Monday, January 14, 2019

Tershopping Hari Sabtu


Sabtu kami ke Atria.
Sebelum tu kami ke Shah Alam,
enZaf bawak kedai makan kat area Seksyen 7
kalau tak silap.
Nama kedai lupa tp sedap jugak lauk2nya.
Nasi campur tengahari
pastu petang sket ada nasi kerabu,
nasi dagang bagai.
Kami makan lauk nasi campur,
next time datang bole cuba yg lain.

Lepas lunch kami ke Atria.
Jalan2 cuci mata kekdahnya.



Tiap kali ke Atria mesti masuk kedai ikan.
Budak ni tangan mcm lipas kudung,
ada je menda nak dipegang.
Tak boleh diam.



Ternampak banner ni,
laju la masuk haha



Ada byk jugak brand lain.
Tengok gak kot ada berkenan,
tp takde yg menarik sgt.
Lagipun size tuk ai takde,
tinggal yg besar2 je.

Ada sikit baju Zara budak.
Tak byk size yg tinggal.
Dapat la beli satu helai tuk Qaireen.
Sehelai tuk Ariq dan 3 helai tuk Zahra.
Aliah takde sbb takde size..
sian dia tp enZaf cakap nanti
Zahra punya menurun kat dia jugak.
heheh itu betul...
bertabah la nak kamu pakai recycled aje.



Ada cermin besar,
ape lagi.. berwefie la kami.



Sblm balik stop minum kejap.
Qaireen pun dah mengamuk nak tido.



Minum petang.



Anak2 duduk meja sebelah :)



Balik rumah rehat dan solat.
Lepas Maghrib keluar gi mamak plak.
Bahagia dapur tutup satu hari..
eh tak jugak,
masak bubur tuk Qaireen pagi tu.
Anak2 breakfast cereal dan susu.
Sekian.

Sunday, January 13, 2019

Hari Pertama Persekolahan 2019


Tahun 2019 tahun yg dinantikan.
Sebabnya tahun ni satu2nya anak bujang
Ariq dah masuk Tahun 1.
Pelbagai perasaan ai rasa ada dlm satu masa,
gembira, sebak macam tak percaya okay.

Akak Zahra ai tak sempat nak amik gambar
dia waktu pagi sebelum pergi sekolah.
Daddy dia yg uruskan.

Tengahari baru ai uruskan Aliah & Ariq.
Biasala hari pertama sekolah,
keadaan jalan huru hara,
semua makpak nak hantar anak2.
Jem nak masuk sekolah huhuhu



Sempat lagi ai suh dorang stop jap
nak ambil gambar.
Padahal dah lambat, bunyi loceng sudah :p



Dah alang2 lambat,
laju2 ai suruh dorang bergambar dengan Daddy.
Qaireen taknak pandang camera,
sibuk tgk kakak Aliah tu.



Beratur ikut kelas masing,
sambil dengar cikgu berucap.



Berbaris nak masuk kelas.
Abang Ariq mcm biasa la paling kecil.



Time ni ai tak sempat nak
amik gambar Aliah berbaris.
Tengok dia dari jauh je,
pastu terus masuk kelas.

Sementara menuggu Ariq masuk kelas tu,
jumpa la akak Zahra dah habis sesi pagi.



Harusla ambil gambar ngan Daddy dia.
Qaireen sibuk nak rampas spek Zahra
tetap taknak tgk camera huhu



Masa ambil gambar ngan Mummy
ai suruh dia tanggalkan spek tu.
Itu pun tak pandang jugak haha



Gambar ni akak Zahra ambilkan.
Ai dan enZaf tunggu kat bawah je la.
Malas nak naik.



Setel dah dia masuk kelas.
Terus kami balik.
Sebelum tu kami pergi lunch.
Balik rumah Zuhur, pukul 3 lebih
keluar balik.
Nak jenguk Aliah & Ariq waktu rehat plak.

Sementara menunggu dorang keluar,
amik gambar seketul dua ni :p
Qaireen baru tumbuh gigi satu.
Lambat sket dia nih.



3 beradik.
Akak Zahra pun sibuk makan juga.



Pastu kawan2 Aliah datang.



Masa hantar dorang, ai tak sempat nak amik gambar.
Dapat la juga satu time rehat.



On the way nak ke kelas,
ntah apa cakap ngan ai..
lupa haha



Ambil gambar lagi masa balik.



Ariq tu mintak ai beli makanan ape kat motor.
Ai tak bagi..lagipun tak bawak duit.
Sedih la tak dpt membeli ppfftt

Tahun ni anak2 pergi sekolah ngan van.
Ikutkan ai hantar tp enZaf cakap,
taknak ai kelam kabut dgn Qaireen lagi.
Thank you Yang.

Tapi hari pertama ni kami hantar anak2.
Hari ke-2 baru dorang semua naik van.
Ariq mmg awal2 lagi cakap nak naik van,
taknak Mummy hantar.
Hampeh betul.

Mummy okay je,
atleast bila dorang naik van,
nak masak takde la kelam kabut sgt.
Kalau tak mcm sblm ni
terkejar2 dgn nak hantar lg.
Keluar masuk rumah 6 kali rasa nak pitam.

Alhamdulillah hari pertama,
berjalan dengan lancarnya.
Tanya Ariq pun dia seronok nak ke sekolah.
Itu yang penting.

Saturday, January 12, 2019

Temerloh Catering


enZaf ajak makan ikan Patin. Kali ini kami cuba makan kat Restoran Temerloh Catering di Glenmarie. enZaf perasan kedai ni masa dia main golf kat Glenmarie Golf Club. Cantik kedainya, warna merah menyala, bersih dan besar. Dari jauh dah nampak. Tapi sayang pula kedudukan kedai sebab ada road construction depan kedai buatnya terlindung.



Dua mangkuk ikan patin tempoyak enZaf ambil. Nampak macam lapar sangat dah tu hihihi Takde lah anak-anak ni penggemar ikan patin tempyak juga. Terutamanya Aliah, dia paling suka. Macam orang besar makan lauk tempoyakkan.



Kami sampai ni agak lambat, banyak lauk dah habis. Yang ada pun tinggal sikit-sikit je. Boleh tahan sedap juga rasa kuah ikan patin tu. Tapi masih tidak boleh lawan lagi dengan Ana Patin House untuk tekak ai la. Lain orang lain citarasakan.



Minggu lepas kami ke IPC. Masuk LC Waikiki, dalamnya ada cermin besar sama macam H&M dan Uniqlo. Anak-anak ni kalau ada cermin besar macamni terus melekap kat depan tu. Berdiri tengok diri sendiri pun dah gembira hahaha Macam-macam la dorang ni. Ai pun ambil peluang la bergambar.



Ha yang ini baru cukup anak, semua ada. Daddy dorang tengah sibuk shopping, kita jangan kacau. Adoi la Aliah posing apa entah tu senget benget bagai.



Dah selesai membeli ai ai terus ajak ke Popular pula. Nak beli pembalut buku sekolah. Hari tu beli tak cukup pula.



Dah alang-alang membeli pembalut tu, ai selitkan sekali buku latihan untuk anak-anak. Kali ini ada tambahan untuk Ariq pula. Masa ai nak pilih buku untuk dia, Ariq cakap dia tak nak buat latihan huhuhu Katanya lagi tak best :( Masa tadika boleh la beli buku gambar-gambar mewarna bagai tapi sekarang ni dah masuk Tahun 1 mana ada dah macam tu. Banyak tulis-tulis jadi bosan la tu kan adoila anakku Ariq. Bertabah la Mummy nak suruh dia belajar macam ini. Semoga tebal lah kesabaranku ini.

Friday, January 11, 2019

Geng Lepak Tahun Ini


Selasa lepas minum petang kat Subaidah.
Tekak terasa nak minum teh ais.



Ni geng lepak Mummy sepanjang tahun ni.



Kelainannya takde Ariq.
Terasa sgt okay bila dia takde join lepak.
Mana taknya..
selama 6 tahun usung dia ke sana sini
tetiba tahun ni dia takde.
Takde adegan melayan karenah dia hehe


Lepas Maghrib hantar akak Zahra tuisyen plak.
Ai ikut masuk skali sbb nak register
tuk tahun ni dan bayar yuran skali.



Masa tgh register
salah seorang dr admin staff tegur.
Standard 5 dah tahun ni, besar dah dia hihi
Besar umur tp badan maintain camtu gak ai cakap :p

Kalini Zahra amik kelas weekday plak.
EnZaf kata taknak kacau weekend.
Harap2 akak Zahra tak penat la,
tuisyen malam2 ni takut ngantuk je.

Salam Jumaat sahabat semua,
jgn lupa baca surah al-Kahfi.

Thursday, January 10, 2019

Bag Sekolah Ariq


Dua hari lagi anak-anak dah nak mula alam persekolahan. Hari semakin suntuk ini lah baru kami nak membeli beg sekolah untuk Ariq. Sebelum ini kami ada cari beg sekolahnya tapi kebanyakkan Ariq tak berkenan. Boleh tahan cerewet juga anak bujang sorang ini. Ikut perangai siapa la tu kan :p Pada mulanya enZaf nak belikan dia beg di Smiggle. Bila Daddy dia pilih dan tunjuk dia tak nak pula. Yang dia nak tu bukan pilihan Daddy. Dia nak beg yang beroda. Daddy dia bukan tak nak bagi beli beg yang beroda, masalahnya beg yang jenis macam tu saiznya besar sangat untuk badannya. Disebabkan Ariq tak berkenan beg yang ada di situ, niat Daddynya nak membeli kat Smiggle dibatalkan.

Dari butik Smiggle kami ke Metrojaya pula. Ada satu beg yang Ariq berkenaan, ada gambar Star Wars tetapi Daddy dia pula yang tak berkenan. Arghh.. sudah! nak bagi dua-dua pula berkenan dan puas hati. Boleh dikatakan banyak beg sekolah dan kedai juga kami masuk tetapi semuanya tak dapat apa yang nak. Ai pula jenis yang tak kisah asalkan Ariq suka ai okay sahaja. Akhirnya kami masuk dalam Aeon. Dalam tu ada banyak pilihan beg sekolah. Sampai Ariq rambang mata hahaha.. Mula-mula dia pilih Spiderman, nampak beg Hotwheels nak yang itu pula. Dia tetap dengan pilihannya nak beg beroda. Akhirnya Daddy dia akur dengan kehendaknya hahaha... Ariq menang :) Dalam misi mencari beg sekolah Ariq tu, yang lain turut tumpang nak membeli barang juga. Sempat selit sama. Akak Zahra gigih cuba pakai macam-macam design beg sekolah walaupun beg sekolah dia yang ada masih elok lagi.



Daddynya kalau anak sulong dia tu memang lembut hati sikit. Cepat je dia bagi green light dengan akak Zahra suruh pilih yang mana dia berkenan. Bukanlah pilih kasih, Zahra ni seorang yang tidak pandai meminta. Kalau dia berkenan apa-apa dia banyak berdiam dan jarang minta kami belikan. Cuma kita sebagai naluri seorang ibu, faham dia suka dan minat sesuatu tu. Kalau akak Zahra bersuara minta nak barang tu terus Daddy dia okay sahaja. Itu pun bergantung juga dengan apa yang dia minta dan bajet juga la hehehe.. :)



Selesai beli beg sekolah Ariq dan barang anak-anak yang lain terus kami balik rumah. Ai pun terus keluarkan dari plastic bag untuk bergambar hihihi.. Gambar di bawah adalah beg sekolah pilihan Ariq. Yang ada gambar Spiderman itu ialah beg duit dia.



Daddy dia cakap, jimat banyak beli beg sekolah Ariq ini sebab nilainya bawah dari RM100. Kalau beli beg Smiggle tu dah pastinya mencecah seratus lebih. Itu yang bila dah beli barang yang harganya rendah dari bajet yang dirancang dapatlah membeli barang lain-lain lagi. Akak Zahra dapat juga beli beg sekolah baru. Kali ini dia pilih warna hitam.



Dua barang lagi pencil case dan beg duit pilihan Aliah. Pencil case tu dia minat sebab ada unicorn. Alhamdulillah selesai sudah shopping. Semua orang happy dengan pilihan masing-masing dan penting semua dapat. Tiada siapa nak kecil hati ada yang dapat ada yang tak dapat ehehe..