Wednesday, April 18, 2018

For Sale: Lubna Flared Kebaya [SOLD]


Nak jual kebaya ni.
Baru lagi with tag.
Kalau nak email yer

Brand: Lubna
Size: S
Price: Sold include postage

Description
Top:
- Floral print flared kebaya top
- Is nursing friendly
- V-neckline
- Lined
- Regular fit
- Zip fastening
- Polyblend

Skirt:
- Floral print tulip kebaya skirt
- High rise
- Unlined
- Regular fit
- Zip fastening
- Polyblend













Monday, April 16, 2018

Melawat Baby Qaireen


Masa ai dalam pantang, ramai sahabat dan saudara-mara datang nak melawat tengok baby Qaireen. Tiap weekend je full dengan tetamu yang datang. Ada juga yang ai terlupa nak bergambar. Mana yang ada bergambar tu, ai letak ke dalam entry ni sebagai kenangan dan tanda terima kasih. Terharu :)

Kawan-kawan sekolah. Dari kiri Jaja, Elin, Nani & Tee B.



Jiran depan rumah Miza.



Maklang dan Makngah sekeluarga. Cousins lelaki ada tapi malu nak bergambar hehe



Kawan sekolah Fid & Reez. Masa pantang bersalinkan Ariq dulu dorang berdua ni pun datang melawat juga.



Kawan sekolah lagi Nowwa, Anis & Sufia. Jumpa kat restoran Mohd Chan.



Time ni ai amik udara luar, sementara meunggu Zahra habis tuisyen. Release stress, otak tepu duduk lama sangat dalam rumah hahah 3 jam kat luar lepas tu salin balik uniform pantang kat umah :p

Makteh sekeluarga datang melawat.



Cousins Lina & Fatin. Anak dara lagi, awal 20-an. Bergambar dgn dorang ai rasa macam muda tiba-tiba hehe



Tengok akak Zahra, macam dah besar pula dia dalam gambar ni. Oh no!!! Mummy dah tua huhuhu Ada juga yang tak datang tapi hantar hadiah. Sangat terharu.. Terima kasih yang luangkan masa datang ziarah tengok baby.


Saturday, April 14, 2018

Hadiah Untuk Qaireen


Murah rezeki baby Qaireen. Ramai kawan-kawan Mummy & Daddy dia bagi hadiah. Saudara-mara pun banyak juga memberi. Alhamdulillah, semoga melimpah ruah rezeki kepada pemberi. Paling banyak Qaireen dapat ialah pakaian. Sampai ada yang bagi baju umur 4 tahun. Pergh jimat Mummy.. tak payah nak membeli sangat hehe selamat la Daddy dia tu :p



Selain dari pakaian ada juga yang bagi barang. Sebenarnya ada lagi barang tak dimasukkan. Macam peralatan pinggan mangkuk cawan semua sebab enZaf dah simpan dalam kitchen cabinet. Tak kuasa ai nak ambil semata untuk bergambar :p



Hadiah paling besar dapat ialah stroller, tapi tiada dalam gambar ni. Next entry kalau nampak stroller warna merah.. ha itula hadiah yang diberi oleh kawan enZaf. Ai terharu juga sebab banyak duit Qaireen dapat. Belum sempat lagi nak buka akaun untuk dia. Daddy dia suruh masukkan dalam SSPN. Kemudian nanti boleh daftar untuk dia pula.

Oh yer dapat gift dari hospital KJMC masa discharge.



Dalam plastik tu banyak dapat sampel produk dan voucher. Paling best dapat bag biru tu dari enfamama... hihi

Saturday, April 7, 2018

Anak No. 4


Lamanya ai tak bersiaran dalam dunia blog hihi. Ini pun kebetulan je mengadap komputer. Kalau tak, memang tak sempat nak buat apa. Bila dah ada baby ni kita memang tak menang tangan dibuatnya. Fokus kita terus berubah seratus peratus ke babykan. Alhamdulillah ai dah selamat bersalin anak yang ke-4.

Name: Qaireen Razia
D.O.B: 21st February 2018
Weight: 2.16kg
Time: 06:30pm
Place: Kelana Jaya Medical Centre (KJMC)



Paling kecil antara semua adik beradik. Tapi paling susah nak keluar :p





Sekarang dia sudah berumur 1 bulan setengah. Baru-baru ni dia asyik nak berdukung. Tidur pun nak pegang saja, bila letak je terus mata pun terbuka dan terjaga huhuhu

Tengok gambar ni terus teringat kat anak-anak yang lain masa newborn :)

Qasrina Zahra [link]
Qalesya Aliah [link]
Ariq Firman [link]

Wednesday, February 14, 2018

Wedding & Ikan Bakar


Sementara menanti kelahiran baby ini, ai cuba update blog sekerap yang boleh. Tiba-tiba semangat rajin datang pula di saat fasa akhir kehamilan ini kan. Entry ini mengisahkan cerita pada bulan Disember tahun 2017 hehehe... cerita tahun lepas masih banyak lagi tak dimasukkan dalam blog huhuhu... Pada 1hb Disember kami sekeluarga pergi ke Johor. Ada jemputan majlis perkahwinan dua pupu ai. Kali ini majlis dibuat 2 pasangan pengantin serentak. Adik beradik seorang abang dan seorang adik perempuan, senang kan sekali harung sahaja. Majlisnya berlangsung pada 3hb tetapi kami bertolak awal dua hari untuk bawa anak-anak berjalan dahulu :)



Tak banyak gambar ai snap, seronok berbual dengan saudara-mara. Lama tak jumpa jadi banyak cerita dibualkan. Selesai majlis persandingan, kami terus balik ke KL. Tetapi untuk Abah, Mak dan saudara lain mereka masih stay di Johor. Ikutkan hati ai, nak duduk lama lagi tetapi esoknya ai ada baby check-up. Dalam perjalanan ke KL, jem teruk sangat di highway. enZaf buka Waze memang kelihatan warna merah sepanjang highway hingga ke Seremban. Ditambah pula dengan accident, lagi lah jem bertambah teruk. Dalam Waze tu siap tunjuk arah keluar highway untuk ikut jalan lama. Disebabkan lama sangat dah kami ini sangkut di dalam jem, enZaf terus ajak ke Melaka singgah makan. Kira makan dinner awal dalam lewat petang gitu. enZaf bawa kami makan ikan bakar di Muara Sg. Duyung.



First time ai datang makan di sini. Kami saja mencuba tempat lain pula selain daripada Ikan Bakar Umbai dan Serkam. Cantik view di sini, ada sungai besar mengalir ke laut. Ambil gambar anak-anak. Ceria masing-masing dapat keluar dan makan. Sembab rasa duduk dalam kereta lama sangat. Bebal punggung hihihi...



Berwefie sementara menunggu makanan sampai.



Antara lauk yang diorder.



Sotong dah nak habis, baru ai terhegeh nak ambil gambar hehe.. sampai masa tengah makan, memang tak pegang dah handphone.



Not bad juga rasa makanannya. Sedap-sedap dan yang pasti licing pinggan. Orang yang datang makan pun boleh tahan ramai juga. Agaknya dorang ni dari highway juga kot, penat jem jadi singgah makan hihihi... jarak dari tol nak ke sini pun tak berapa jauh sangat. Yang paling ai suka ialah kebersihan kedai makan ini. Ai tengok stafnya tak berhenti-henti menyapu sisa makanan yang berterabur atas lantai. Jadi lantai itu bersih, tak melekit dan semut pun tak sempat nak hurung. Cuma orang yang datang makan tu je, cubalah jaga sikit adab makan bagi bersih. Elakkan la makan berterabur atau buang sisa bersepah-sepah. Ini pun satu hal jugakan, tak semua orang ada sikap awareness begini. Syukur dapat tuan kedai yang sangat menjaga kebersihan.

Selesai makan, perut pun dah kenyang kami sambung semula perjalanan kami. enZaf buka Waze untuk lihat samaada masih jem lagi atau tidak, dan Waze pun masih suruh ikut jalan lama. Dari Sg. Duyung ini sehinggalah ke Port Dickson baru Waze tunjuk masuk highway semula. Ingatkan jalan dah clear lepas Port Dickson, rupa-rupanya masih jem lagi. Ya ampun.. macam nak raya pun ada, teruk sangat jemnya.



Kami sampai rumah dalam pukul 2 pagi huhuhu.. Lama betul terasa jauhnya kali ini. Sampai kematu punggung ai hahaha... Itu pun separuh ikut jalan lama kalau memang atas highway je tak keluar mungkin tak sampai lagi agaknya. Kesian kat anak-anak keletihan, jenuh nak kejut dorang bangun masuk dalam rumah. Sampai rumah terus masuk bilik sambung tidur tak sempat salin baju. Semua dah tak larat.