Friday, January 8, 2016

Happy Birthday My Lil Cousin


Rabu lepas Makteh ajak makan kat Pizza Hut.
Celebrate birthday Aida & Pakteh skali.
Nak jugak Pakteh menyelitkan hihi
birthday dia dah lepas tp
bulan sama la bulan 12.
Aida ni mmg celebrate hari birthday dia.
Penutup 2016 gitu.

Keluarga MakTeh & PakSu je.
Yang lain tak dapat dtg
cuti2 ni banyak gi jalan2.



Gambar beramai2.



Pizza boy.
Hantu pizza,
semua dia bedal hehe



Happy 11th Birthday Aida.
Cousin ai yg muda.



Bergambar ngan birthday girl.
Nampak tu sama tinggi,
betapa keciknya kaklong mu ini Aida.



Dia bukan cousin paling muda,
cousin ai paling muda umur setahun.
Itu kalau bergambar dah rasa cam anak,
bukan sepupu lagi huhuhu

First time makan kat Pizza Hut Wangsa Maju,
seriously meriah giler malam tu.
Dan ramai gak celebrate birthday hari yg sama.
Setiap 20min camtu tak putus2 lagu birthday keluar.
Kat situ 24jam.
Zaf siap tanya staff situ,
mmg hari2 gini ke orang ada celebrate birthday.
Staff tu kata iya,
setiap hari ada org sambut birthday.
Tapi mmg meriah la happening sungguh ;)

Thursday, January 7, 2016

Thank You Zalora!


Alhamdulillah rezeki hujung tahun lepas.
Zalora bagi voucher free.
Dapat voucher tu terus shopping,
tak menyempatkan.
Bila dah bukak website Zalora,
ai jadi blur nak beli ape hehehe
Sbb nak pikir beli apa
tuk cukup2kan voucher,
malas nak tambah duit.



Last2 amik selai jogger,
ngan 2 tudung adijuma.



3-3 ni beli tuk jadi supir
hantar anak2 gi sekolah.
Sesuai sangat la tahun baru
ada pakaian baru sekali.
Kalau tak balik2 pakai sama je
tiap kali amik anak :p

TQ ZALORA!!!

Tuesday, January 5, 2016

Detik 2016


Kul 11.30malam keluar rumah
semata nak gi tgk fireworks new year.
Seperti biasa kami gi kat Penchala Link
tengok fireworks kat The Curve dari jauh.
Bole dikatakan dah 3 tahun berturut kot
kami tgk kat sini.
Senang pun yer,
xyah nak masuk dlm sesak2 ngan org ramai.

Tapi tahun ni macam kurang sket org
berbanding tahun sblm.
Maybe ramai gi holiday tak balik lagi kot.



Ariq ntah kenapa takut plak.
Ajak masuk dlm kereta haha



Layan video plak




Monday, January 4, 2016

Isnin Pertama 2016



*pic credit to quotesideas.com

Wah harini dah start sekolah.
Mesti ramai makpak semangat hantar anak2.
Nak nak yg masuk Tahun 1 ni kan.
Tetiba teringat Zara tahun lepas.
Tak caya skang dah Tahun 2.
Cepat betul masa.

Dia sendiri pun tak sabar nak ke sekolah.
Selalu tanya lambat lagi ke nak school.
hihihi nampak tu seronok gi sekolah.
Sama cam Mummy dia suka gi sekolah.
Sbb dapat jumpa kawan2.

Harini yg betul2 naik sekolah Zara sorang je.
Aliah pagi ni ada Induction Day.
Hanya jumpa teacher, amik message book,
tunjuk kelas dan apa2 je la.

Dia pun semangat tanya bila nak school.
Saja menyakat dia Aliah tak school dah,
mengamuk dia hehehehe

Aliah start sekolah hari Rabu ni.
GA ni mmg gitu tiap tahun,
dorang bagi parents uruskan anak2 kat sekolah dulu,
pre-school kemudian.
Bagusla kan takde la huru hara
terkejar nak hantar anak2 ke sana sini.

Saturday, January 2, 2016

Star Wars Movie


Krismas lepas tak de plan ape,
tapi tetap keluar rumah gak hihi
plan santai2 je gi makan.
Kalini lunch kat Restoran Sari Ratu.



Habis makan Zaf ajak gi tgk wayang.
Pegi pun dekat je kat Strand Mall.

Anak2 ni mintak tgk Star Wars.
Layankan aje la.



Start bila ntah rasanya 2minggu lebih kot,
dorang ni nak star wars star wars.
Ni semua gara2 marketing kat mall,
bersepah2 pasal movie ni.
Lama2 terpengaruh budak2 ni nak tgk.
Memang hebat marketing korang,
berjaya sangat sampai anakku pun nak tgk.
Padahal bukan citer kartun pun.

Lambat lagi movie start,
gi masuk Sam's Groceria.
Kalau dah masuk situ,
dari takde nak membeli ada je la belinya.
Tau2 penuh troli.
Nasib troli jenis kecik,
kalau troli macam Giant tu rasanya Zaf pun taknak masuk haha

Dia mmg suka belek kat tempat eskrem,
feveret dia.
Beli2 nanti ai leh tumpang sama.



Sementara menunggu Daddy dorang
solat Asar,
harusla bergambar.



Mummy pun nak jugak.
Tq akak Zara snapkan pic ni.



Masing2 dah excited nak tgk Star Wars.



Ai is boring sbb bukan minat ngan Star Wars ni.
Bila tgk pun byk blur,
ni sapa ni sapa huhuhu
Tapi blur2 pun habis gak la tgk

Yang best budak2 ni.
Zara siap tutup mata bila part2
gaduh tembak menembak,
dia bukan bole tgk aksi camni,
kalau ada darah bagai lagi la,
kat rumah tgk tv camtu laju je
lari masuk bilik.

Aliah plak sekejap2 pegi kat Daddy dia
nak duduk atas riba.
Tapi Daddy tak layan,
suh duduk balik sebelah akaknya.

Ariq plak dia layan,
tapi separuh jalan je la.
Tau tau dia dah tido lepas tu.

Habis je movie tu,
ai saja la tanya lagi kat dorang ni.
Nak tgk lagi tak Star Wars.
Laju je Aliah Zara cakap No hahahaha
Ha amik nak sangat tgk Star Warskan.

Ni citer Alvin & The Chipmunks tak tgk lagi.
Citer tu dorang tak perasan plak.
Kalau tak konpem ajak.