Sunday, December 28, 2025

Sudah 29 Tahun

Akhirnya dapat juga berjumpa dengan besties sebelum tahun 2025 melabuhkan tirainya. Punyalah susah nak gather cukup lima orang. Bila sorang ni free, sorang/ dua lagi tak free, begitulah. Nak nak si Anis tu. Susah betul nak dapatkan date. Terpaksalah kami semua ini kena available kan diri untuk tarikh dia hahaha... Geram betul.

Kami jumpa ini pun dekat-dekat saja. Semua sepakat nak pergi The Curve. Nani ajak karaoke di Red Box 🎀🎢. Lama kami semua tak menyanyi bersama. Plan awalnya semua jumpa terus di Red Box tapi Nani tiba-tiba mesej beritahu kereta suaminya rosak di KL. Kena rescue suaminya sekejap hihih.. Sepatutnya kami semua plan jumpa tiada bawa anak-anak. Tetapi disebabkan suami Nani tidak dapat menjadi babysitter, nak settlekan kereta yang rosak itu terpaksalah. Sementara menunggu Nani, ai dan Elin pergi makan dulu sebab perut dah tarik kelaparan haha.. Nowwa dan Anis masih on the way nak ke The Curve.



Sebelum berangkat ke Red Box, ambil satu gambar di Secret Recipe. Makan kat situ saja, tempat lain dah ramai dan penuh huhuhu... Dan makan pun sekadar alas perut. Nanti dalam Red Box order makan lagi. Dalam bilik karaoke, ai tak ada ambil gambar pun. Yang ada rekod video itu pun satu dua saja hahaha.. Gambar yang ada sebelum kami semua nak balik. Balik ke pangkal jalan hahaha.. Thanks Aisha ambilkan gambar mak-mak ni.. eh kecuali Anis dan Nowwa, dorang dua tu single lagi πŸ˜†.





Masa dalam bilik karaoke, Nani ambil gambar ai bersama handphone Nowwa. Ada dua orang pakai kaler oren, Nowwa dan Elin. Terus Nani suruh buat proposal kat enZaf. Mana lah tahu dapatkan hahaha.. Apa pun kita Aamiin siap-siap.



Sebelum berjumpa ni, Nowwa ada buat cadangan untuk exchange gift. Jadinya masing-masing kena tukar hadiah mengikut tema warna. Elin warna hijau πŸ’š, Anis warna biru πŸ’™, Nowwa warna putih 🀍, ai warna pink 🩷 dan Nani warna kuning πŸ’›.






Terima kasih besties, sayang korang dunia dan akhirat. Seronok sangat bila dapat berkumpul. Bukan senang nak jumpa semuakan. Walau pun berjauhan uols tetap dihati πŸ₯°. Semoga persahabatan kita yang sudah menjangkau 29 tahun ini berkekalan hingga ke Syurga 🀲. Oh ya! thank you juga untuk enZaf kerana menjaga anak-anak dan menghantar mengambil ai di The Curve ni. Dia tahu wife dia ni malas nak drive 🀭.

Tuesday, December 23, 2025

Surprise from KFC

Tak sangka pula dapat surprise dari KFC πŸ₯°. Serius tak ingat langsung pasal ni. Sebelum ini, dapat emel dari KFC nak bagi free Kuromi Plushie. Syaratnya senang saja, hanya isi details dan kalau bertuah dapatlah plushie tu. Emel tu pun lama dah dalam awal bulan November.



Tup tup hujung bulan Disember dapat parcel. Masa tu, Ariq yang terima parcelnya. Beritahu parcel itu untuk ai. Fikir juga tak ada beli barang apa pun. Tengok pada parcel notes tu nampak sender dari KFC. Terus teringat Kuromi hahaha... Dapat-dapat parcel tu pun ai tak terus buka. Tunggu Qaireen yang buka sebabnya dia big fan of Kuromi. Dah niat awal pun kalau dapat ni memang nak bagi pada Qaireen. Tak sangka rezeki untuk dia.



Terima kasih KFC beri Kuromi Plushie πŸŽ€πŸŽ. Qaireen suka sangat πŸ˜˜πŸ‘. Ai saja mengusik dia cakap Kuromi tu ai punya, terus dia buat muka sedih πŸ₯ΉπŸ˜…. Laju saja dia ambil Kuromi tu dan hias kat meja studynya hihihi..







Thursday, November 27, 2025

DIY Chef Costume Version 2.0

Bila sekolah ada buat Hari Kanak-kanak pasti ada tema untuk hari tersebut. Tahun ini temanya adalah kerjaya. Memang tema ini selalu pun ada di mana-mana sekolah pun kan. Kebiasaanya ai kalau melibatkan tema-tema ini suka menggunakan apa yang ada sahaja. Ai ni bukan sejenis mak-mak yang all out sanggup keluarkan belanja untuk menjayakan tema. Walau bagaimanapun ai tetap kagum dengan mak-mak yang macam ini. Suka tengok kreatifnya mereka dengan segala tenaga dan usaha mereka lakukan. Tabik spring!! πŸ«‘πŸ‘ Masa memikirkan pakaian apa untuk Qaireen ini, terus ai teringat semula masa zaman Aliah [link]. Yang Aliah version 1.0, buat d.i.y sebab last minutes. Untuk Qaireen buat d.i.y juga cuma kali ini tak berapa last minutes hehehe...

Qaireen setuju nak pakai ala chef. Ai search saja gambar yang sesuai buat d.i.y. Kali ini Aliah ada membantu eh.. bantu ke kena paksa πŸ˜…. Nasib baiklah dia memang suka juga buat kerja-kerja macam ini. Dia lah yang tolong buatkan baju untuk Qaireen. Thank you Aliah... Senang kerja Mummy hehehe.. Baju ini pun lagi dua hari nak pakai baru Aliah siapkan. Tak sangka hasilnya mengkagumkan. Kagum bagi ai untuk orang lain kita tak kisah lah 😜🀭



Ai tambahkan sikit dengan riben πŸŽ€. Itu pun pakai tali rafia saja. Nampaklah ceria sikitkan baju tu. Pairkan dengan seluar jeans. Nak pakaikan seluar hitam tak ada, seluar tracksuit macam tak berapa cantik. Ha gasak pakai jeans terus. πŸ‘©‍πŸ³πŸ‘–πŸ˜



Lepas hantar Qaireen kami ke kedai makan Kerisik. Terasa nak makan Laksa Johor tapi dah habis huhuhu... Ariq tak nak makan sebab dia baru lepas makan nasi di rumah.



Masa nak ambil Qaireen balik sekolah, cuaca hujan pula. Kalau hujan memang enZaf lah yang mengambil, ai tunggu dalam kereta saja hehehe.. Lembik dah topi chef Qaireen. Pakai kertas kena hujan pula, memang melendutlah jadinya hahaha..



Inilah rupa baju selepas habis sekolah. Riben tercabut, lukisan yang Aliah lukis tu pun dah koyak sana sini hahaha.. apa pun Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah Qaireen. Yang penting dia happy dan suka dengan apa yang dia pakai. Padahal tak tahu dah besar nak jadi apa kan hahaha..



Oh ya! enZaf siap bagi upah untuk Aliah siapkan baju Qaireen. Katanya kerja dia kena hargai.

Friday, November 14, 2025

Result PBD Tahun 1

Datang sekolah Qaireen untuk Hari Terbuka Dialog Prestasi Akademik 2025. Agak nervous juga sebenarnya, sebab ini merupakan kali pertama untuk lihat keputusan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dia πŸ“ŠπŸ“ˆ. Dalam kepala otak ini, okay ke tidak. Adalah beberapa soalan yang ai nak tanya pada cikgu kelasnya. Macam tak biasa pula kan πŸ€”, padahal dah ada tiga orang anak mengadap perkara ini hahaha.. mungkin anak bongsu agaknya kan.. perasaan itu lain 🫣

Untuk Tahap 1, perjumpaan dengan cikgu kelas di adakan di dewan. Sebab perjumpaan ini dibuat pada satu sesi sahaja iaitu waktu pagi. Ai pun plan tidak sampai awal sangat, dalam pukul 9 setengah pagi baru masuk ke dalam sekolah. Sampai saja di dewan, terus ke barisan kelasnya. Alhamdulillah tidak berapa ramai, ada lagi dua parents menunggu giliran.



Sempatlah ajak Qaireen selfie sementara menunggu. Daddy sampai lambat sikit, dia tengah mencari parking.





Elok saja giliran kami, sampai enZaf. Terus mengadap cikgu kelasnya 😊. Banyak juga soalan ai tanya kepada cikgu. Alhamdulillah Qaireen tiada buat masalah sepanjang sesi persekolahan. Cikgu beritahu dia pun senyap sedikit di dalam kelas. Eh! eh! kat rumah cikgu tak tahu dia paling bising sekali hahaha.. Oh ya! lagi satu cikgu kata speakingnya bagus. Samalah macam kakak-kakak dan abangnya juga. Anak-anak ini memang English lagi baik dari Bahasa Melayu. Cakap Bahasa Melayu pun bunyi pelat huhuhu... padahal Mummy dia makan sambal belacan dan tempoyak 🀣. Banyak sangat tengok Youtube gitu lah kan.



Selesai saja di sekolah kami terus ke kedai makan. Perut dah lapar sangat. Dah sampai rumah barulah ai teringat tak ambil gambar dengan Qaireen di sekolah. Jadi paksalah enZaf ambilkan gambar kami berdua sebelum masuk rumah hehehe...



Beg ai bawa tu dari pemberian sahabat baikku ketika di UUM, Nur. Jauh datang beg itu tau, terbang dari Sarawak. Beg anyaman Sarawak. Cantik sangat beg ini, saiz dan warna tu memang kena sangat dengan ai. Pandai Nur pilih. Terima kasih ya Nur kerana masih mengingatkan diriku ini. Walaupun kita jauh di mata tapi dekat di hati. Tiba-tiba rasa sebak pula. Gambar di bawah adalah pemberian dari cikgu kelas Qaireen. Baik sangat cikgunya pun, ada ole-ole untuk anak muridnya πŸ›️. InsyaAllah tahun depan masih cikgu kelas yang sama πŸ₯°



Kesimpulannya, hasil keputusan PBD Qaireen amatlah membanggakan bagi diri ai. Adalah satu subjek seperti Bahasa Arab dia agak rendah sedikit tapi tak apa. Sekurang-kurangnya selama dia pergi sekolah ini dia faham apa yang diajar oleh cikgu. Sekolah dia tiada buat exam, hanya Tahap Dua sahaja. Ada sekolah lain Tahap Satu pun ada exam juga kan. Setiap sekolah tak sama cara pembelajaran dan pengajaran. Bergantung kepada Guru Besar. Walau macammana pun kita tak boleh biarkan anak leka sangat. Ada masa belajar dan ada masa bermainkan. Cabaran untuk besarkan Gen Alpha ini πŸ™„πŸ€ͺ

Monday, November 3, 2025

Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Ceramah Motivasi

Hari Sabtu pagi 1hb, sekolah akak Zahra ada buat Solat Hajat, bacaan Yasin dan ceramah motivasi untuk Tingkatan 5. Dari sebulan lepas ai eksaited nak pergi solat hajat ini, tup tup pada hari kejadian "cuti" pula. Tak dapat nak bersama akak Zahra huhuhu.. Qaireen pula tak berapa sihat, dia demam. Jadi enZaf cakap, takut bawa virus pula kat anak-anak SPM nanti. Dah la tengah musim Influenza. Dua gambar di bawah ini ai ambil dalam Whatsapp group. Simpan sebagai kenangan πŸ₯°.





Kami sampai sekolah, ceramah motivasi belum habis lagi. Masa menunggu akak Zahra tiba-tiba muncul dia dengan membawa sedikit makanan dari Dewan Makan. Selesai saja semua, kami parents boleh bawa anak outing. Akak Zahra laju ajak Daddynya pergi Popular. Nak membeli stationary katanya.



Alang-alang dah keluar bawa dia ke The Curve, kami terus bawa dia balik ke rumah sekejap. Boleh la dia melepaskan rindu kat katil setelah sekian lama terperap je kat sekolah hehehe.. Di Popular ingat dia nak beli sikit saja, tahu-tahu penuh kat tangan dah hahaha.. Padahal dua minggu sebelum dah beli sikit untuk dia. Memang berhantu kalau masuk bahagian stationary ni kan, dari nak beli satu jadi banyak. Mujur tak ambil bakul tu πŸ˜‚.



Oh ya! baju kurung dia pakai tu pinjam dengan junior. Dia tak ada baju kurung warna biru 🫒. Petang sikit baru kami hantar dia semula. Wajiblah ambil gambar dia sebelum masuk aspuri. All the best kakak. Semoga dapat menjawab soalan dengan cemerlang, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya sepanjang SPM ini. InsyaAllah πŸ€²πŸ“.





Terima kasih anakku Aliah ambilkan gambar ini. Dia snap dari dalam kereta saja, malas nak keluar la tu hihi..



Monday, October 20, 2025

BBQ di Sekolah

Salah seorang ibubapa AJK SAFE batch akak Zahra ada mencadangan aktiviti BBQ untuk anak-anak ketika hari Deepavali. Tujuan BBQ ini untuk menghiburkan hati anak-anak dan juga ibubapa untuk meluangkan masa bersama. Melepaskan rindu gitu, maklumlah lama duduk di sekolah tu tak balik-balik. Walaupun begitu, ada juga segelintir ibubapa yang tidak berapa setuju dengan cadangan ini disebabkan mereka risau anak-anak SPM ini mendapat penyakit Influeza yang sedang menular. Memandangkan ada yang bersetuju dan tidak, maka cadangan BBQ ini akan dibuat secara tertutup dan berminat sahaja. Ai memilih untuk pergi sebab akak Zahra dah call tanya "Mummy datang ke tidak?" Ai kalau anak tanya macam tu, tak sampai hati kata tidak. Jadinya pada yang berminat, akan dimasukkan dalam Whatsapp group yang berlainan. Ingatkan tak ramai, rupa-rupanya ramai yang nak join juga hehehe.. Yang tak nak itu boleh dikira dengan jari.

Bila tengok senarai makanan untuk potluck, panjang berjela dan meriah betul. Masing-masing tak nak kalah bawa itu ini hehehehe.. Bab makan semua orang happy gitu. Menu paling top semestinyalah kambing golek. Itu awal-awal lagi anak-anak dah request. Alhamdulillah ada orang baik sponsor dua ekor. Tak banyak sangat gambar yang diambil. Lebih seronok dengan makanan dan bersembang. Bila ada Eina satu meja memang berborak tak ingat dunia. Eh! kata rindu anak-anak tapi ini dah macam perjumpaan mak-mak ni. Sekali jalan lah kan ahahaha...🀭🫣





Sebelum balik, Eina hulurkan ai sekotak pasu bunga dan stroberi πŸŒΈπŸ“ hasil dari air tangannya. MasyaAllah terharunya perasaan ini. Sebelum itu dia ada hantar gambar beritahu dia sedang belajar buat bunga menggunakan kawat bulu. Memang cantik sangat dia buat pun dan ai berkenan. Sajalah berseloroh kata nak juga macam itu, buatkan satu untuk ai. Nanti kita bayarlah. Tup tup nak ke kereta, dia passnya kita kotak gitu je. Dah la besar rasa macam pegang hantaran pula hahaha.. Dah tu bagi free saja. Berapa kali pujuk nak bayar sebab kita tahu lah buat kerja yang memerlukan tenaga ini bukannya free ya. Semua itu ada kos. Tapi Eina tolak semua tu. Terima kasih Eina, terharu sangat tau πŸ₯²πŸ₯°. Semoga dirimu sekeluarga dilimpahi rezeki yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan 🀲.







Bye kakak!!! Muka tengah geram tu dengan adiknya Aliah. Aliah tu suka mengusik dia bila kami nak balik hahaha..



On the way nak keluar tu singgah pasar malam di Antara Gapi. Ai bawa balik Laksa makan di rumah. Laksanya simple saja tapi sedap. Susah betul nak cari laksa sedap sekarang ini. Dapat sedap jauh pula huhuhu..



Friday, October 17, 2025

Lawatan Pertama Sekolah Rendah

Ini merupakan lawatan luar pertama buat Qaireen di sekolah rendah 🚌. Masa awal-awal ai daftarkan dia untuk pergi trip ini, tak beritahu dia pun. Kalau beritahu awal nanti asyik saja bertanya atau pun buat countdown hehe.. dah nak dekat tarikhnya trip tu barulah beritahu dia.

Cikgu dah pesan kena sampai awal di sekolah. Bukan main ya anak dara ini segar bugar bangun pagi. Bila dah hantar Qaireen di sekolah, ai masih tunggu sampailah mereka naik bas. Masa nak naik bas, keluarkan lah handphone untuk rekod video. Punyalah lama ai pegang handphone tu, bila Qaireen dah naik bas baru sedar yang diri ini tak tekan pun button rekod tu huhuhu.. bila cerita kat enZaf dan anak-anak yang lain, dorang gelakkan ai. Kata mereka, mummy selalu macam tu. Tapi memang betul pun, selalu lupa nak tekan button bila rekod video. Banyak kali dah jadi. Sebabnya mata ai dah tak pandang handphone tu bila rekod 🀭.



Ada dua bas terlibat dalam lawatan ini dan dipecahkan kepada tiga kumpulan. Senang untuk cikgu monitorkan. Tempat pertama anak-anak ini pergi adalah Kilang Coklat Beryl's 🍫. Bestnya pergi tempat coklat ini, kami sendiri tak pernah ke sana lagi. Jauh pula nak ke Serdang. Tengok video yang cikgu share pun dah seronok. Mesti bau sedap dan cantik juga tempatnya. Nanti nak ajak enZaf ke sanalah hihihi.. Tapi satu tak best banyak tak ada muka Qaireen dalam video dan gambar. Entah mana lah budak tu tak reti duduk diam. Sama saja dengan anak-anak yang lain. Jenis yang susah nak nampak dalam gambar bila aktiviti sekolah huhu.. Bertabahlah ya.





Tempat ke dua mereka ke Jungle Gym. Semestinya tempat ini Qaireen paling suka. Bukan setakat main di dalam playground πŸ› itu, dorang semua sampai mandi di kolam πŸ’¦. Seronok betul.



Dalam pukul 5 petang, semua parents menanti depan pagar sekolah dah. Ramai anak-anak terutamanya yang perempuan tak bertudung sebabnya dah basah masa mandi di kolam 🀣 ai pun tak bekalkan tudung spare, hanya seluar dan baju saja. Mujur budak lagikan hehehe.. Seronok ya dengar dia bercerita. Mana taknya berjalan dengan kawan-kawankan, mestilah seronok sangat. Terima kasih pada semua cikgu yang menjaga dan memastikan keselamatan anak-anak. Terbaik!!



Masa pergi lawatan ini, ai ada bagi duit poket untuk Qaireen. Pesan kat dia kalau nak beli apa-apa guna duit ini. Dia beli dua kotak coklat masa di Kilang Beryl's. Paling tak sangka dia beli coklat Tiramisu. Katanya coklat itu untuk Mummy. Dia tahu Mummy suka πŸ₯°. Yang coklat Strawberry tu dia punya hehehe..





Monday, October 13, 2025

Wedding Anak Kawan

Memenuhi jemputan dari Encik Yus dan Kak Ramizah ke majlis perkahwinan anaknya pada hari Sabtu yang lepas. Lama betul kami tak berjumpa dengan mereka, rasanya dua tahun lebih sudah. Kenal mereka ketika Ariq masuk kelab bola sepak di Subang Bestari. Pada waktu itu, kami semua seronok sangat sebab parents dalam kelab itu sangatlah sporting dan best. Setiap kali perlawanan anak-anak, masing-masing membawa makanan dan minuman. Bergelak ketawa tak kira perlawanan itu kalah atau menang, kami sentiasa meraikan anak-anak. Memang santai habis. Rindu pula pada zaman itu πŸ€—πŸ₯°. Sekarang anak-anak semua dah besar dan membawa haluan masing-masing.

Bila dapat jemputan dari Kak Ramizah ini, ai sangat teruja untuk datang. Kami datang pun dah lewat sebab menunggu Ariq habis training. Sempatlah jumpa dengan Kak Rin dan suaminya. Ada yang dah balik huhuhu... Itu pun masa kami sampai Kak Rin dah habis makan. Kami paksa dia makan lagi sambil berborak hahaha.. Mana taknya, sudah la lama tak jumpakan. Dua orang anaknya di universiti, sorang latihan bola dan sorang lagi swimming. Anak-anak dia lagi hebat semua aktif πŸ’ͺ.



Tengah berborak, Kak Ramizah datang ke meja. Terus laju ambil gambar dengan dia. Mak pengantin sibuk melayan tetamu, kita pun tak nak kacau sangat hehehe.. Gambar-gambar ini pun pakai handphone Kak Rin πŸ“Έ. Tak sempat nak keluar phone sendiri, borak tak henti hahaha...



Sebelum balik, wajiblah bergambar lagi dengan kedua ibubapa pengantin. Pengantinnya nampak jauh dipelamin itu, jadilah hahaha.. Tahniah Encik Yus dan Kak Ramizah dapat menantu. Bertambah sudah ahli keluarga, semoga perkahwinan anakanda Anis dan suaminya kekal bahagia hingga ke Jannah πŸ€²πŸ’•.



Satu trend sudah cermin ini, mana-mana wedding kebanyakkanya mesti ada satu.



Cantik tempat wedding ini. Pertama kali kami pergi sini. Dekat saja rupanya tempat ini, dalam kawasan Merbau Sempak. Makanan kenduri pun sedap juga. Licin ai makan, nak pula ada acar buah hehehe..



Alang-alang dah keluar ke kawasan ini, kami ke Elmina Lakeside Mall. Saja jalan-jalan petang di kawasan itu. Singgah minum di The Coffee Bean, tengah enZaf order dia ternampak Tiramisu yang viral itu. Terus beli satu. Punya dah lama Tiramisu ini kan, kami baru nak mencuba dan orang kata sedap sangat haha..





Komen ai tentang Tiramisu ini, sedap juga. Tapi ai pula tak boleh makan sekali banyak, sejenis cepat muak. Setakat ini pernah makan Tiramisu yang sedap dengan tekak ai di Restoran Ketiga. Cuma itulah Tiramisunya jarang-jarang ada. Dah berapa kali datang asyik tak ada saja huhuhuh..

Monday, September 29, 2025

Hari Koko Sekolah

Kami sampai lambat ke sekolah Aliah dan Ariq. Sekolah mereka ada buat Karnival Hari Kokurikulum. Ikutkan malas nak pergi sebab cuaca panas terik ☀️ tapi gagahkan diri juga lah. Kami terus ke tapak gerai tengok jualan anak-anak. Banyak dah habis hehehe... itulah siapa suruh datang lambatkan 🀣.



Serabainya lah rambut anak bongsu ini. Dia tak nak pakai cekak rambut pula keluar ni. Gasak!! Masa tengah jalan-jalan kawasan gerai ini, terserempak dengan beberapa kawan Aliah. Masing-masing tanya kami baru sampai ke, nampak sangat tak ada pagi-pagi 🀭 Tapi Aliahnya tak ada pula dengan dorang, entah ke mana la anak dara sorang ini. Lama juga barulah terjumpa dengan dia. Rupanya habis semua tempat dia buat aktiviti. Ada rumah hantu, mini petting zoo, archerry dan banyak lagi aktiviti permainan traditional.





Ariq pun kami jumpa dia lambat. Merata juga la dia ke sana sini. Tup tup dia beritahu dan tunjuk dia beli kereta Hot Wheels hehehe.. kereta Proton Saga katanya. Teringat kereta Tok Abah dia. Dalam kenangan dah kereta tu πŸ€—πŸš—.



Sempat juga lah ai beli handmade hair clip 🌸 anak-anak yang buat jualan sebagai tanda support. Masa nak bayar tu, nampak muka mereka gembira sebab habis hasil jualannya hehehe.. Makan malam ai masak saja, habiskan stok barang basah. Daddy dorang pula keluar main bola.



Masa budak dulu suka makan biskut gula ni. Sekarang dorang pula yang makan. Ai makan sikit je buat rasa-rasa.