Monday, June 10, 2013

Tetiba sentap


Cerita semalam.
Ai ada twit ni.



Biasala twitter mmg tuk lepaskan tekanan haha.
Ada sorang kawan ni twit mcm relate dgn twitku.
Yg best tu semua tempat dia up, kat fb ngan ig skali.
Ayat tu mcm marah la ngan ai sibuk org tu
kurus ke gemuk ke buruk ke.
Ko ni dah kenapa.
Emo tetiba.
Ko gemuk eh sbb tu ko terasa.

Sbb kt twitter tak leh wat karangan, jd ayatnya xhabis.
Sebetulnya nak sambung lagi 2 perkataan, "YATI oiii"
kira ayat tuk merujuk kpd diri sendiri.
Sbb tu xsuka sgt amik gambar sendiri sbb
mcmmana angle pun tetap gems hahah.

xpela kita anggap je kawan ni PMS sbb tu dia emokan.
Macam2 perangai org ni kan.
Ai xde masa la nak menyibuk hal org.
3 org anak ni pun dh xmenang tgn nak handle huhuhu.
Harini dh start sekolah, kembali ke rutin asal uols.
Chayok hihi

p/s: gigih ganti puasa, ada 11 hari lagi hohoho.

Friday, June 7, 2013

Anniversary tahun ini


Hari anniversary hari tu,
sibuk dgn macam2 aktiviti.
Ada cousin tunang lagi.
Pas habis majlis tu,
kami jejalan kat Paradigm Mall.

Masuk2 Paradigm tu,
Aliah dah mengamuk nak coklat la lolipop la.
Ai belikan dia coklat je.
Penat layan karenah dia.
Jadinya kami stop minum petang kat Coffee Bean.
Zaf belikan rv cake dan iced chocolate.
Katanya ni cake anniversary
hihi so sweet..



Pose manja dari akak Zara.



Aliah plak sibuk berlari sana sini,
wat kecoh dalam CB huhuhu
Pas habis semua makan minum,
nak jejalan pusing2 kedai,
rupa2nya Aliah tak habis2 lagi mintak itu ini.

Ai suh dia dok dlm stroller,
sbb bila mengamuk dia taknak jalan.
Tengah2 jalan tu,
ai terperasan salah satu kasut dia takde.
Pulak dah..
macamana plak kasut dia ni tercicir.
Dah kami patah balik jalan yg dah lalu,
kot jumpa kasut dia.
Takde rezeki mmg tak jumpa langsung :(

Dalam cari2 tu tgk Aliah dah tido.
Penat mengamuk la tu.
Pastu Zaf nampak kedai Payless Shoesource
terus ajak masuk
nak belikan kasut Aliah.
Kang dia bangun takkan tak berkasut plakkan.

Tengah2 membelek kasut tuk dia,
Aliah bangun,
Zaf suruh dia pilih sendiri.
So inilah pilihan dia.
Kebetulan matching plak ngan pakaian dia.



Nasib bangun mood dah okey.
Mengamuk dah ngantuk agaknya kan.
Mujur ada Zara leh tolong layankan.



Pastu kami ke Teh Tarik Place
makan roti canai plak.

Masa beli sandal tuk Aliah tu.
Tuk Zara n Ariq pun ada jugak.
Kami beli yang murah2 je,
amik yg ada 30% diskaun. :)
Sandal Zara tu dia pilih sendiri.
Nak bling bling katanya.



Hadiah anniversary kami adalah kasut anak2 hihihi

Thursday, June 6, 2013

Yes, I did it!


Smalam malam hari bersejarah buat Zara.
Dia berjaya buang air besar dlm jamban.
Zara mmg dah tak pakai diapers.
Nak buang air kecil tu mmg xde masalah.
Kalau nak tu dia akan bgtau.

Tapi satu masalah bila nak buang air besar.
Banyak kali dah ajar dia buang kat jamban.
Asyik je tak jadi.
Tiap kali dia dok kat jamban dia kata
tak jadi berak.
Jadinya tiap kali dia nak buang
kena pakaikan diapers.

Smalam masa dia kata nak buang tu
ai suh dia masuk bilik air.
Cam biasa tunggu dia nak melabur
tetiba dia jerit
YES, I DID IT!
haha terus ai gelak.
Akhirnya Zara berjaya buang air besar
kat jamban.
macam-macam la anakku.

*pic googled.

Wednesday, June 5, 2013

Makeup Digital


Baru install Perfect365 Apps.
Sronok main mekap2 kat muka sendiri.
Almaklumlah diriku bukan bermekap bagai huhu
Buat sambil gelak2 haha

Fantasy



Goblins



CatEyes



Sweet



Cantik je muka bila bermekap,
hakikatnya... :p

Pastu ai ada mekap muka Zaf jugak.
Bagi dia tgk gambar dia sendiri,
sekali kena ayat "mengong" dari dia haha


Tuesday, June 4, 2013

Santai-santai di MV


Bersantai petang kat Mid Valley.
Lama tak pegi food court kat atas,
sejak renovate sblm ni.

Pekena abc cuaca panas2 ni.



Orang yang paling sibuk,
makannya tak seberapa,
main2 pecahkan ais ngan korek2 segala isi
kat dalam mangkuk tu huhu



Ariq plak sronok mengirai tisu.
Dah habis sepah
mulut dia dok bising panggil orang yg lalu lalang.



Zara takde sbb tido umah MakTok.
Rasa tak complete plak bila dia takde.

Pas dah makan abc,
jalan2 tawaf MV.
Dah penat stop kat Pancake House plak.



First time ke sini.



Kami order choc chip & blueberry pancake.
Simple je rupa pancake dia.
Tapi sedap dan kena dgn harga dia RM9.90.
Okay la kan.



Aliah time ni dah mula mengaruk.
Petang time tido dia.
Buat ape semua tak kena :(



Pastu keluar gi layan air pancut kat depan The Gardens.



Sempat amik gambar hihi



Ariq plak takut ngan air pancut.
Pegang ketat takmo lepas.
Tapi mata dok tengok air tu hihi