Monday, July 27, 2026

Selangor Scout Challenge 2026

Adat pertandingan mesti ada kalah atau menang, tak sangka pertandingan Pengakap Petaling Utama (PU) [link] yang Ariq dan kawan-kawannya masuk itu menang. Johan bagi setiap kategori akan mewakili daerah ke peringkat negeri pula. Rezeki anak-anak. Pertandingan kali ini dibuat di Semenyih. Agak jauh nak ke sana, mujur ayah salah seorang kawannya tolong bawakan mereka di hari pertandingan itu. Daerah PU tak sediakan pengangkutan, tak tahu kenapa dan ai pun tak tanya 😬 Terima kasih sekali lagi cikgu sudi snapkan beberapa gambar. Adalah kenangan yang boleh simpan dalam blog ni 😍













Kemenangan tidak memihak kepada mereka kali ini. Dorang sedikit sedih tetapi sekejap saja, lepas tu dah okay. Dalam Selangor saja ada sembilan daerah dan pastinya semua daerah pun buat yang terbaik. Macam ai sebut sebelum ini, kalah atau menang adat bertanding. Yang penting bagi ai, Ariq dan kawan-kawannya dapat pengalaman dan menimba ilmu baru. Tahun depan kita cuba lagi 💪. Oh ya! lepas ini nak kena beli uniform baru. Pengakap dah tukar warnakan. Tahun depan dah wajib pakai warna baru tu.

Tuesday, July 21, 2026

Pretzel Friends

Nampak kat Instagram pasal Auntie Anne's keluarkan Pretzel Friends plushie 🥨. Laju ai keluar pergi IOI Mall nak dapatkan plushie ni. Hahahah kerja gila. Jarang-jarang ya ai nak keluar semata untuk benda macam ini. Selalu beli memang kebetulan saja, macam Zus. Kalau ada..ada kalau tak ada pun tak mengapa.



Siapa lagi yang nak meneman ai. Bab pergi mall ini memang laju lah si bongsu nak ikut. Kalau tak pergi mall dia memang nak duduk rumah. Dia siap tanya keluar nak pergi mana, sabar saja lah 🙄🥴. Sampai saja rumah, Aliah tak balik lagi. Jenguk luar tingkap, nampak dia dengan kawan-kawannya melepak di taman. Gosip apa lah tu kan 😅 Baru balik dari kelas tambahan lah tu. Seminggu ada tiga kali kelas tambahan kelasnya.



Dah masuk rumah, Qaireen tak sabar nak buka kotak Auntie Anne's ni. Sebelum kami buka blind box ini, selalunya masing-masing akan pilih atau teka barang apa yang dapat. Macam Auntie Anne's ni ada sepuluh jenis plushie. Memandangkan hanya kami berdua, Qaireen pilih Choco Pretzel dan ai nak "secret".


Memang rezeki tak salah alamat. Qaireen dapat Choco Pretzel tu hihihihi... Seronoklah diakan. Saja mengusik dia ai nak pretzel tu, tak baginya dia hahaha... Beli ini pun buat seronok-seronok. Apa saja mainan pun akan beri pada dorang. Kita nak join hype tu je 🤣



Monday, July 13, 2026

Konsert 3 Aura

Ini konsert yang pergi tanpa sengaja haha... Impulse buying kata enZaf 😅🎫. Dia ternampak konsert ni kat Instagram, tekan link. Saja-saja tengok tiket ada lagi ke tidak.. tup tup dah bayar katanya hahaha.. enZaf nak pergi ini pun sebab nak dengar lagu Ameng. Yang lagi dua tu dia biasa-biasa saja. Ai okay saja, ada juga lagu yang tahu. Nak kata tahu banyak lagu tidak juga tapi boleh lah nak sing-along 🤭. Mujur buat kat Axiata eh! dah tukar nama Unifi Arena. Dah terbiasa dengan panggil Axiata, bila tukar nama rasa macam pelik bunyinya. Bila buat kat Unifi Arena, ai sukalah sebab sejuk.

Kami sampai agak awal, jadi sempatlah makan-makan dulu sebelum masuk. Sambil makan sambil cuci mata orang lalu lalang depan Unifi ni. Ai is kagum tengok orang berpakaian mengikut tema. Diriku tak rajin nak bertema bagai cuma kalau ada color code tu kita ikut sajalah warna yang ditetapkan, kalau nak tema pakaian tu kurang sikit. Pakai mana yang ada saja. Tapi kita suka tengok orang pakai macam-macam.. elok cantik masing-masing 😍.





Sayang malam konsert Dato Jamal tak berapa sihat. Walaupun tak berapa sihat, dia tetap bagi persembahan yang terbaik cuma kurang lagu saja. Kalau banyak lagi lagu mesti best. Suara dia sedap betul. Suara Ameng dan Mawi pun sedap juga. Ameng tak habis-habis dengan perkataan "namun" dia tu hahahaha.. Mawi pula sangat bertenaga bila menyanyi. Almaklumlah, dia paling muda antara semua kan hahahaha.. dan dia pun pandai naikkan mood masa konsert. Orang pun tak bosan 👍.











Gambar gelap tapi nak letak juga hihihi... Seperti biasa lepas habis konsert, laju-laju balik rumah. Ha! kali ini dapat parking dekat, tak ada dah episod berpeluh sakit kaki bagai macam pergi tengok konsert Dewa 19 sebelum ini 🤣. Sebelum kami ke sini, hantar akak Zahra dulu balik kolej. Buat masa ini memang balik saja lah dia tu 🙄.

Monday, July 6, 2026

Pendaftaran di Asasi UPM

Alhamdulillah, akak Zahra dapat masuk ke dalam universiti impian dia. Rezeki dia dapat belajar Asasi di sini. Kami gerak dari rumah tidaklah awal sangat, dalam pukul 10 pagi lebih. Awal pagi Ariq ada game bola. Sempatlah selesaikan urusan dia dulu, lepas tu laju-laju balik rumah untuk uruskan akak Zahra pula.







Masa akak Zahra tengah mendaftar di dalam pejabat, ai pun masuklah dalam pejabat tu juga. Saja nak tengok keadaan dalam pejabat kolejnya. Nampak kemas, elok dan ramai juga staf dalam tu. Mungkin ada bantuan dari pelajar kolej itu juga agaknya untuk memudahkan urusan pendaftaran. Masa tengah tengok-tengok tu, tiba-tiba staf kolej tegur ai. Katanya macam familiar dan pernah nampak. Rupa-rupanya dia berkawan dengan arwah adik ai Hazirah. MasyaAllah kecil betul dunia ya. Boleh pula bertemu dengan orang yang baik. Alhamdulillah, boleh lah dia tengok-tengokkan akak Zahra sepanjang di kolej ini 🤭. Sekejap saja masa diambil untuk daftar kolej. Segala dokumen hanya perlu lengkapkan di dalam sistem, di kolej sekadar bawa slip pendaftaran saja dan akan dimaklumkan bilik dan blok. Kunci bilik disediakan dalam bilik terus.



Rezeki akak Zahra dapat bilik tiga orang. Tapi yang mendaftar hanya dua orang saja. Bertambah selesa lagi lah kan. Untuk pelajar Asasi ada dua jenis bilik, satu bilik ada tiga katil macam akak Zahra dapat ini dan satu lagi bilik ada enam katil. Tinggi panjat tangga ke tingkat biliknya, ketar juga lah lutut tu 😮‍💨🤣. Kemas katil dulu, simple and clean. Loker tak mengemas lagi tu. Mentang-mentang dekat dengan rumah. Mahunya tiap minggu balikkan.





Semoga akak Zahra dapat kawan dan cepat serasi dengan tempat baru ini. Belajarlah bersungguh-sungguh hingga menggapai cita-citanya untuk menjadi seorang pakar veterinar. Sebenarnya ikutkan dia tu, nak sambung belajar di luar negara. Dia memang survey ya universiti luar negara yang tawarkan veterinar ini. Bila tengok yuran pengajian, tak mampu nak telan air liur Mummy ni hahahaha.. doakan Daddynya banyak duit 🤲, mana lah tahu dapat sambung ke luar negara. Sekarang ini fokus pada Asasi 😆. Dah selesai mengemas, boleh bawa anak keluar atau pun balik. Pendaftaran di sini dua hari untuk mengelakkan kesesakan. Taklimat dan orientasi bermula lusanya. Jadinya mana yang dekat tu memang balik rumah semula lah hehehe.. Sama la dengan kes akak Zahra ni kan. Daddy dia cakap jenuh la hantar ambil dia. Ai balas balik suruh dia balik dengan MRT saja 😏.



Sempatlah kami pusing-pusing dalam kawasan fakulti. Nak tengok tempat Asasi dia juga. Dah alang-alang di sana, kami terus ke IOI Mall. Lunch dan jalan-jalan tawaf mall. Ramai betul orang ya kat IOI ni, pening kepala. Tempat pula besar. Penat jugalah berjalan. Rasanya tempat ini akan jadi rumah ke dua akak Zahra dan kawan-kawannya. Habislah laju langkah dorang tu ke sana sini.





Masa daftar ini ai tak ambil pun gambar dengan dia. Bila hantar semula ke kolej barulah ambil gambar. Itu pun dah malam gelap hahaha.. kat sini boleh hantar anak sebelum pukul 12 pagi. Selamat menempuh campus life anakku!







Monday, June 29, 2026

Karaoke dan Mee Tarik

Lama betul rasanya tak pergi karaoke. Selalunya kami kalau pergi karaoke dia macam tiba-tiba. Padahal sebelum itu keluar tak ada pun nak menyanyi, bila rasa nak menyanyi terus menuju begitu saja hehehehe... Dan perkara ini terjadi bila berada di The Curve. Kami suka karaoke di Red Box 🎤🎶. Tak ada banyak gambar, hanya video saja. Itu pun masuk sikit sebab malas nak cut video yang panjang-panjang 😂




Esoknya kami makan di Mee Tarik Jalan Sultan. Dalam banyak tempat kedai makan mee tarik, ini tempat kegemaranku 🍜😋. Mungkin sebab kedai ini tutup lambat. Kedainya buka sampai pukul 3 pagi ya. Kalau tiba-tiba rasa nak makan memang ai dan enZaf ke sini. Berdua saja sebab yang lain dah tidur 😴 . Tapi yang ini kami pergi awal jadinya anak-anak ada sama. Dorang pun suka makan sini juga.





Oh! Sebelum itu ai dan enZaf pergi makan durian sementara menunggu Ariq habis training bola. Kami cuba makan di tempat baru berdekatan dengan Kg. Melayu Subang. Nampak ada gerai durian kat tepi jalan, terus enZaf ajak makan situ. Sedap durian Musang King sini. Harga pun berpatutan mengikut gred dan saiz. Boleh datang sini lagi 😍.





Tetiba rasa makin lama, makin berkurangan ambil gambar. Faktor penuaan kot hehehe.. tapi ini untuk diri sendiri lah, untuk orang lain kita tak tahu. Bila tengok balik gambar-gambar dalam telefon, memang tak banyak sangat dah. Lama-lama blog ni pun makin kurang ceritanya 😬.

Monday, June 22, 2026

Birthday and Fathers Day

Kami keluar untuk meraikan Harijadi buat Ariq dan Hari Bapa untuk enZaf 🎉. enZaf bawa ke One Utama dan kami jalan-jalan window shopping dulu hehehe... Dah penat jalan barulah cari tempat makan. Pada mulanya kami ke Cheevit Cheeva.Tapi tiada tempat duduk dan tunggu lah sekejap. Bila dah menunggu tu, teruslah ambil gambar anak-anak. Ambil gambar Ariq bersama adik beradiknya hihi..







Agak lama juga menunggu tetap masih tiada orang keluar, jadi kami decide cari tempat lain. Rata-rata kebanyakkan kedai penuh, sana sini ramainya orang. Ai dah naik rimas. Masa lalu di depan Bisou, nampak ada meja kosong. Terus kami makan situ saja. Lagi pun memang mencari makan dessert. Aman betul sebab tiada orang. Bila tak ada orang tu, Aliah pun ajak buat video untuk dimasukkan dalam TikTok. Maka ini lah hasilnya.


Happy 14th Birthday Abang Ariq! Besar dah anak bujang Mummy ni. Paling manja pun dia hehehe... semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan di akhirat.










Happy Father's Day 🧔‍♂️ buat enZaf. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk anak-anak. Bagi ai dia memang seorang bapa yang baik dan sentiasa memastikan keperluan anak mencukupi. Tidaklah mewah tapi ada.. haa gitu. Frame tulisan Fathers Day tu kedai punya. akak Zahra ambil dan bagi kat Daddy untuk bergambar hahaha... Lepas makan, anak-anak ajak main pool.. eh?! pool ke snooker. ai pun tak tahu mana satu hehehe.. ai sekadar tengok dorang main saja.





Cinta hatiku 💕. Happy Birthday Abang Ariq!!!🍰🎈 Happy Father's Day enZaf!! 👨🏆



Monday, June 15, 2026

Petaling Utama Scout Challenge 2026

Ariq tiba-tiba nak masuk pertandingan pengakap. Agak last minutes juga la nak buat preparation, tak silap dalam seminggu lebih nak praktis. Itu pun tak dapat buat hari-hari disebabkan masing-masing ada aktiviti lain dan cikgu pun agak busy. Banyak praktis sendiri saja di rumah. Tapi itulah dorang ni nak masuk tapi macam tak ada masa 😬. Apa pun ai is tetap bagi sokongan dekat dia hehe.. Nasib baiklah cikgu pun sanggup bawa anak-anak ini masuk dalam pertandingan. Pertandingan ini hanya memerlukan lima orang pengakap (satu sub)dalam satu kumpulan. Ada empat kategori dipertandingkan dan mereka memilih pertolongan cemas, balutan dan anduh 🤕🪢. Gambar semua ehsan dari cikgu-cikgu pengiring. Terima kasih cikgu!😍









Mereka akan membuat pertolongan cemas, balutan dan anduh berdasarkan situasi yang diberi. Setelah selesai, mereka akan ditanya beberapa soalan dan ikatan tersebut akan dinilai oleh pemeriksa. Begitulah 😁 Ikutkan pada jadual, mereka habis pada waktu petang tetapi tengahari dah boleh balik. Pertandingan tu senang dan cepat siap. Kalau ambil kategori masakan rimba atau kem kraf balik lambat sedikit. Keputusan dimaklumlah dalam dua atau tiga hari lagi.

Tuesday, June 9, 2026

Konsert Dewa 19 2026

Cintaku Tertinggal di Malaysia tajuk konsert oleh kumpulan rock Dewa 19 🎸. Akhirnya tercapai juga enZaf nak tengok Dewa 19, cuma dia sedikit sedih tak ada vokalis Once dalam konsert ini. Dewa 19 ni ramai vokalis keluar masuk. Pada awalnya dia tak nak beli tiket ini sebabkan tak ada Once lah, tup tup dia beli juga. Itu pun dia beli tiket paling murah saja hehehe.. eh! kami kalau pergi konsert memang beli tiket mampu milik. Tak apalah tempat duduk tu jauh dan tepi sekali pun. Okay-okay saja 😆.



Kebetulan hari nak pergi konsert tu, ada lagi satu konsert di Stadium Bukit Jalil. Jadinya sesak dalam kawasan itu dan parking pun dah penuh. Terpaksalah parking jauh, kali ini memang jauh sangat. Dekat 20 minit berjalan. Nak patah kaki ai. Sampai-sampai Unifi Arena tu ai dah berpeluh-peluh ahahha... 😮‍💨😩



Sampai pun dah agak lewat, terus laju-laju bergambar depan gate sebelum masuk dalam. Masa dah masuk dalam enZaf beli sandwich buat alas perut. Makan duduk kat lantai saja hihihi..













Puas hati juga. Seronok dapat sing along 🎶 sebab lagu Dewa 19 ni banyak jugalah ai tahu. enZaf ni memang peminat lagu dari kumpulan Indonesia. Banyak lagu ai tahu dari dia jugalah 😅. Dalam konsert ini ada juga Padi, kumpulan rock alternatif. Muncul di awal konsert, lagunya pun ada jugalah yang ai tahu. Best juga 💕, ha lagu Sahabat, Upin Ipin tu dorang yang nyanyi.