Pertama kali Aliah join aktiviti yang melibatkan kesenian dan kebudayaan di luar sekolah. Dua bulan lepas dia beritahu ai yang dia sertai kumpulan angklung sekolahnya. Agak terkejut juga sebab tak sangka pula dia minat bermain alat muzik tradisional ini. Sebelum ini yang ai tahu dia main ukelele. Itu pun persembahan di dalam sekolah sahaja. Setelah dua bulan membuat latihan, kumpulan angklung sekolahnya mendapat jemputan persembahan di Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun buat pertama kali. Gambar dan video di bawah semua dari Aliah melalui Whatsapp Group.
Ingatkan nak pergi tengok secara live tetapi majlis ini dibuat secara tertutup 😔. Mujurlah ada sedikit gambar dan video. Dapatlah simpan sebagai kenangan. Paling tak sangka, lagu yang mereka mainkan adalah lagu kegemaran ai. Dua lagu dipersembahkan satunya adalah dari Coldplay, Yellow dan Dewa 19, Hadapi dengan Senyuman. Dan akan ada beberapa siri lagi mereka akan melakukan persembahan di tempat lain pula pada bulan-bulan akan datang. Aktiviti sekolah ini selesai dalam pukul 1 lebih. Petang pula Aliah ada latihan ragbi latihan tambahan untuk tournament lagi seminggu. Petang itu cuaca tidak mengizinkan. Hujan turun dengan lebat diiringi dengan guruh dan kilat. Coach batal latihan last minutes dan kami terus lajak ke Amcorp Mall sebab bersebelahan dengan padang haha..
Tak jadi training maka kita pergi makanlah 🤣. Minggu lepas enZaf dah makan kat sini sementara menunggu Aliah habis training, masa tu ai tak ada sebab pergi melawat akak Zahra [link]. Kali ini dia bawa ai makan sini pula.
Gambar di bawah ini pula keesokan harinya. Rutin latihan ragbi setiap hari Ahad di Padang UM. Masa menunggu di tempat parking kereta tiba-tiba ramai orang di hadapan kami. Rupa-rupanya ada rekod pergambaran dari krew produksi 🎥🎬. Tak sangka pula nampak Aiman Tino dan isterinya berlakon. Ada juga nampak beberapa artis lain tapi ai tak tahu nama, artis muda yang pasti. Isteri Aiman Tino tu adalah kawan adik ai, lajulah ai tanya dia. Memang betul pasangan itu ada berlakon dalam drama, cuma ai je yang tak tengok hahahaha...

No comments:
Post a Comment