Berpagi-pagian di padang Havea Arena RRI untuk menyokong team Aliah dalam Selangor Fiesta Touch 2025 🏉.
First game dah selesai, sementara menunggu game yang seterusnya, lepak sekejap di gerai makan untuk isi perut. Kelaparan dah menunggu dorang ni. Selang setiap game adalah dalam satu jam lebih huhuhu... Begitulah kalau ikut anak-anak ini setiap kali tournament. Menunggu tu yang meletihkan, main tu sekejap je hahaha 😅
Masa minum ni sekali dengan Pang tapi tak ada ambil gambar. Borak-borak dengan dia, berkongsi perihal anak-anak. Lepas tu kami ke gerai jualan baju. Ai beli jersey untuk anak-anak sebagai kenangan. Mujur ada saiz lagi, laku keras jualan mereka walaupun belum habis satu hari dah susut banyak stoknya.
Kepanasan ya amat ☀️, semua berteduh bawah khemah. Yang best, photographer pun bawa khemah juga. Rezeki kami lah parents dapat tumpang berteduh sama. Alang-alang tu, ajak Pang bergambar. Tournament ni dua hari tapi Pang tak ada esok, anaknya ada sukan sekolah pula. Clash pula dengan aktiviti sekolah, tak dapat nak join hari ke dua di ragbi ni sebab anaknya ada masuk acara larian. Maka dengan itu, automatik tak ada geng borak ai hahaha..
Sebelum balik sempatlah ajak semua bergambar atas stage. Belum tahu lagi menang ke tak tapi kita ambil aura hahaha.. Nanti waktu hari penutup mesti ramai orang dan takut tak berkesempatan nak bergambar di situ. Nak gambar yang elok kena tunggu photographer bagi link.
Singgah makan di Ketiga. Isi perut dulu sebelum balik rumah.
Tapi tak habis di situ, makan lagi malamnya dan kali ini order saja di Zus hahahah... enZaf tak ada dia pergi main bola pula.
Gambar-gambar di bawah adalah hari ke dua tournament. Tak banyak gambar pun diambil.
Rezeki dapat masuk Final. Adalah siarang langsung dari Youtube. Screenshot satu buat kenangan hehehe..
Tahniah Aliah dan teammate. Dapat tempat ke-Dua dalam kategori Cup 🎉🏆🥈. Wajiblah ambil gambar dengan dia kan. Gambar ai dan Aliah dari phone enZaf. Waktu tu dah gelap, mujur kamera phonenya nampak terang 😍.
enZaf ajak keluar mencari dessert. Masa keluar tu kami belum decide lagi nak ke mana, masing-masing tak tahu nak apa sebab kami semua dah kenyang. Tahu-tahu dah sampai kawasan Uptown Damansara 😆. Masa pusing-pusing mencari kedai, kami ternampak kedai yang belum lagi kami masuk. Tak pasti kedainya baru ke tidak. Dua kali juga pusing mencari parking. Almaklumlah area Uptown Damansara ini sentiasa penuh dan sesak, rezeki ke dua pusing dapat juga parking.
Kami makan di Baba Hur. Kedainya kecil sahaja, sesuai kalau pergi makan itu dalam dua ke empat orang. Nak pergi ramai pun boleh tapi kena menunggu sikit lah. Nak kena sambung meja hehehe.. enZaf order sikit sahaja untuk rasa-rasa. Ai ambil gambar lebih kurang, janji ada lah kan 😅. Untuk tekak ai, biasa-biasa saja. Lepas makan kami berjalan-jalan sepanjang shoplot berdekatan. Masa berjalan tu Aliah ajak makan di Aftermeal tapi Daddy dia kata tunggu akak Zahra. Seronok sikit bila semua ada. Jadinya kami pergi ke Baskin Robins (BR)🍦 seperti yang dirancang lepas makan di kedai Turki. Suka Qaireen nampak karakter kegemarannya, Kuromi. Terus minta Mummy ambil gambarnya.
Disebabkan ada Kuromi, Daddynya pun orderlah satu cup untuk Qaireen. Dapat pula aiskrim tu memang feveret dia, lagi lah dia suka.
Tak lama kami dalam BR tu, sebabnya terlalu sejuk. Makan separuh lepas tu sambung makan kat luar hahaha..