Pejam celik dah nak habis pertandingan bola abang Ariq dalam LaLiga. Bermula pada bulan Julai dan habis awal bulan September. Game terakhir ini kali ini pada waktu petang. Kebetulan hujung minggu ini pun akak Zahra balik rumah. Jadinya kami terpaksa hantar dia awal sedikit ke asrama. Lengang saja kawasan asrama bila hantar awal ini. Daddy dia pun entah apa nasihat kat anak daranya hehehe.. selalunya Mummy dia yang macam tu 😜
Dari sekolah akak Zahra kami terus ke Ampang. Hari terakhir juga kami semua berada di sini. Orang lain semua sibuk tengok bola tapi ada sorang budak ini bukan kisah pun. Ada handphone tak peduli dah yang lain. Siap baring lagi, bukan main santai sangat ni 🤭 Kalau ai cakap dengan dia sambil tunjuk abangnya kat padang, dia jerit lah sekali dua kat abang Ariqnya sekuat hati, lepas tu sambung tengok handphone semula 🤣 Jadilah nak oi, tunjuk tanda support hahaha...
Gambar di bawah semua dari kamera enZaf. Ai tak ambil banyak sangat gambar, cuma video sahaja.
Tahniah abang Ariq dan team! Semoga mereka dapat banyak belajar dalam liga ini. Untuk kategori U-12 sebanyak 20 pasukan yang terlibat dalam liga kali ini, pasukan yang datang dari pelbagai negeri. Hebat-hebat semuanya. Team Ariq dapat tempat ke-6. Adat sebuah pertandingan, ada yang kalah dan ada yang menang, yang penting pelajaran yang mereka dapat dalam setiap pertandingan tersebut. Semua ini pun untuk terapkan semangat setiakawan, semangat pasukan dan jati diri dalam pembentukkan seorang pemain. Takkan mengalah gitu hehehe..
Hari Merdeka tahun ini jatuh pada hari Sabtu. Kelab bola Ariq ada buat tournament paginya. Jadi awal pagi kami dah berada di padang bola. Hanya ai dan enZaf sahaja yang ke padang, yang lain semua tak nak ikut.
Cuaca pagi tu agak panas jua, enZaf belanja makan aiskrim 🍦. Ai ambil gambar aiskrim dan baru perasan aiskrimnya blur hehehe.. malas nak snap lagi sekali. Biarkan blur disitu 😅
Besar sungguh jersey Ariq pakai hahaha.. gelebeh bahu semua. Katanya tak ada saiz kecil, pakai sajalah nak oi.
Sampai tenghari kami di sana, tak tunggu pun sampai majlis penyampaian hadiah. Coach tolong simpankan medal, thank you coach hehe.. Petang kami keluar ke kedai cermin mata. Akak Zahra mengadu matanya tak berapa nampak. Dalam kelas, tempat duduknya belakang sekali jadi dia tak nampak sangat tulisan cikgu di papan putih. Nasib baiklah dikedai itu ada stok untuk cerminnya, sempatlah siap terus tanpa perlu tunggu hari lain untuk ambil. Sambil-sambil menunggu tu, ai suruh enZaf ambil mana-mana sunglasses dan ajak bergambar depan cermin besar hahaha.. 😎
Alang-alang dah di kedai cermin mata, semua orang test mata kecuali enZaf dan Qaireen. Rabun ai ni maintain saja sejak dari zaman universiti, tak naik dan tak turun. Alhamdulillah. Orang kedai tu pelik kenapa ai boleh keluar tak pakai cermin mata, ialah rabun bukannya sikit. Tak suka nak pakai, rimas hihihi.. Aliah, dia ada silau dan Ariq tak ada masalah apa pun, perfecto! 👍 Sama macam Daddynya, mata elok tak ada rabun.
Siap cermin mata akak Zahra, kami pergi ke The Curve pula. Window shopping gitu. Ambil gambar akak Zahra dengan cermin mata barunya. Dia sendiri yang pilih bentuk bingkainya. Yang lama masih simpan, dia guna untuk main hoki sebab cermin mata lama tu plastik, boleh lah buat lasak.
Aliah penggemar air Green Tea, dapat juga dia pujuk Daddynya belikan satu. Yang lain semua tak layan, ai pun tak berapa sangat minum yang sejuk tapi kalau Green Tea panas ok.
Jalan dan jalan lagi, berhenti beli Sticky Candy. Pertama kali kenal dengan Sticky Candy ni masa di One Utama Mall (OU). Lama dah zaman Aliah kecil lagi. Masa tu kita boleh nampak bagaimana staf di situ buat candy, sangat menarik dan ralit juga ai tengok. Tapi sekarang kedai tu dah tutup kat OU. Yang ai nampak hanya vending machines macam kat IPC ni je.
Sebelum balik, singgah di JCo Donut. Qaireen peminat donut, budak kecil ni memang pandai minta makan kat Daddynya. Dia tahu kalau minta kat Daddy pasti dapat, dengan Mummynya jangan haraplah hahaha.. Sorry la abang Ariq dan enZaf, ai malas nak snap gambar lagi sekali. Biarkan dua-dua mata mereka tertutup hehehe..
Sekolah Qaireen sambut Hari Merdeka awal tiga hari. Dan ini adalah sambutannya yang terakhir di Genius Aulad. Disebabkan tahun akhir, ai semangat belikan dia baju hehehe... kalau nak dibandingkan dengan kakak-kakak dan abangnya, ai tak pernah belikan baju semata untuk Merdeka ini. Mentang-mentang bongsukan 😜🤭 Ini entry sambutan Hari Merdeka tahun lepas [link], pakai baju kurung kedah saja.
Beli baju ni pun yang ready made sahaja. Nak tempah semata tu memang tak lah. Ai tak segigih mak-mak yang lain, bila tiba hari Merdeka hebat-hebat baju anaknya. Tapi ai suka tengok sebab ada design baju yang sangat kreatif. Kagum tengok.
Tak siap lagi masa ini sebab dia belum pakai tudung. Tengok pada gambar masa nak beli baju Qaireen ini, kebanyakkannya pakaikan tudung ikut warna bendera. Tapi Qaireen pakai tudung hitam sajalah. Pakai apa yang ada supaya tak membazir hehehe.. Sempatlah ai ambil gambar dia sebelum masuk sekolah. Cekak atas kepala tu pun beli online, harganya pun murah tak sampai RM10.
Dua gambar di bawah ini dari teachernya, tapi tak ada pula ambil gambar ramai-ramai semua orang. Sebab ada saja pakaian lain yang anak-anak pakai jenis pakaian tradisional, macam pahlawan lelaki dan perempuan zaman dulu.
Sepesen je baju kalau ikut warna bendera ini kan. Teacher aturkan yang sama jenis pakaian bergambar sekali 😍 Oh ya! hari hantar Qaireen sekolah, kereta kena langgar. Masa mula-mula langgar, kereta yang langgar tu dah park tepi jalan. Ingatkan nak pergi ke kereta tu, sekali kereta tu blah gitu. Puas pusing dua tiga kali cari tak jumpa-jumpa huhuhu... Tak perasan nombor plate keretanya. Yang tahu warna kereta saja, jenis kereta pula ai dah konfius antara Proton atau Perodua. Rabun begitulah. Terpaksa la keluarkan duit sendiri baiki kerosakan huhuhuh...
Keesokkan harinya Drypers datang sekolah Qaireen. Buat marketing untuk produk terbaru mereka dan semua anak dapat bawa balik goodies bag. Dalam tu semua orang dapat sebotol Hair & Body Wash dan voucher. Wah! seronok semuanya. Thank you Drypers!!
Malam pula enZaf bawa balik durian. Katanya mengubat hati terluka tengok bumper kereta yang kemek dan bercalar itu. 😬🚗
Ai dan enZaf pergi ke Majlis Interaksi Akademik di sekolah Zahra. Tahun ini merupakan tahun pertama sebagai upper form. Ada kelainan sedikit berjumpa dengan cikgu ketika di lower form. Bagi Tingkatan 4, sekolahnya membuat perjumpaan ibu bapa di dalam dewan sekolah. Kali ini kami dapat berjumpa dengan semua cikgu subjek kelas Zahra. Kami sampai tidaklah terlalu awal, itu pun lama juga kena menunggu giliran terutamanya pada subjek Add Math, Fizik, Kimia dan Biologi 😬
Ada beberapa subjek sahaja yang kami tak berjumpa disebabkan cikgunya ada tugasan di luar. Sebelum keluar dari dewan, tiba-tiba cikgu Englishnya panggil Zahra nak bercakap dengan kami. Cikgunya nak minta izin dengan kami untuk benarkan Zahra ni terlibat lagi dalam debate untuk tahun depan. Ai cakap Okay, asalkan result examnya bagus hihihi.. itu perjanjian ai dengan cikgu English dia dan kami semua bersetuju 😄🤝 Ingatkan lepas jumpa cikgu English, nak jumpa cikgu Sejarah dia. Tak sempat pula sebab dah habis waktu perjumpaan. Ai suka perjumpaan dengan cikgu setiap subjek kali ini. Selain dari dapat berjumpa secara bersemuka dan kami pun boleh tahu dengan lebih terperinci di mana kelemahan yang perlu dibaiki. Sekolah pun dah susun pelbagai kelas tambahan, program, bengkel dan macam-macam lagi untuk semua pelajar. Dalam pada masa yang sama, risau juga tengok jadual dorang ini terlalu padat. Semoga akak Zahra tak stress dan dapat menyesuaikan dengan kesibukan itu.
Oh ya! masa dalam dewan, sempatlah ai jumpa beberapa mak-mak hoki. Riuh sekejap kami bersembang sementara masing-masing menunggu giliran jumpa cikgu. Ada dua tiga orang mak-mak yang tak sempat ai nak ajak bergambar huhu..
Sempat ai order Karipap Pusing dekat Eina. Boleh pula Eina bawa masuk Karipap ni dalam dewan. Dah orang tengok dengan bunyi riuh rendah kami 🤣🫣 enZaf geleng kepala tengok gelagat kami. Dalam pada nak jumpa cikgu, sempat lagi order itu ini kan. Ai bab makan memang laju, lagi-lagi kalau makanan tu sedap hahaha..