Saturday, January 19, 2019

Wedding Sepupu Mak


Wedding pertama untuk tahun 2019.
5hb yg lepas pergi wedding sepupu mak,
eh bukan sepupu mak yang kahwin
tapi anak perempuannya :)

Sepupu mak ni ai tak rapat sgt.
Jarang jumpa.
Kebanyakkan sepupu sepapat mak ni org
mersing dan terengganu,
jarang la nak jumpa sgt.
Disebabkan wedding tu kat Semenyih,
ai pun join ikut sama.

Ni gambar nak balik,
panas ya amat okay.
Gambar ngan pengantin takde
jadi gambar pengantin lama
dgn anak 4 orang :p



Mak dengan sepupunya makcik Ani.



Masa nak balik tu kan,
ai nak salam ngan makcik Ani,
sekali dia tanya pregnant ke?
Sambil pegang perut tanya tu...
huarghhhhhhh dgn selamba ai cakap,
perut buncit byk lemak :((

Ni mak ngan cousin2 yg lain.



Abah ngan bapak pengantin.



Dari wedding kami ke OU.
Jalan2 cari pasal haha



Ai nak banned baju kurung ni terus.
Sebabkan baju ni Makcik Ani tanya
ai pregnant ke tak haha
Salahkan baju sbb nampak perutku yg buncit tu.



Baju kurung ni kain cotton,
dan pernah pakai masa raya haji tahun lepas [link]

Penat jalan,
benti jap kat McDonalds.
Makan ice cream.



Esoknya masa tgk tv,
ternampak ok baju kurung ai
sama dgn joey ni pakai.
Serious sama.. bezanya joey buat baju melayu.



Haha kebetulan sangat,
bole sama corak kain baju tu.
Masuk tv plak tu :p

Friday, January 18, 2019

Dinner at Naili's Place


Punya la dah lama kedai Naili's Place ni kat Kota Damansara. Baru sekarang ini kami mencuba makan di situ hehe.. Tak silap kedainya buka pada waktu petang sampai ke malam, ai tak perasan pula waktu tengahari dah buka atau belum. Kami pun jarang lalu area Strand ni. Dah alang-alang lalu itu yang kami cuba dinner di sini.



Anak-anak kalau nampak ada pasta memang itu la nak. Sorang suka Bolognese dan sorang lagi suka Carbonara.



Ai makan Nasi Goreng Sardin. Tiba-tiba rasa macam lama tak makan sardin :)



enZaf makan Kuey Teow Goreng. Macam-macam bahan diletakkan dalam kuey teow tu, ada kerang, udang, ayam... sama juga macam nasi goreng ai banyak lauk.



enZaf ada order Cucur Udang. Boleh pula makan cucur waktu malam hahaha.. orang makan cucur untuk makan petang.



Serius sedap cucur udangnya. Oh keropok lekor pun ada juga. Ini dah kira makan petang di bawa ke makan malam :p



Sedap rupanya makanan kat sini. Yang pasti banyak pilihan. Bukan setakat makan local, kalau nak makan makanan western pun ada juga.



Lepas ini kami dah tahu kat mana nak lepak minum petang. Hari Jumaat dah harini. Tuptup dah pertengahan bulan, hari Isnin depan kita cuti Thaipusam. Macam menarik nak ajak enZaf pergi holiday :) Salam Jumaat buat kawan-kawan blog, jangan lupa baca surah al-Kahfi ya.


Thursday, January 17, 2019

Lantai Toilet Pecah


Dah 12 tahun kami duduk rumah ni, akhirnya lantai bilik air pecah. Bilik air ni pun jenis tak pernah buat renovate apa. Macam mana masuk rumah macam tu la rupanya sampai la sekarang hehe



Mula-mula pecah kat bahagian yang bertanda bulat tu, lama-lama kat tiles pula crack dan terjongket bertanda anak panah.



Dah alang-alang nak kena repair, enZaf cakap nak buat lain la bilik air. Katanya nanti bila ada masa kita survey barang-barang untuk tukar sinki, jamban bagai. Sekarang ni dia nak mencari siapa yang boleh buat toilet huhu

Oh ni bukan toilet tapi ini baju seluar yang menimbun masih tak berlipat lagi. Ai tengok dari sofa je, nak melipat masih malas haha Lipat baju pun kena ambil mood.



Apa pun dalam malas-malas tetap kena buat jugakan. Kalau ai tangguh satu hari tak buat, lagi menimbun jadinya. Baju anak-anak ni dah la basuh hari-hari. Satu hari sampai 3-4 helai baju tukar. hmm.. kerja rumah mana pernah habis.


Wednesday, January 16, 2019

Minggu Pertama Sekolah Selesai


Hari ke-3 iaitu hari Jumaat,
baru dapat ambil gambar ke tiga-tiga anak
berpakaian sekolah.
Itu pun kat rumah sbb
Zahra baru balik
dan Ariq Aliah nak pergi sekolah.



Oh yer, akak Zahra jadi Pengawas Sekolah.
Tahun lepas sebelum cuti,
cikgu ada bagi surat yg dia dapat
lantikan jadi Pengawas Sekolah.

MasyaAllah tak sangka sangat okay.
Rupanya dalam dia tak dpt naik stage
tuk Majlis Anugerah tahun lepas,
rupanya Allah nak bagi yang ni.
Zahra dah lama teringin nak jadi pengawas
ni sejak dia Tahun 2 lagi okay.
Upgrade dia dari Pengawas Pusat Sumber
ke Pengawas Sekolah.
Tahniah akak Zahra!!
Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik
dan peperiksaan pun kena baik juga.
Kriterianya tak boleh ada C nanti kena lucut hehe

Lepas solat Zuhur,
ai ajak Zahra gi Giant.
Nak beli barang.
Sebelum tu singgah Chicken Rice Shop.
Lama anak dara ni tak makan situ.



Masuk Giant nak beli panty liner,
dari satu barang je nak beli
jadi banyak plak haha



Try beli koko crunch baru tu
Maxx.. sedap plak.
Nanti beli lagi.

Ni gambar pagi Jumaat tu,
Qaireen memang ai akan umpan dia makan biskut,
sementara ai masak tuk lunch.
Kalau tak buat camtu,
mmg keje nak berkepit je.



Bersedia la tgk sepah dan comotnya.
Memang akan buat byk keje tp
tahan je la..
kalau tak satu keje apa pun tak buat.
Lepas setel masak,
bagi anak2 makan dan Qaireen mandi plak.
Waktu pagi sampai tengahari tu
mmg waktu yg busy huru hara semua cukup haha
Campur lagi sibuk dgn
nak balut buku teks
buku aktiviti bagai.


Alhamdulillah
habis dah minggu pertama sekolah.
Harapan ai dan pasti semua ibu pun sama,
semoga anak2 berjaya dalam pelajaran
dan apa jua bidang yg diceburi.
InsyaAllah.

Tuesday, January 15, 2019

Hari ke-2 Sekolah


Hari ke-2 sekolah.
Kalini Zahra, Aliah & Ariq naik van.
Zahra dan Aliah dah biasa,
tp tuk Ariq ni kali pertama dia nak naik van.

Eksaited bukan main okay.
Dari tahun lepas lagi dia dah pesan,
nak naik van tak payah Mummy hantar.
Amboiiii kemain.



Sementara tunggu van sampai,
harusla amik gambar.



Daddy pun ada sama,
nak tgk Ariq naik van hehe



Pesan kat Ariq yg ai
akan dtg waktu rehat tengok dia.
Lega rasanya dia okay sesangat naik van tu.

Melayan sikecik ni kat rumah,
lepas solat makan baru ke sekolah
tengok abang dan kakak dia :)



Sampai2 kantin kelas Ariq baru turun,
nampak kelibat dia laju nak beli makanan.
Curi2 ambil gambar dia.



Baru perasan Mummy.
Pandai okay beli makanan.



Ariq beza betul ngan akak Zahra & Aliah.
Kakak2 dia nampak juga la takut2,
Ariq ni langsung takde okay.
Tak padan dgn kecik.

Ai memang tak bagi bekal tuk dorang.
Sebelum ke sekolah,
Aliah Ariq lunch dulu kat rumah.
Rehat kat sekolah ni kira minum petang tuk dorang.
So bagi je la makan apa yg nak.



Balik pun dorang ngan van,
so ai tunggu je la kat rumah.
Seronok Ariq balik cerita,
ada kawan baru kat van.
Potpetpotpet mulut dia.

Terasa sunyi kat rumah bila dia sekolah,
balik je sekolah riuh rendah jadi haha
Mummy still tak bole move on
anak bujang ni dah besar.