Tuesday, May 13, 2014

Lego Inspired


2 minggu lepas Zaf belikan
Lego tuk Zara balik dari Johor.
Lego inspired punya bukan ori hihi
tapi materialnya sejibik cam lego,
bezanya takde cop lego je.
Pastu harganya tentulah murah.
Beli ni pun dalam 20ringgit lebih.

Zara suka betul bila dapat lego tu.
Dapat2 je terus nak buat.

Dia pandai buat sendiri,
tgk pada instruction satu2 tu kan.
Ada la certain2 part dia
xberapa paham,
kita tolong la guidekan.



Yang ni ai tolong dia sket2.



House ni plak Zaf ngan dia
buat sama2.



Eh Aliah pun ada lego gak.
Tapi dah bersepah mana pegi.
Tau dah perangai dia,
xsama cam Zara jenis simpan haha

Monday, May 12, 2014

Gambar Suami Isteri


Sejak Zara rajin dan suka
amik gambar adik-adik dia,
ai pun amik kesempatan
mintak dia snapkan pic Mummy & Daddy.
Sblom ni mana ada byk gambar berdua.
Sikit2 ngan anak je kan hehehe

Tak kisah la gambar tu blur ke,
senget ke ape.
Janji ada pic ai n Zaf.
Takleh la nak expect perfecto
budak 6 tahun amik gambarkan.







Rasanya nak belikan dia
camera digital satu.
Camera yg ada dah jahanam.
2 bijik plak tu huhuh
Kalau tak phone ai jd mangsa.
Bukan xbagi.
Dia snap sampai penuh album.
Bila time ai nak pakai,
dah xbole plak huhu

Ni bukan pic berdua,
tp nk bgtau mcmni pun
dia nak amik gambar ;)



Sunday, May 11, 2014

Fear Factor Selebriti Malaysia Musim ke-2 Akhir


*tak sangka team Erin Malek &Redha
juara fear factor kalini.
Memang rezeki mereka :)
Cabaran akhir tu mmg
menguji kekuatan.
Sungguh hebat.

Malam ni akhirkan pukul 9.
Suka tgk Fear Factor ni
nak nak part makan.
Memang menggeli dan meloyakan
tp itu la cabaran yg paling
menguji mental ai rasa.
Sape yg berjaya makan tu
ai rasa hebat la :)

Kalau part fizikal tu,
ai rasa menguji minda.
Sbb kena pandai pikir strategi.
Ofkos le badan pun kena kuat,
kalau lembik camne nak buatkan.

Tak kisah sape menang.
Sbb takde feveret team haha


*pic from google

Harini Zaf outstation ke Kedah
sampai hari Selasa,
nangis sobsobsob
pastu Rabu ke Johor plak.
Nangis lagi sobsobsob
hihi gedik sgt,
dah biasa kena tinggal pun
nak nangis lagi :p

Friday, May 9, 2014

Steamboat kat Pantai Lido


Pada waktu malam kami pergi ke Dataran Bandaraya Johor Bahru. Kalau ke sana akan nampak Menara Jam sebagai mercu tanda di dataran ini :) Jadi tak sah la kalau tak bergambar kat situ kan. Ambil gambar sebagai kenangan gitu.



Di dataran ini buka sahaja ada padang semata, di situ juga terdapat orang berniaga makanan. Banyak van steamboat berniaga di situ. Rambang juga mata melihat cuma perlu pilih tempat sahaja yang mana berkenan. Dalam banyak-banyak tu kami pilih makan kat Majidee Steamboat memandangkan kampung mak ai ialah kampung Majidee hihi



Sedap kuah steamboatnya.



Masa kami sampai sini baru lepas hujan, boleh pula order ABC memang mengundang sungguh. Menambahkan sejuk di badan haha



Selain steamboat, ada juga makanan lain yang dijual. Antaranya Bakso, Rojak Buah dan macam-macam lagi. Bila nampak Rojak Buah harusla laju nak juga. Sedap pula tu nak-nak bila makan mempelam, terus terkecur air liur hihi...



Gambar di bawah ni first time cuba makan kuih Cakoi tu bersama dengan kuah rojak, timun dan taugeh. Tak pernah pula nampak kat tempat lain. Tapi jujur cakap memang sedap.



Selalunya makan Cakoi kosong atau pun cicah dengan kuah durian atau kaya. Yang ini memang berbeza betul. Rare sangat. Walaupun makan dengan timun, taugeh dan kuah kacang, kombinasinya sedap kena dengan tekak. Kalau ke Johor boleh singgah makan kat Dataran Bandaraya ini lagi. Tempat yang santai dan penting makanannya sedap.

Nasi Briyani Hyderabad


Ikut Zaf keje kat Johor.
Dia nak hantar tender kat UTHM.
Orang dah ajak kita ok je la kan.
Lama xjejakkan kaki dlm universiti.
Tak kisah la universiti mana pun.
Tgk budak2 berjalan gi kuliah,
teringat zaman study dulu hehehe

Pas dia hantar tender,
kami terus ke JB.
Zaf ajak lunch nasi briyani kat Kempas.
Kami mkn kat Nasi Briyani Hyderabad [link]



Anak2 semua tido dlm kete.
Tau tau bangun nak makan je.



Tapi ini budak cakap.
"I don't want makan,
I want susu!!" :)
Selagi tak buat susu,
selagi tu la muka mencuka.



Bagi air gula ikut tekak
masing2 nak manis camne.
Konsep ni elok tuk ai,
sbb ai mmg suka minum air
manis sikit2 je.



Ai makan Briyani Ayam Merah.
Sedap lauk ayamnya.



Zaf makan Briyani Kambing.
Kambingnya dlm nasi xnampak hihi
Pun sedap Zaf ckp.



Cuma satu je ai xberkenan,
nasinya byk sgt bahan2
cam bawang, sayur rempah bagai.
Ai makan kena tolak tepi.
Lebih suka nasi tu kosong
kira bersih la takde menda lain.
Sbb terus masuk mulutkan haha
Lain orang lain citarasanya ye dak.
Tapi walaupun camne pun nasinya
tetap sedap, lembut dan secukup rasa. :)