Wednesday, November 5, 2014

Tujuan ke Ikea


Sblom tu isi perut dulu.
Baru seronok nak cuci mata.
Amik gambar anak2 sblom makan.



Kat luar la baru nak amik gambar dorangkan.
Kalau kat umah mmg lupa je.



Balik umah leh print simpan dlm album.
Zara masih gelap lagi kulitnya.
Bila nak cerah pun xtau huhu



Tudia makanan.
Giler tamak haloba,
tapi sesungguhnya tiada pembaziran ok.
Semua selamat masuk perutku yg besar ini.



Kat Ikea ni xpernah tak ramai.
Nak bayar pun Q panjang.



Nie la tujuannya ke Ikea,
nak membeli troli.
Sempat amik wall shelves
nak letak kat office room.



Mencari board tuk letak fridge magnet,
xjumpa plak huhuhu
Sbb tak jumpa satu barang,
kita beli kek hihihi



Dorang makan biskut,
tu pun nak kotak sorang satu,
tp dapat beli satu je.
Kegarangan mummy tiada tandingan,
terpaksa akur :))

Ni la troli yg dibeli,
sebenarnya ni tuk bathroom,
tapi ai letak kat kitchen je.
Tak kisah la kan janji suka.



Ada troli tuk kitchen
tp sizenya agak besar
tak sesuai tuk dapurku yg kecil.

Ingat nak suh Zaf pasang,
tp berjanggut kalau tunggu dia.
Kita pasang sendiri je sudah.

Tuesday, November 4, 2014

Kepenatan Berganda


Smlm malam dalam kul 12tghmalam,
ai dah perasan Aliah asyik batuk2.
Check badan takde plak demam ke apa.
Mungkin sejuk jd naikkan suhu ekon.

Dgr lagi dia batuk2.
Tgk jam dah kul 3pagi.
Gi tgk dia lagi skali,
perasan cm ada tak kena.
Bukak lampu
skali tgk penuh MUNTAH atas katil dia.
Tapi dia tak nangis plak,
mungkin dah ngantok sgt kot kan.

Ai pun yg ngantok
cuci muntah dia ngan mata separuh bukak huhu
Tukar cadar lap dan salin baju Aliah lagi.
Sebab muntah tu dah kena kat dia.
Ada la dlm setengah jam lebih setel.

Ai kalau dah bangun,
susah dah nak tido balik,
dah terkebil2 bijik mata.
Kebetulan Ariq pun cam xnyenyak tido.
Dia pun ada batuk sikit2 huhu

Pas Subuh baru leh lelap,
tue pun kejap je.
nasib sedar nak hantar Zara.
Kalau tak ponteng la ko xpasal2kan.

Bila penat campur xcukup tido
mula la migrain datang.
Kul 3 lebih tertido sbb xlarat sgt.
Kul 4 tersedar sbb dgr suara
anak2 bising sgt gelak ketawa.
Bangun tgk rupanya apa yg dorang suka sgt tu.
Aliah CONTENG DINDING huarghhhhhhhh
Kalau dinding kat bilik dia takpe
ni kat living hall baik punya.

Apa lagi marah la dorang,
marah ai jenis marah bebel.
Ha abis bebel satu umah haha
Pastu baru pikir,
marah pun xguna sbb dah jadi.
Menyesal plak marah dorang.
Gi solat Asar,
panggil dorang mandikan semua.
Ape lagi keluar.

Nak makan kek kat SR hilangkan stress hihi



Konon nak makan kek je,
tapi terorder macam2 plak.
Tuk ai.



Tuk anak2.



Belanja dorang makan eskrem.
Sbb dah kena marah tadi.
Bagus batuk2 makan eskremkan..
pandai tul mummy dorang.



Aliah.. Aliah..
Malam ni Ariq tak leh tido,
sbb batuk2 jua.
Tido nak pegang
kalau letak pun nak kita tepuk2 dia,
stop tepuk dia bangun huhuhu
Kelam kabut pagi tadi siapkan Zara,
sbb Ariq menangis nak teman :(
Nasib Zaf ada harini
mintak tolong dia hantar ke sekolah.

Mata ngantok ni,
tapi xleh tido,
tu update blog :)

Monday, November 3, 2014

Sizzling Brownie with Ice Cream


Akhirnya dpt gak gi makan kat
The Manhattan Fish Market.



Deco kat dlm kedai Halloween.
Zara memula masuk takut.
Bukan je takut,
nangis terus.
Lama sket baru okay.



Vanilla Milkshake & Chocolate Milkshake yg sedap.



Zara yg masih takut lagi.
Cuak je muka dia haha
Sikit2 pandang atas. :P

Manhattan Star Platter
Sedap.
2 org makan pun byk lagi,
senak perut nak habiskan.



Sizzling Brownie with Ice Cream



Ni la tujuan utama nak ke sini,
nak sgt rasa sizzling brownie ni.
Sbb tgk kawan2 dah makan katanya sedap,
plak tu si Ayu tag gambar brownie kat fb
lagi la rasa nak makan.
Memang sedap,
tp tak leh tahan dia punya
caramel sauce,
ya ampun giler manis.
Part tu mmg xleh makan byk.

Kat depan kedai ni,
dorang dok promote makan
Alaskan King Crab.
Tapi kami tak makan la.
Tgk harga dia.
Tudiaaaa pitam :)



Friday, October 31, 2014

Last Students-Parents Activities


Ingatkan dah xde,
rupanya ada lagi satu [link]

SPA terakhir ni temanya
Art Adventure (Under The Sea)



Ai sampai lambat 20minit,
masuk2 je tgk Zara dah habis wat jellyfish.
xsempat nak amik gambar.

Ni aktiviti yg ke-2.



Gigih tgk masing2 nak menampal,
mummy pun tolong watkan sikit tuk Zara.
Nama pun students-parentskan,
so contribute la sket.



Muka xde senyum huhu



Aktiviti seterusnya wat origami.



Buat bentuk ikan,
pastu dilekat atas kertas,
lukisla sea creatures yg lain.



Yg ni mummy bg idea je Zara lukis apa.
Lupa plak nak amik gambar pas siap.
Sepanjang ngan Zara,
Aliah sibuk main slide.



Ariq plak wat hal sendiri,
kejap ke akak Aliah
pastu ke mummy.
Main car yg bawak dr umah.

Pastu sibuk menyelit sebelah Zara
tgh assembly sblom balik hihi



Thursday, October 30, 2014

First Time Anak2 Berkaraoke


Hujan2 ni makan roti canai panas2
ngan teh tarik mmg terangkat.
Plak tu mkn roti canai kat Ravi
mmg terbaik lah.



Depan kedai Ravi ni ada pusat karaoke.
Saja je cakap ngan Zaf
lama kita tak menyanyi.
Habis makan tgk2 dia ajak ke sana. :)



Org lain yg ajak,
org lain yg nyanyi lebih :p



Harus la ada lagu berduet.



Dan pertama kali jua,
buat Zara & Aliah nyanyi.
Sblom ni bwk taknak nyanyi.
Bila dah sronok sampai 3 kali mintak nyanyi heheh



Dorang ada nyanyi lagu dr Tinker Bell
Fly To Your Heart - Selena Gomez
Lagu Frozen
Do You Want to Build A Snowman.

Ni rekod dorang nyanyi lagu Frozen,
Let It Go!