Thursday, October 23, 2014

Ana Patin House, Mutiara Damansara


Semalam Zaf ajak lunch ikan patin.
Tak pernah lagi ai makan
ikan patin masak tempoyak kat sini.
Makan masa kat RnR Termerloh je.



Ikan Patin Buah Masak Tempoyak.
Mahal sket harga dari ikan patin biasa.
Isinya lebih lembut dan tak hanyir.



Org sebelah kami bagi
sket ikan kerai goreng.
Eh bukan sket ni,
separuh ikan dah tu.



First time makan ikan kerai.
Kalau dah masak ikan yg fresh
konpem konpem la sedapkan :)
Sedap ratah gitu je.

Ni la org sebelah kami.
Jauh datang dari Hulu Selangor,
dtg semata tuk makan kat sini.
Terima kasih yer bg rasa ikan kerai.



Memang sedap,
bole datang lagi makan kat sini.
Sepanjang kami makan sampai nak balik,
xputus2 orang kuar masuk.
Seronok berniaga camnikan.

Tak sempat nak amik gambar kedai depan2.
Time ni berlari ke kereta,
hujan dah rintik2.



Wednesday, October 22, 2014

Kawan Sekolah


Sabtu lepas kawan kawin.
Lama giler xde kenduri kawan kelas,
last masa pregnantkan Ariq [link]

Ni gambar Nani whatsapp.
Dia sampai dulu :)
Pengantin lelaki tu kawan kami,
Hisyamuddin tapi panggil Abe.
Org kelate :)



Simple je wedding dia.
Takde merenjis
masuk2 terus ke meja santapan.

Comel je pengantin,
sama cantik sama padan.



Mak dia cikgu sekolah kami gak,
ustazah tp bole lupa nak amik
gambar ngan ustazah huhuhu

Ni je kawan kelas yg datang.
Kalau ramai mesti meriah lg.
Ai, Fid, Nani (3 org dari kiri)
termasuk Abe pengantin lelaki.
Kami satu universiti. :)



Pas habis wedding,
Zaf ajak gi The Gardens.
Jalan2 pastu lepak minum kat Papparich.



Tengah2 minum tu,
tetiba dgr ada org menjerit panggil nama ai.
Skali toleh rupanya kawan sekolah.
Lama gak tak jumpa Jaja ni,
nak dekat 2 tahun jugak rasanya.
Masa tu Ariq dlm 3-4bulan kot.



Kiranya hari Sabtu tu
hari jumpa kawan sekolah :)

huhu gemuk dah diriku dlm gambar.
berat naik 3kg dr bulan puasa,
sampai skang taknak turun.
Perut tu pun naik ngan jaya skali :((

Tuesday, October 21, 2014

Hari Isnin


Semalam Sekolah Zara balik lambat.
Dalam kul 1ptg sbb ada
rehearsal tuk konvo dorang.

Memang ai pun xmasak,
memandangkan Zaf pun xde
dia outstation.
Time tu la baru leh tutup dapur
haha alasan tp malas tu yg lebih sebenarnya.

Amik Zara terus gi Pizza Hut.



Belakang dorang tu ada couple.
Mesti tension sbb anak2 kecoh,
tak leh nak romantik sgtkan haha



Skang mmg susah nak pandang kamera,
malas layan mummy dia agaknya.



Wajib order oven baked cookies
tuk Aliah.



Mummy pun nak enterframe jugak.
Nak selfie malu,
jadi kita gambar reramai.



Ingatkan pas makan nak gi OU.
Tetiba rasa malas plak.
Pegi Giant je.
Kalau dah masukkan mesti la
ada membeli.



Masa kat Giant,
belikan dorang buku.
Sampai2 umah tak sabar nak buat.



Harini Zaf balik.
Umah cam tongkang pecah,
tak suka bila dia balik tgk umah sepah2.
Mmg make sure sblm dia balik,
umah dah kemas,
anak2 dah wangi2 bersih
dan kita pun dah cantik2 jugak.
Selalunya bila dia balik tu
keadaan umah dah tenang.
Jgn ditanya time siang atau dia xde
umah bersepah anak2 menjerit melompat,
rupa ai pun dah mcm mak lampir dah hahaha

Monday, October 20, 2014

Pasar Payang, Kuala Terengganu


Balik dari Pulau Redang [link]
kami gi Kuala Terengganu plak.
Ikutkan badan ni mmg dah penat,
tapi dah alang2 ke sanakan,
nak gi lagi kat KT tu tak tau la bila lg.

Kami gi ke Pasar Payang.
Tak silap ada 2 tingkat.
Bahagian bawah tempat jual brg makanan,
keropok, candy, coklat ape2 la makanan.



Tingkat atas jual pakaian.
Ada juga brg lain cam beg,
barang tembaga.



Dan paling byk jual kain2.
Ya ampun juling mata ai tgk,
seyes lawa2 ngan mcm2 warna.



Tapi ai xmembeli pun,
pikirkan takde pakai sgt,
lain la kalau keje tu bole la
pikir nak membeli.

Tujuan gi Pasar Payang ni
sbb Zaf nak membeli songket.
Byk gak kedai masuk,
tp takde yg berkenan kat mata dia.



Tak berkenan tu satu hal,
nak memilih plak pun lama nak decide.
Konon nak beli satu
beli 2 sbb berkenan 2-2nya haha



Harga songket2 kat sini,
ada yg murah ada yg mahal.
Tgk pada kualiti dan benang apa yg dipakai.
Harga sampai ribu2 pun ada
harganya terbeliak biji mataku.
Bukannya pakai selalu pun kan ;)

*ayat tak puas hati sbb lagi mahal
dr harga beg yg ahkak nak :p

Sunday, October 19, 2014

Mr&Mrs Fragrance


First time beli air freshner mahal haha
Mahal la bg ai,
sbb sblom ni beli ambi pur je letak dlm umah.

Tapi dah Zaf nak beli,
kita okay je la kan.

Masa ni beli kat The Gardens,
org kedai tu kata dah 4thn kat sini,
Zaf ckp apesal tak pernah prasan pun,
tp bukan ckp kat org kedai tu la,
cakap kat ai hihihi



Memang semua pewanginya pakai stick.
Stick tu yg akan serap perfume liquid tu.
Bole tahan dlm 2bulan setengah.



Lg byk stick letak lagi wangi,
tp tuk umah kitaorg letak 3btg okay dah.
Tu pun bau sampai dlm bilik.

Ada mcm2 baunya,
banyak yang sedap2.
Design pun ada macam2.
Tuk dlm kete ada, wardrobe ada.
Sila view websitenya utk lebih details.[link]