga holiday trip dengan kawan-kawan OSI ðŸĨ°. Walaupun ada sedikit huru hara, eh! banyak huru hara sebenarnya hahahah.... Pada mulanya masa tarikh nak dekat trip, tiba-tiba ai tarik diri last minutes sebabnya enZaf ada kerja yang tak boleh dielakkan. Clash dengan hari ai nak bercuti. Pergi trip ni pun ai hanya bawa Qaireen je, jadinya anak-anak yang lain nak minta enZaf tengokkan. Bila dah clash tu, kawan-kawan pun suggest pergi makan sajalah. Bila kami semua setuju untuk makan-makan tiba-tiba enZaf kata dia tak jadi pula kerjanya itu. Dia postponed kan kerjanya demi isterinya nak bercuti hahaha.. banyak pula tiba-tiba itu kan 😅. Terima kasih enZaf! Maka dengan itu trip kami nak pergi holiday bersambung semula ðŸĪĢ.

Bunyi macam lama sangat holiday tu kan, padahal satu malam saja pun. Tempat kami pergi ini pun di Melaka. Hampir dengan sempadan Negeri Sembilan. Jadi tidaklah jauh sangatkan hehehe.. Kami semua berkumpul di rumah Elin dalam pukul 11 pagi. Tak gerak awal sangat sebab masing-masing kena uruskan hal rumah, almaklumlah ai nak kena tinggalkan tiga orang lagi tu. Elin pun ada urusan sikit. Dalam pukul 12 lebih juga lah kami mula bertolak. Singgah makan tengahari di Sabak Salai, dekat saja restorannya dari Exit Pedas Linggi.



Nama kedai pun salai haruslah makan makanan orang Nogori. Semuanya lauk lemak cili api. Meletop-letop pedasnya tapi sedap.



Kata Nowwa lauk Itik Salainya paling sedap tapi ai tak makan itik. Ada juga rasa nak mencuba tapi tak boleh. Terasa kembang tekak ini. Ai makan daging salai. Sedap ya dagingnya lembut sungguh. Masuk mulut tu cair memang sedap.



Risau juga makan pedas-pedas ini, almaklumlah Qaireen menyusu badan. Apa yang ai makan masuk ke dia juga kan. Selesai makan kami sambung semula perjalanan ke Melaka. Nama tempat kami tidur ini Umang-umang Chalet.



Elin ambil bilik yang ada satu katil saiz King dan satu katil saiz Single. Nak ambil bilik yang ada dua katil saiz King tapi dah penuh. Mujur Nowwa dan Anis okay tidur di bawah. Kira yang bujang mana-mana pun tak ada masalah ehehe.. Harga bilik kami ialah RM160.



Seronok ya Qaireen pergi bercuti lagi. Sebenarnya ini dah masuk tiga minggu berturut kami bercuti. Sebelum ini di Port Dickson dan Kuantan tapi ai tak buat entry lagi huhuhu...



Chalet kami betul-betul bersebelahan dengan pantai. Best betul dengar deruan ombak. Hilang juga rasa stress dan kepenatan. Waktu ini dah petang dan air laut surut.



Bawa Qaireen nak bergambar tapi mood dia tak berapa nak okay. Penat dalam perjalanan agaknya dengan cuaca pun agak panas.



Malam kami keluar dinner di kedai tomyam yang berdekatan dengan chalet. Tak berapa ingat nama kedai ini, lebih kurang Seh Seafood macam itulah bunyinya hahahah..... Tak ambil gambar masa kami tengah makan, dah kepenatan. Tangan tak larat nak keluarkan handphone. Selesai makan kami terus balik chalet. Dalam chalet kami berborak sampai masing-masing tertidur 😅 Bangun pagi ai terus keluar dan tengok air pasang sudah. Kalau ada Zahra, Aliah dan Ariq ni pasti laju berlari ke pantai. Aishhh baru satu malam dah rindu kat dorang.



Anis dan Nowwa awal pagi dah keluar mencari breakfast. Orang bujang katakan, kami ni semua ada "handbag" hahaha... Tinggallah ai, Nani dan Elin di chalet sebab anak-anak masih tidur. Kami tunggu dua orang bujang tu sajalah bawa balik sarapan. Lepas tu terus bersiap packing nak balik. Sebelum check-out haruslah bergambar dulu di kawasan chalet ini. Cantik juga pantai di sini, bersih. Ada buai lagi. Nasib baik ada babykan, kalau tak mahu dapat anak raja hahahaha... perasan sungguh, suara sumbang ada hati nak anak raja ðŸĪŠ



Sementara tunggu yang lain bersiap. Bergambar lah berdua dengan Qaireen. Thank you Nowwa ambilkan gambar. Jadi photographer kejap, bila ai nak ambilkan gambar Nowwa dia tak nak pula.



Dah bergambar sana sini, barulah Nani dan Adraa sampai.



Lama juga kami menunggu Elin dan Anis ni bersiap. Sampai je Elin, ai tengah nak naik buai lain pula. Kat pantai ini ada dua buai orang chalet pasang. Punya la gigih nak naik jugakan. Boleh tahan tinggi juga buai tu, terpaksa minta bantuan kawan pegangkan hahaha... Kalau tak pegang tu mahu tergolek. Tak pasal-pasal macam nangka busuk jatuh pula 😆.



Setelah mendapat bantuan naik atas buaian, akhirnya berjaya jua.. Yey!!! 👏😝



Tempat ai bergambar ini semua atas arahan Nowwa. Habis semua dia suruh ai posing sana sini hahaha.. photographer la katakan ðŸ“ļ. Bila dia suruh ai pun menurutkan saja. Seronok apa bila ada orang nak ambil gambar kita hihihi..



Bergambar bersama mama Lin dan baby Harraz, ibu Nani dan princess Adraa. Masing-masing dengan "handbag". Alhamdulillah semuanya tak meragam dan tiada gangguan pelik. Adraa tu paling gembira, banyak kali dia tanyakan abang Ariq hehehe.. insyaAllah kalau kita keluar lagi Mummy bawa abang Ariq ya.



Gambar di bawah ini ai tak sedar pun masa bila Nowwa snap. Suka gambar ini sebab nampak kaki kurus hahaha.. kaki je la, tang lain tak kurus 😎



Bergambar dengan semua kesayangan. Yey!!! suka kuasa sepuloh.



Wefie pula.



Masa ini Qaireen dah tidur, cuaca best dengan tiupan angin laut itu yang sedap tidur.



Review ai tentang Umang-umang ini, not bad lah. Sesuai dengan harganya. Bila harganya murah kita tidak lah boleh letak high expectation. Untuk tv pula channelnya sekejap ada sekejap hilang hahaha.. sebab pakai internet kan. Bilik airnya tiada water heater. Kalau nak mandi dengan air panas, boleh la jerang air dulu dalam kettle. Ada semut dan nyamuk itu biasa, pandai-pandailah kibas dulu. Mujurlah kawan-kawan jenis tak cerewet. Tapi kalau korang jenis fussy, lebih baik cari tempat lain. Gitu hehehe.. Sebelum balik rumah kami singgah Nilai untuk lunch.



Cendolnya memang terbaik ya. Serba serbi cukup rasa. enZaf adalah peminat cendol, harus bawa dia cuba makan di sini.



Masa nak balik ni, ada ujian dan dugaan sedikit. Tiba-tiba aircond kereta Elin tidak sejuk. Ada lah dalam dua tiga kali terjadi sepanjang perjalanan. Tengah aircond problem tiba-tiba Elin sakit perut dan cirit-birit pula. Mungkin disebabkan makan lemak cili api kot. Katanya dalam pukul 4 pagi dia dah cirit tapi tak beritahu kami huhuhu... Ai pula dah sampai rumah baru terasa sakit perut. Cirit juga tapi sekali saja.

Alhamdulillah keseluruhan perjalanan kami dipermudahkan ðŸĪē. Adalah here and there sikit tapi kami selamat pergi dan balik. Walaupun bercuti ini satu malam tetapi amat bermakna bagi ai. Memori tu lebih berhargakan. Adalah penat dan sakit badan disebabkan bawa baby tapi itu bukanlah penghalang hehehe.. InsyaAllah ada rezeki dapat bercuti lagi bersama dengan kawan-kawanku ini. Terima kasih enZaf, izinkan isterimu ini bercuti dengan kawan-kawan dan tolong jagakan tiga org anak lagi di rumah 😘.

Oh! hari ini hari mengundi untuk negara tercinta kita Malaysia sempena PRU14. Selamat menjalankan tanggungjawab anda 👍

Saturday, May 5, 2018

Hadiah untuk Guru


Cerita 24hb 11 2017.
Hari terakhir persekolahan.
Ai baru teringat tak beli
ape2 lagi hadiah tuk cikgu Zahra & Aliah.
Pembawakan budak masa tu,
sangat2 blur dan slow.

Laju pagi2 ai ajak anak2 pergi cari barang.
Dok memikir apa la nak beli
tuk cikgu2 dorang ni.
Dan pasti cari hadiah dekat2 je ngan umah.

Last2 ai pegi Daiso kat Strand Mall.
Masuk dlm tu pun blur lagi,
cari barang semua tak berkenan.
Dah la masa dah suntuk,
laju2 la buat semua menda.

Akhirnya ni la barang2 yg dibeli.



Laju2 jugak la budak2 ni deko sket
tuk cikgu masing2.



Kalau satu je takpe la jugak,
ni semua cikgu nak bagi.

Snap yang dah siap.
Baru 3 haha lagi 7 pitam.



Dorang tak sabar nak bagi cikgu.
Nak nak Zahra sbb next year
dah tak jumpa cikgu2 petang.
Tahun 4 dah sekolah pagi.



Balik sekolah Aliah tunjuk kat ai,
dia dapat hadiah.
Eh dia bagi cikgu hadiah,
cikgu pun bagi dia hadiah.



10 tempat terbaik cikgu bagi hadiah
kat anak2 muridnya.
Tahniah Aliah!!

Friday, May 4, 2018

Stuffed Crab kat Kemaman


Sebelum balik kl,
enZaf ajak gi Kemaman.
Ingatkan nak makan sata,
rupanya bawak makan ketam.

Kami ke Restoran Tong Juan.
Lama gila kot ai tak ke sana.
Last dulu masa baru kawin.
Makan ngan kawan2 Zaf.



Sedap makanannya.
Kekenyangan kami :)

Kedai makannya berdepan ngan sungai kat Kemaman ni.
Alang2 pas habis makan
amik la gambar anak2 kat situ.



Angin kuat time ni.
Laju2 je amik gambar dorang.
Zahra dah gelap kulitnya.
Anak sapa la tu hihihi

Mummy pun nak join sama.


Thursday, May 3, 2018

Bersantai di Swiss Garden Kuantan


Hari. ke-2 kami kat Swiss Garden.
Keluar tuk makan tengahari.
Intai kat swimming pool,
ramainya budak2 mandi time tengahari panas terik.
Dorang bukan kisah pun kan.
Panas pun sanggup.



Lunch kami makan kat Berserah.
Makan mee calong.



Aliah nak makan nasi kukus.
Ada juga kuih muih,
kopok lekor.

Habis makan balik hotel.
Pastu turun ke pantai lagi.
Kalini ai tak mandi.
Dok lepak tgk anak2.



Seingat masa tu,
angin kuat sangat,
berterbangan pasir2 pantai tu..
Masuk mata huhuhu

Happy bila tengok anak2 pun happy.



Ariq & Daddy main bola.



Dah puas main,
semua ke laut.
Lama jugak dorang bertiga ni duduk situ.
Layan ombak datang.



Dalam video ni
Ariq main bola dgn daddy.


Eceh.. posing maut ke Ariq hihi



Tak ingat juga dinner kat mana,
rasanya la kan.. makan kat Kimstone.
Ada macam2.. makan ikan patin & satay
kalau tak silap.

Balik tu,
enZaf melayan anak2 main.
Sebelum ni bawak kad Uno,
Saidina.. kalini bawak congkak.



Esoknya kami nak balik dah.
Lepas breakfast,
lepak pantai lagi.
Tp tak mandi..
layan pemandangan je.

Anak2 yg blom mandi lagi.



Kami pun tak mandi lg hehehe



Sempat ambil video lagi :)



Thank you enZaf
bawak ai n anak2 becuti.
Ni percutian sebelum ai bersalin katanya.
Lepas ni pergi bercuti dah ada baby plak.