Thursday, January 5, 2023

Qaireen’s First Day School

Hari pertama Qaireen pergi sekolah penuh dengan drama. Ingatkan dia okay, rupa-rupanya tidak sama sekali. Lap peluh haha.. Padahal masa nak menyiapkan dia tak ada pun menunjukkan tanda tak suka. Mungkin disebabkan dia nampak ada beberapa kawan yang menangis depan pintu masuk sekolah, itu yang dia pun sama menangis juga huhu... berjangkit pula kan.





Agak lama juga ai nak memujuk dia. Bila dia dah cool tiba-tiba menangis balik. Ai rasa lost juga sebab tak pernah macam ini. Walaupun anak empat, setiap orang perangai berbezakan. Nasib baik dia tak minta nak balik. Akhirnya dia masuklah juga dalam keadaan menangis. Menangis menangis juga kaki tu tetap melangkah masuk hahaha.. Ai memang menghitung masa menunggu waktu sekolah Qaireen habis. Mana taknya, berdebar dan susah hati bila tinggalkan dia dalam keadaan sedih. Mulut tu tak henti berdoa agar dia dapat menyesuaikan diri. Teacher pun tak ada call or Whatsapp menandakan dia okay saja kat sekolah tu kan. Pegang kata-kata "No news means good news". Pepatah yang sama buat akak Zahra masa masuk asrama.



Awal ai sampai nak tunggu dia balik. Pintu pun tak buka lagi hehehe... Bila nampak dia nak turun tangga terus ai ambil video. Alhamdulillah riak wajahnya sedikit ceria nak dibandingkan hantar tadi. Lambat je nak tunggu Qaireen turun sebabnya dia gayat.



Soalan pertama ai tanya Qaireen, "do you have fun at school?" Laju jawab "Yes." Bukan main ya tunjuk tanda thumbs up kat Mummy. Siap beritahu dia happy hehehe.. Alhamdulillah lega rasa hati. Harap-harap esok tak adalah drama sama juga. Risau juga tu kot jadi lagi.



Disebabkan dia happy Mummy belikan coklat kegemarannya, Nips. Seronoklah dia sampai bagi thumbs up lagi hahaha.. balik rumah tukarkan baju dan bagi makan tengahari. Lepas makan tak lama lepas tu tup tup sunyi je. Rupanya dia dah tertidur, penat sangat sekolah hari pertama.





Oh ya! gambar di bawah dari teacher yang dihantar dalam Whatsapp group. Gambar wajib pada hari pertama. Muka baru lepas nangis lah tu hehehe...



Wednesday, January 4, 2023

Induction Day at Genius Aulad


Pejam celik pejam celik, tahu tahu je Qaireen nak sekolah. Macam tak percaya pula dia dah besar. Mummy ingatkan dia masih baby lagi hihihi.. Pada 3hb Januari merupakan Induction Day di Genius Aulad. Tiada pembelajaran pada hari tersebut, hadir untuk mengambil uniform, name tag, message book dan sebagainya. Sambil itu berkenalan dengan class teacher Qaireen :)



Tak sempat nak ambil gambar dalam sekolahnya. Dah keluar baru ambil gambar Qaireen itu pun kat pintu masuk hehehe.. Selesai semuanya enZaf nak cuci kereta, jadi kita ikutkan aje. Sementara menunggu kereta dicuci, ambil gambar hero sorang ni. Manja Mak Long :) Nak masuk 9 bulan dah Fahrel, buat masa ini ai lah yang menjaga dia sehingga umurnya 1 tahun. Bukan main suka ya keluar berjalan, bukan main lebar sengih tu :)



Lepas solat Maghrib kami keluar pergi The Curve, esok dah mula persekolahan barulah terhegeh-hegeh nak membeli beg sekolah bagai. Ai boleh pula terlupa pasal ni, tak teringat langsung. enZaf pun sama tak ingat juga. Punya lah lama tak ada anak tadika sampai begitu sekali lupanya hahaha..



Lama juga tak menjejak kaki masuk ke dalam kedai Smiggle. Anak-anak semua dah tak layan dah Smiggle ni sangat. Mereka lebih suka cari barang stationary dalam kedai Typo atau pun Popular.



Beg sekolah dan botol air Qaireen dia sendiri yang pilih. Pencil box, pensil dan warna semua tu beli dalam Lotus saja. Kebetulan nak mencari barang lain, beli situ saja lah. Sebelum pulang ke rumah, kami singgah The Chicken Rice Shop untuk makan malam :)

Tuesday, January 3, 2023

Hantar Zahra Balik Asrama

Sama seperti tahun lepas, ai minta akak Zahra mainkan alat muzik sebelum kami gerak keluar. Tahun lepas dia mainkan piano, tahun ini main gitar 🎸 pula. Semua alat muzik ini dia belajar sendiri melalui Youtube. Suka betul dia bila Daddy belikan gitar. Itu pun dah lama juga dia minta tapi Daddy dia buat tak tahu je hihi..





Ai suruh dia main gitar sambil menyanyi, katanya belum pandai lagi 😆. Sebelum hantar balik asrama, kami ke IPC dulu untuk makan lagi. enZaf ni memang suka bagi anak-anak dia kenyang, barulah senang hatikan.



Dalam perjalanan memang itulah dia kerja dia tidur, tidur dan tidur lagi. Memang budak asrama macam tu kan. Kat sekolah jadual padat, balik rumah tu macam qada tidur. Ambil dia tidur, hantar dia balik pun tidur hehehe..



Barang setiap kali dia pulang bermalam. Mummy rasa nak pitam tengok dia angkut pergi balik, macam nak pindah haha.. Kalau tahu minggu tu balik, memang dia tak basuh baju dia. Itu yang banyak barang kena angkut 😮‍💨



Masa dah bawa semua barang masuk dalam dorm, dia pesan minta tunggu sekejap. Sekejap tak berapa sekejap sangat, lama lah juga. Rupa-rupanya dia salin baju, nak terus pergi prep class. Disebabkan itu ai terus ajak dia bergambar. Bukan senang nak bergambar dengan dia selain dari baju outing bila hantar balik asrama.



Idea Aliah ambil gambar dari bawah. Macam-macam lah nak oi, kami ikutkan sajalah. Disebabkan dia nak ambil gambar dari bawah, ai ambil gambar dia pula. Dia tengah geram tu sebab shawl tak bagi kerjasama hari tu hahaha.. macam kita jugalah kan, tudung tak menjadi boleh bikin stress 😤



Sebelum sampai rumah, enZaf ajak minum lagi. Kami ke Subaidah dan ai terasa nak makan Naan Garlic dan Ayam Tandoori. Suka sini sebab sedap dan letak banyak bawang putih. Tak kedekut.



Monday, January 2, 2023

From U10 to U12

Hari pertama pembuka tahun 2023 kami sudah berada di padang bola awal pagi. Semangat sungguh la kan. Ariq ada game empat penjuru di Bukit Jelutong.



Dan ini juga merupakan pertama kali Ariq bermain bola di bawah kategori 12 tahun dengan keluasan padang yang berbeza. Masa bawah 10 tahun padangnya kecil je. Ariq tu sudahlah comel, halus saja nampak dia ditengah padang hehehe









Wajiblah mommies semua bergambar. Hadir tanda sokongan gitu dengan mata berkerut dek menahan panas matahari yang dah terpacak di atas kepala. Cuaca memang terang, awal-awal lagi matahari dah memancarkan surianya.



Ambil gambar Ariq dengan kawan-kawannya sebelum balik. Biasalah lelaki ni bukan semua suka bergambar, bergambar asal boleh je hihi.. Semua ni kenangan untuk dia, bila besar boleh tengok balik muka masing-masingkan.



Sebelum balik rumah, sempat singgah Homebaker@Clover bungkus cinnamon rolls. Kedainya opposite dengan padang. Anak-anak ni suka sangat especially Ariq. Kiranya pit stop pertama atau terakhir kalau ke Radia Arena hihihi..



Sunday, January 1, 2023

Penutup Tahun 2022


Hari terakhir tahun 2022, adik ai Nani buat Majlis Aqiqah dan Kesyukuran buat anaknya Fahrel. Majlis ini diadakan di rumah keluarga Mertuanya di Batang Kali. Dekat saja dengan sekolah akak Zahra, ai ada berseloroh masa nak ke sana, lepas makan di majlis ini kami hantar dia terus ke asrama. Terkejut dia kenapa nak hantar awal sangat :p Mummy dia memang suka mengusik :)



Majlis aqiqah ini turut diraikan bersama dengan anak Abang Long Fahmi, Lutfi Haqiem. Fahrel ada sepupu sama baya hanya 3 bulan sahaja yang membezakan umur mereka, seronok lah dah besar nanti ada kawan. Atok dan Nenek pun seronok dapat dua cucu dalam setahun. Majlis ini berlangsung pada waktu pagi, tetapi kami datang pada dalam pukul 2 petang disebabkan Ariq ada latihan bola. Tak sempat nak jumpa dengan Abah, Mak dan adik-adik ai, mereka dah balik tengaharinya. Sampai-sampai tu kami terus makan hehehe.. penuh lauk atas pinggan ai. Lapar sangat dah tu :p



Eh bukan ai sorang saja yang lapar, anak-anak pun. Laju je masing-masing ambil makanan.





Baby yang diraikan, baru bangun tidur dia. Kepenatan dari pagi dan kepelikan kenapa ramai sangat orang kat rumah ya. Nani cakap mujur tak meragam, umur sekarang ini dia pandai kenal orang, tak semua dia nak. Sepupunya lagi sorang masih tidur.



Dah selesai makan, perut pun dah kenyang ya amat hehe.. tibalah masanya untuk mengambil gambar. Rugilah tak bergambar di pelamin yang cantik. Semangat Nenek Fahrel yang uruskan majlis ini. Itu orang cakap, manja cucu dengan manja anak tak samakan. Bila dah ada cucu, sanggup buat apa saja Atok dan Nenek. Bila teringat ni, semoga Allah S.W.T pelihara dan lindungi Abah dan Mak. Mereka berdua pun curah kasih sayang pada cucu-cucu tak berbelah bagi. Alhamdulillah.



Bergambar dengan "pengantin" hihi.. Cantik sangat gambar sebab cuaca tengah panas dan berada di luar. Lighting on point gitu :)



Akak Zahra dan Aliah pakai baju kurung Mummy. Baju tu yang kecil sebab tu dah tak muat hahaha.. tak mengaku yang badan tu dah kembangkan. Jadi kita salahkan baju :p. Lepas dah bergambar ramai-ramai, kami nak ambil gambar dengan Fahrel pula tapi ada orang merajuk bila ai dukung Fahrel. Langsung tak pandang kamera, puas dipujuk tak jalan jua huhu..



Bila dah merajuk, Qaireen minta dukung pula. Ya ampun terasa keberatannya. Senget pinggang Mummy nak oi hehehe.. Gambar di bawah, hero-hero kesayangan. Kalau ada Aira dan Akid mesti lagi meriah bergambar. Tak cukup corum anak-anak bersama sepupu.



Cantik sangat pelaminnya. Bila dah balik baru teringat, rugi tak ambil gambar berdua dengan enZaf hahaha.. tiba-tibakan nak jadi pengantin pula :p